Posts

Showing posts from October, 2020

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi cipta rekod kutipan tertinggi Astro First, RM700 ribu di hari pertama

Image
ALLAHUAKBAR pecah rekod di Astro First! Ya, ini rezeki untuk kami team Syahmi Sazli Production. Terima kasih Allah, terima kasih penyokong kami yg sangat berkualiti!!!! Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Teruskan memecah rekod!! 😭😭 Kutipan tertinggi dlm sejarah Astro First untuk hari pertama tayangan😭❤️ Mi doakan semua yg menyokong usaha mi & team, korang dimurahkan rezeki. Maaf kalau ada kekurangan kami🙏🙏 Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Begitulah tulisan pengarah muda, Syahmi Sazli selepas filem debut arahannya, Mael Totey The Movie yang telah mula ditayangkan di platform Astro First berjaya mengutip hampir RM700 ribu pada hari pertama tayangan sekaligus mencipta rekod terbaru bagi saluran Astro First. Walau dikrtitik sebagai filem sampah oleh beberapa pengulas filem acah-acah yang baru muncul yang hanya menilai melalui trailer, ia tidak menafikan filem ini dari mendapat sambutan yang hangat.  Filem Mael Tot

Neelofa kini berpurdah. Sungguh cantik, sungguh boek!

Image
Suatu masa yang terkini, banyak perkhabaran seperti angin kencang tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah mengubah penampilannya ke arah menjadi muslimah yang baik. Arakian, ini termasuklah foto yang tular sebelum ini memaparkan Neelofa membeli stokin dan memakainya. Syahadan, pada 14 Oktober, Neelofa telah memuat naik satu foto berniqab atau berpurdah di laman Instagram miliknya. Peminat ramai yang menyangkakan bahawa itu hanyalah gambar baling belakang semasa beliau berada di tanah suci Mekah. Atas keyakinan dan iman yang teguh, pada 15 Oktober, Neelofa sekali lagi memuat naik satu gambar penampilan yang sama. Hijrah. Hijrah. Hijrah.  Awak cantik, awak boek, Neelofa.

3 DUKUN SANTET, sebuah telefilem seram berdasarkan kisah benar! Lakonan hebat Umie Aida, Maria Farida.

Image
Pada satu masa yang tidak berapa dahulu, Emma, Epul dan Syasha adalah tiga orang sekawan yang rapat sejak di zaman belajar lagi. Arakian,  mereka diganggu dengan teruk ketika usaha mereka untuk membuka sebuah kafe makan dan studio persembahan kebudayaan.  Rupa-rupanya, tiga dukun telah mengerjakan mereka sehingga mereka sakit dan hampir gagal memulakan bisnes. Kau orang kena percaya! Ini kisah benar ni! Saksikan telefilem ‘3 Dukun Santet’ diinspirasikan daripada kisah benar lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Maria Farida dan Dayang Areeda pada Sabtu, 17 Oktober 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. 

TAHUKAH ANDA BILA DAH TAK ADA ISU AKHBAR KOSMO PERNAH CUBA NAK MENGANGKAT ISU EMO PADA TAHUN 2011, TAPI MEREKA TERLAMBAT ENAM TAHUN.

Image
Ya. Sebab emo dah mati dah pun masa tu dan ramai alumni emo telah berjaya ke menara gading. Ada yang beralih arah pada drone doom atau metalgaze, tak kurang juga yang dah jadi Kpop. Black Metal Mastika 2.0 tak berapa nak menjadi.  Bagaimanapun kami lampirkan laporan mereka untuk hiburan anda ketika PKPB ini sambil mengenang saat manis berpayung-payungan di dalam mall Berjaya Time Square.  KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini. Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil. Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemica

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY