Cikgu Suraya, Fenomena dalam Dunia Perfileman Malaysia Sedekad Lalu

Industri perfileman Malaysia Sedekad lalu digegarkan dengan sebuah (fake) teaser trailer filem ‘Cikgu Suraya’ telah mencetuskan fenomena dengan pendekatannya yang unik terhadap genre romantik. Filem ini, yang telah dijulang sebagai “50 Shades of Grey versi Malaysia,” merupakan adaptasi dari sebuah cerpen romantik cult yang terkenal.



Filem ini mengisahkan pengalaman Amir, seorang pelajar sekolah menengah yang kehidupannya berubah apabila dia meminjam pam dan segitiga emas dari Cikgu Suraya, guru yang amat disayanginya, setelah tayar basikalnya kekempisan ketika hujan. Melalui peminjaman ini, Amir belajar tentang erti kehidupan yang sebenar.

Diarahkan oleh Tengku Umar dan dibintangi oleh Ashraf Zamani sebagai Amir dan Sofia Lee Abdullah sebagai Cikgu Suraya, trailer ‘Cikgu Suraya’ dihasilkan oleh Under The Bridge Productions. Trailer filem ini telah mencipta gelombang di media sosial, dengan hashtag #CikguSuraya menjadi tular sekitar tahun 2014.

Namun, ia hanya sekadar trailer dan filem penuhnya tak muncul-muncul tiba walaupun ada usaha dari penerbit lain untuk menjadikan Cikgu Suraya sebuah filem cereka (tetapi bergenre aksi) lakonan Jasmine Suraya Chin.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Ed Sheeran Beri Kejutan Istimewa di Singapura, Sedia ke Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil Sekali Lagi Diuji

Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz, Isteri Tidak Pulang Sejak November

Ulasan Filem: Conclave (2024)

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor

BERBAHAGI SUAMI - Drama Bersiri Konflik rumahtangga dan rahsia masa silam