Kedai 2 Ringgit Eco-Shop Perkenal Eco-Bakery, Kedai Menjual Makanan Roti

Siapa je yang tidak suka berkunjung ke Eco Shop, kan? Kedai yang sememangnya terkenal dengan harga murah sehingga diberi nama jolokan 'kedai ada saka' (siap ada iklannya sendiri) ini mempunyai ratusan cawangan di seluruh negara. Memang berhantulah kedai ni. 

Mungkin ramai yang masih belum tau sejak setahun lalu Eco-Shop telah mengembangkan sisi perniagaan mereka dengan memperkenalkan Eco-Bakery, kedai makanannya sendiri dengan harga yang amat berpatutan. 



Melalui Eco-Bakery, mereka menjual pelbagai jenis roti, jem, minuman kopi, aiskrim dan banyak lagi. Jika di Eco-Shop, mereka menjual semua barangan dengan harga RM2.10, tetapi di Eco-Bakery, mereka menjual semua roti dan isi kedai dengan harga RM2.50 sahaja. Selain itu, mereka menjanjikan, Roti Hari Ini (roti baru setiap hari) dan tanpa pengawet tambahan.

Antara makanan yang dijual, Tiffany Swiss Roll, Cheese Polka Dot, Fish Fillet Salad Bun, Ais Krim Creamy Caramel, Traditional Doughnut, jem D'ARBO, Vanilla Muffin, Poppy Seed Butter, Eco Coffee Tart, Bamboo Salty Coffee dan banyak lagi.





Setakat ini Eco-Bakery telah membuka tiga cawangan iaitu Segamat, Selayang dan yang terkini di Bukit Raja, Klang yang telah dibuka secara rasmi pada 19 Februari yang lalu.

Ketiga-tiga lokasi Eco-Bakery ini dibuka setiap hari (Isnin - Ahad) iaitu bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.



Jadi adakah Eco-Bakery ini juga akan menerima nasib yang sama seperti kedai Eco iaitu 'kedai saka', kedai tanpa jalan keluar selepas ini?

Layari https://www.facebook.com/ecobakeryMalaysia/

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

KOMEN TRAILER JUSTICE LEAGUE YANG BARU (dengan penampilan SUPERMAN!)

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Ulasan filem JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN: Mr. Bean versi bercakap yang terlalu memaksa untuk ketawa

Ulasan filem A WORKING MAN lakonan Jason Statham

“Safwan Ehh Afnan” Bakal PM11? Janji Tiada Tarif, Hidup Makmur Menanti?

Zalif Sidek Cerita Perjalanan Hidup Dalam Podcast – Dari Waiter Hingga Pelakon Utama