Posts

Showing posts from October, 2019

#THROWBACKTEROKS! : Tahukah anda pernah ada orang yang menyamar sebagai Emmett Butterfingers di era MySpace?

Image
BUTTERFINGERS: ISU PENYAMARAN SEBAGAI EMMETT  Jerangkap Samar : Pihak Butterfingers amat kecewa dengan sikap segelintir individu yang menyamar sebagai salah seorang ahli Butterfingers di sebuah laman web yang dikenali sebagai MySpace. Gelagat menyamar sebagai Emmett ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada peminat Butterfingers dan juga golongan awam. Kami berharap agar mereka yang melakukan penyamaran ini dapat menghentikannya dengan segera sebelum tindakan di ambil. Ini melibatkan identiti dan akan menjerumus kepada kegiatan yang tidak sihat. Kami berharap kepada semua peminat Butterfingers yang membaca penulisan ini tidak terkeliru dengan individu yang tidak bermoral seperti ini. Apabila melihat apa yang telah berlaku, ramai ahli yang menyangkakan beliau adalah Emmett yang sebenar, sedangkan mereka telah tertipu dengan seorang individu yang dahagakan populariti murahan. Inilah laman web tersebut: http://www.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewProfile&friendID=108315

T-shirt Butterfingers dicetak rompak

Image
Senangnya buat kerja! Dulu artis rakaman punyalah susah nak jual karya muzik mereka dalam bentuk fizikal seperti CD dan kaset sebab munculnya lanun cetak rompak. Peralihan ke medium digital dan streaming masih tak mampu untuk membantu pengkarya lalu artis mengharapkan pada jualan merchandise atau CD yang dipakej dengan t-shirt untuk menarik peminat untuk terus membeli karya artis dalam bentuk fizikal. Itupun kena pirate lagi! Dalam kes di bawah: Butterfingers yang bakal reunion melalui konsert ulangtahun ke-20 Transcendence . Ada yang cuba ambil untung atas angin dengan menghasilkan t-shirt Butterfingers tanpa kebenaran. Perkataan 'unofficial' semacam menjadi lebih manis dalam berdagang menggantikan 'haram' dan 'palsu'. p/s: Butterfingers bakal berkongsi di Stadium Malawati Shah Alam pada 2 November ini.

Tranung Darul Sapoh

Image
Tranung banyok sapoh. Gi pata ni ade sapoh. Gi pata tu ade sapoh. Gi kat jambatan congek pun ade sapoh. Ngate rawe kali sapoh. Huduhnye Tranung nim. Sapa masuk brite TV3. Mari mane ni sapoh2 seme awang weh? Nuh, mari dari orang jual lah. Bekas air plastik, rajuk kepok lekor, lidi sate ikang, polistrin nasi goreng kapung kakung lebih, kertas bukkuh mee goreng talam capur kepok lekor siya. Doh❗Saloh orang jual lah sapoh ngate rawe nim❓❗😡😡😠😠 Dok eh, hok saloh tu orang hok buang sapoh ah. Bakpe nye gi buang ngate. Tong sapoh ade kang. MBKT sedia doh kang tong sapoh. Hor... Doh bakpe banyok jugok sapoh nim? Siket2 jupe sapoh.. Siket2 jupe sapoh. Selain dr sebab peranga monyet hok tohok sapoh ngate tu, se lagi sebab geng2 nege ni dok duk setempat. Bila nege setempat, MBKT mudoh nok uruskan kije2 pembersihan. Amek contoh bazar bulan pose. Habis je org nege, penuh sapoh ok. Pahtu org bandaran mari bersih. Kemah lalu. Xdok sapoh sutir habuk pun. Sedap je tengok. Bersih. Ni bila

Jasmine Suraya Chin Mohon Maaf Kontroversi Video Cikgu Suraya Yang Mengghairahkan

Image
Hai semua. Di ruang dan kesempatan ini, Jasmine ingin memohon maaf dengan isu atau situasi yang berlaku sekarang. Tanpa mahu menuding mana-mana pihak, Jasmine hanya mahu menjelaskan bahawa: 1. Jasmine pernah dengar tentang Cikgu Suraya tetapi tidak tahu tentang asal-usul dan details kisah tersebut. 2. Saya hanya menjalankan amanah sebagai seorang pelakon untuk membawakan karakter yang penuh dengan konflik ini. 3. Saya menyusun jari sepuluh, meminta  maaf kepada semua umat Islam, bangsa Melayu serta cikgu-cikgu khususnya. 4.Jujur, saya tiada niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama kaum wanita dan guru-guru. Akhir kata, maaf dari saya yang masih hijau dalam industri seni dan perjalanan dunia. Setiap hari saya belajar perkara baru. Ini termasuk aspek budaya dan pelbagai. Jika ada salah dan silap, sekali lagi saya memohon maaf dan tegurlah saya dengan cara yang baik agar saya dapat memperbaiki diri saya.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY