Posts

Showing posts from April, 2017

Sikit Punya Gila

Image
Pengarah   dan Penulis: Raja Ismail Pelakon: Dharma Harun Al-Rashid, Hamid Gurkha, Datin Nora Shamsuddin, Norlia Ghani, Ibrahim Pendek, Yusni Jaafar, Kuswadinata, Dato' Yusof Haslam Tahun:  1982 Sikit Punya Gila merupakan sebuah filem cereka komedi dan drama Melayu yang diterbitkan oleh Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd. pada tahun 1982 [1]. Filem ini diklasifikasikan sebagai tayangan umum. Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ismail dan diterbitkan oleh dua orang pemilik syarikat penerbitan tersebut iaitu Zain & Zaharan. Filem ini seakan-akan kesinambungan kepada filem Setinggan kerana menampilkan tiga orang yang pernah terlibat dalam filem tersebut, iaitu Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan Tok Bomoh, tetapi kedua-dua jalan ceritanya jauh berbeza dan filem ini tidak menampilkan sebarang elemen seram yang ada dalam filem tersebut. Cerita ini berkisar tentang kehidupan dua orang (Hamid dan Dharma) yang merantau dari kampung untuk mencari kekayaan d

ulasan filem: Aku Haus Darahmu (2017)

Image
Setelah membuka tahun ini dengan filem seram tempatan Dorm Melati, aku tidaklah menaruh harapan yang tinggi kepada filem Aku Haus Darahmu ini. Walaupun tidak begitu teruja, aku sebenarnya dah lama menantikan filem ni sejak diwar warkan oleh media dari tahun lepas lagi, dengan headline artikel yang kebanyakannya menyatakan bahawa filem ini ingin mengangkat feel filem seram 80an. Benarkah? Rasa ingin tahu inilah yang membuatkan aku melangkah ke pawagam LFS Bukit Jambul bertujuan mencari jawapan, dengan expectation yang serendah mungkin. Agar aku tak terluka hati, atau bosan, atau lain lain. Pertama, filem Aku Haus Darahmu cuba mengangkat tema 80an dengan penggunaan props yang agak terhad. Ada percubaan pada costume, gadget dan sebagainya tapi tidak kuat. Mujurlah watak yang terlibat dalam filem ni tak ramai. Dan lokasi pun terhad. Selamatlah. Cuma aku nak bangkitkan satu soalan. Adakah dalam usaha untuk mendapatkan feel/rasa filem seram era 80an, kita perlu mengangkat time setting tahu

Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad dalam DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 )

Image
DI SEBALIK WAJAH, siri drama 30 episod terbaru di saluran HyppSensasi, (HyppTV Channel 116 ) mula tayang 1 Mei 2017, jam 9 malam. Pelakon: Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Marissa Yasmin, Zarina Zainoordin, Haeriyanto Hassan dan Anwar Khan. Penerbit: Francis Foo Pengarah: Patrick Lim Penerbit Eksekutif: Wan Rozita Aladad Khan, Haslinda Abd. Rahman, Juliana Foo Penerbit HyppTV: Jeremy Kung, Emily Wee Terbitan: Filmscape Sdn Bhd Hashtag: #disebalikwajah @disebalikwajah SINOPSIS Setelah terjaga dari koma dan menjalani pembedahan muka ekoran satu kemalangan ngeri, seorang wanita keliru dengan identiti dirinya. Melalui orang sekeliling dia hanya tahu yang namanya Nadia Sabrina Syamsul dan dia isteri kepada Amir Hisyam, pewaris sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Malaysia. Namun, Nadia menjadi bertambah keliru kerana pada masa yang sama dia dihantui bayangan dan sering mendapat panggilan misteri yang menyuruh dia membunuh suaminya, Amir Hisyam. Pada masa

Bront Palarae bakal berlakon dalam filem remake Indonesia, Pengabdi Setan

Image
Tahniah diucapkan buat pelakon Negara kita, Bront Palarae kerana terpilih untuk membintangi filem adaptasi daripada filem cult/klassik Indonesia, Pengabdi Setan. Filem yang dibikin kembali ini akan diarahkan oleh pengarah tersohor Indonesia, Joko Anwar yang pernah mengarahkan filem filem hebat seperti Janji Joni, Pintu Terlarang dan lain-lain. Sebelum ini Bront Palarae pernah berlakon drama Halfworlds arahan Joko Anwar dan juga berlakon dalam filem Indonesia, My Stupid Boss. Pastinya Bront Palarae boleh dijadikan penanda aras buat pelakon lain untuk mencuba berlakon di negara lain seperti pelakon Singapore yang mencuba nasib di negara kita. Diharapkan kejayaan Bront Palarae ini mampu membuka mata ZZ.

LEBUHRAYA KE NERAKA, filem seram dakwah baru Mamat Khalid

Image
"Kalau nak van jenazah pun boleh...." -- Tyson LEBUHRAYA KE NERAKA bakal menggamatkan pawagam seluruh negara bermula 4 Mei 2017. Sebuah filem kerohanian arahan Mamat Khalid yang akan merangsang pemikiran serta mencetus keinsafan para penonton tentang kesediaan dalam menempuh kematian. Trailer rasmi filem Lebuhraya Ke Neraka telah pun diriliskan. Filem Lebuhraya Ke Neraka adalah buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor, Mamat Khalid. Berdurasikan satu minit, trailer Lebuhraya Ke Neraka ini begitu menarik dengan pelbagai elemen seperti CGI, hantu, dan lain lain. Seperti filem Mamat Khalid yang sebelumnya, filem ini juga menjanjikan sesuatu yang menarik. Filem Lebuhraya Ke Neraka membariskan pelakon hebat seperti Awie, Khir Rahman, Miera Leyana, Dazrin Kamaruddin dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan sekumpulan peminat motor berkuasa tinggi yang bernama kumpulan Rentaz. Ketika mereka menyertai konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau berha

Ariana Rose, General Hospital dan Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya: Drama Melayu dan mat Saleh tak jauh sangat bezanya...

Image
Sekadar perkongsian *Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya* (Maaf, akan banyak perkataan rogol digunakan di dalam perkongsian ini. Jika tidak selesa, mohon tidak membaca….) Drama bersiri Ariana Rose pernah mencetuskan kontroversi dengan jalan ceritanya berkisarkan dengan kisah di mana mangsa rogol (Ariana Rose) jatuh cinta dengan orang yang telah merogolnya (Datuk Tengku Adam Kamil). Ada yang mengaitkan ianya dengan Stockholm Syndrome, di mana mangsa jatuh hati/simpati dengan pemangsa. Menurut pengamatan saya, plot mangsa rogol menerima/memaafkan si perogol, malah mengahwini dan mengasihi si perogol ini bermula dari novel-novel cinta yang kemudian di adaptasi menjadi drama. Trend ini bermula dengan drama bersiri Nora Elena pada tahun 2011 (lakonan Siti Saleha) mengahwini Seth Tan (Aaron Aziz) yang tanpa disedari olehnya adalah orang yang pernah merogol beliau dahulu. Kemudian, muncul pula Drama Bersiri Ariana Rose (juga adaptasi dari Novel) yang mula-mula membenci Tengk

Hospital: filem seram terbaru dari MIG

Image
MIG tampil dengan sebuah filem baru berkisar tentang sebuah Hospital. Filem ini mengisahkan gadis kampung bernama Amira telah berhijrah ke bandar untuk mencari kerja. Dia kemudian memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital. Ketika dia bekerja, dia mula dihantui oleh bisikan daripada seorang wanita misteri.' Hospital diarahkan oleh Mohd Azaromi Ghozali dan dibarisi pelakon Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz. Filem ini akan menjengah pawagam 13 April 2017.

Review ringkas Fast and Furious 8 tanpa spoiler!

Image
Review ringkas (Fast and Furious 8) SAYA CUBA ELAK SPOILER UNTUK ANDA. First for me, filem kali ni mehhh. Simple plot story. Aksi/perkara yang tidak masuk akal dan tidak logik diterapkan di dalam filem ini dengan pembawaan yang sangat serius and for me be like 'this is a joke'. Really hype for this movie before but didn't see that coming though. Super illogical storyline! Penceritaan karakter (character build) yang sangat ringkas seperti cerita budak2, sedangkan adult life is complex/complicated. Bab ni nak cerita agar korang faham maksud saya tentang kenapa character build/plot yang sangat simple dan lemah tetapi confirm spoiler kat korang jawabnya. Seperti biasa car crash and explode but this time, literally every scene letop sana letop sini hancur sana hancur sini and 'zombie car'? Seriously? This film used to be the best/creative/phenomenon. Ada beberapa babak low render CGI yang begitu ketara, bukan bajet hollywood tinggi ke? Tak sangka sangat mengham

4 nilai moral dari filem ADIWIRA KU

Image
Movie yg abam pandang cume sekadar movie2 melayu biasa saja pada mulanyer... After Kena paksa dgn My best friend @angahgarang , abam layankan die pegi tgk dgn @dauzshanley Tapi.... Sangkaan abam salah... Don't judge a movie by their poster and trailer... This true story seriously had touched my heart and changed my perception towards carrier, life and people surround us... Jalan cerita sgt2 simple...tapi content and moral value die sgt byk2.. Sape yg tak nangis tgk cite nie...Mmg org itu keras hati......haha.. Moral Value yg Abam dpt dari Movie Adiwira Ku : 1) Dalam hidup jgn menilai masalah org dgn masalah..nilai masalah org dgn jalan penyelesaian buat mereka 2) Jangan Terlalu selesa dgn Good enviroment (kehidupan) yg kite lalui sekarang..kerana enviroment org lain mungkin lebih teruk dari kita. Selalu lah melihat di bawah walau kite cume tinggi sejengkal dari mereka (hidup susah)..di situ kite mampu belajar utk bersyukur dari segala aspek.. *Bab nie yg buat abam b

Erin Brockovich, kisah benar ibu tunggal

Image
Erin Brockovich. Sebuah filem berkonsep Biografi (Biographical Films). Dikeluarkan pada tahun 2000. Mengisahkan seorang ibu Tunggal yang sebagai kerani undang undang disebuah Pejabat Legal. Beliau & bosnya Ed Masry telah berjaya menumbangkan sebuah syarikat memproses tenaga ; Pacific Gas & Electric, (PG&E) dengan saman berjumlah USD 333 juta. Syarikat ini telah mencampurkan bahan kimia terlarang untuk air yang mereka salurkan. Air ini telah memberi kesan buruk terhadap kesihatan penduduk setempat. Ada yang kena kanser , ketumbuhan & kematian apabila menggunakan air tersebut. Bukan satu kes, 600 kes! kesian okayy... Yang bestnya cerita ni saya rasa sebab Erin mewakili orang biasa, everyday people yang memperjuangkan soal kebenaran walaupun beliau bukan dari latar belakang undang undang. Maksudnya disini sesiapa sahaja, Awak & Saya juga boleh membawa perubahan! contoh mcm kita nak saman syarikat gergasi Airasia atau Astro! he he he... Tapi filem berunsur kis

Encik Suami Mat Saleh Celup lakonan Nelydia Senrose

Image
Pengarah Hashim Rejab kembali dengan sebuah drama bersiri yang vakal menghiasi slot Akasia bertajuk Encik Suami Mat Saleh Celup. Ianya sebuah adaptasi novel karya novelis Yumy Hayra dan menggandingkan Daler Yusof dan Nelyda Senrose sebagai teraju utama. Nantikan tayangannya di slot Akasia tidak lama lagi. Pautan:   [GAMBAR] Uqasha Senrose Kini Bertudung Tetapi Seksi Diraba

GHOST IN THE SHELL – Apakah bukti manusia itu 'manusia'?

Image
Ghost in The Shell [2017] [Action,Crime,Drama] Pengarah: Rupert Sanders Tarikh Tayang: 30 Mac 2017 Sinopsis: Berlatarkan masa hadapan, garis pemisah antara manusia dan teknologi semakin menipis – majoriti manusia telah dipertingkatkan secara sibernetik. Major, bersama-sama pasukan keselamatan ‘Section 9’, kini dalam operasi penyiasatan untuk memburu penjenayah siber yang mengganggu-gugat kesejahteraan komuniti moden ini. ‘Hollywood’ akhirnya menghasilkan adaptasi berdasarkan ‘manga’ popular serta filem animasi bertaraf lagenda [dengan tajuk yang sama] ini. Para peminat karya asal sudah lama menunggu (dan risau) bagaimana hasilnya (termasuk saya) - kerana kita semua sudah tahu ‘mereka’ sangat terkenal dengan kehebatan ‘merosakkan’ karya-karya asal, lebih-lebih lagi karya dari negara matahari terbit ini. Ianya tidaklah seteruk yang disangka. Masih mengekalkan elemen ‘old school’ dan estetik ‘retro-futuristik’ tahun 80-an/90-an dari segi visual dan runut bunyi (‘synthwave’+’

LA LA LA AT ROCK BOTTOM – Nyanyian ikhlas insan yang mencari secebis memori

Image
La La La at Rock Bottom (2015) (Comedy,Drama) Pengarah: Nobuhiro Yamashita Tarikh Tayang: 06 April 2017 Sinopsis: Ketika persembahan sebuah kugiran sedang berlangsung di Osaka, seorang lelaki, yang penuh luka dan lebam, merampas mikrofon dan terus menyanyi. Perbuatannya itu mengejutkan penonton namun lelaki itu mempunyai suara nyanyian yang menarik. Apabila Kasumi, pengurus band tersebut mengetahui bahawa beliau hilang ingatan, dia mengambil beliau sebagai penyanyi utama dan diberi nama panggilan ‘Pooch’. Kesemuanya tampak lancar dan kugiran mereka diterima baik, sehinggalah Pooch mula mengigati kembali zaman silamnya. Drama berentak perlahan, gaya penceritaan santai dan sinematografi realistik, mempunyai nilai estetik, dekat kepada kehidupan sebenar dan bukan dramatik. Banyak babak yang dibiarkan ambien secara semulajadi tanpa tokok tambah runut bunyi latar. Berjaya menangkap ‘the moment’ walau tanpa skrip. Ibarat kita lepak bersama-sama mereka. Penyampaian emosi yang ber

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY