Posts

Showing posts from October, 2021

Mamat Khalid, pengarah filem Hantu Kak Limah meninggal dunia

Image
Innalillahiwainnalillahirojiun.  Al-Fatihah. Berita mengejut tentang peninggalan Allahyarham Mamat Khalid . Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.  Allahyarham meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Antara pengarah filem tempatan yang sering letak elemen kritikan tersirat dalam filemnya. Dan arwah seorang yang humble dan sering beri tunjuk ajar, nasihat, teguran dan sokongan kepada para pembikin filem yang baru bermula.  Jasa beliau dalam bidang perfileman negara amat dihargai. Karya beliau amat disukai rakyat.  Al-Fatihah

Filem ANAK HALAL lakonan Fauzi Nawawi viral semula kerana aksi panas dengan Raja Farah, ini sinopsis detail filem ini...

Image
Anak Halal sebuah filem bercorak drama aksi arahan Osman Ali yang pernah menggegar pawagam seluruh Malaysia  pada 13 Disember 2007 lalu, kini meniti bibir peminat filem semula.  Sebelum Ombak Rindu, Osman Ali mengarah Anak Halal yang sarat aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan ini buat pertama kali menampilkan Maya Karin sebagai remaja lasak ala tomboi. Selain keserasian di antara pelakon, dialog yang digunakan turut memberi impak hebat bagi menggambarkan realiti kehidupan segelintir anak muda masa kini di Chow Kit.  Filem ini mengisahkan tentang Hisham, seorang penjenayah yang dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada seorang perempuan gila bernama Mariam. Mariam yang hidup di jalanan telah membesarkan anak tersebut, Putra dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dalam diam, Johanna menyukai Putra tetapi perasaan itu terlindung di sebalik sifat kasarnya. Satu hari

SYAHADAH TERAKHIR lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim. Pengajaran dari telefilem arahan Jinggo.

Image
Slot Cerekarama TV3 telah menayangkan telefilem Syahadah Terakhir.  Telefilem arahan Azman Haji Yahya ini menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim dan Erry Putra. Berdasarkan cerita asal oleh Hani Maryam, ia sebuah lagi terbitan  JS Pictures yang sebelum ini telah menerbitkan telefilem Aku Nazmi.  Syahadah Terakhir mengisahkan tentang Pak Yusuf yang menyayangi anak-anaknya Razlan dan Rafidah bagai menatang minyak yang penuh sehingga mereka berjaya. Konflik bermula selepas isterinya meninggal dunia. Pengajaran dari telefilem Syahadah Terakhir Percayalah tidak rugi untuk kita jaga mak dan ayah kita jika mereka dah kehilangan teman hidupnya. Anak-anaklah sebagai pengganti untuk mereka menumpang kasih. Insya Allah segala urusan dipermudahkan jika keikhlasan rasa dihati. Mak dan ayah sendiri atau mertua tak perlu kita bezakan, fahamilah hati mereka kerana mereka dah terbiasa dengan cara hidup mereka maka untuk mereka mengikut cara kita memang ag

12 Fakta Meletup NIEZAM ZAIDI (pelakon filem Budak Pailang)

Image
1. Nama penuh beliau ialah Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. 2. Beliau lahir pada 26 Oktober 1992 dan berasal dari Ipoh, Perak dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. 3. Merupakan anak kedua daripada empat beradik. 4. Bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo. 5. Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mula disiarkan di saluran Astro Prima pada 16 September 2012. 6. Filem pertama lakonannya pula ialah Budak Pailang, sebuah filem aksi arahan Hashim Rejab yang turut dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terbitan Metrowealth pada tahun 2012. 7. Beliau meneruskan kerjaya lakonan dalam filem seperti Pada Suatu Cinta Dahulu, Dua Kalimah, 99 Kali Rindu , Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Gudang Kubur, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Sangkar dan M4M4.  8. Di kaca TV, beliau banyak berlakon drama bersiri, antaranya: Bini-Bini Perkasa, Diandra, Dia Sua

SAYAP BAGIMU: Siti Nordiana dan Alif Satar kembali bergandingan

Image
Tidak boleh memilih kerja dalam situasi pandemik COVID-19, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana kembali ke dunia lakonan iaitu drama bersiri Sayap Bagimu.  Dalam drama ini, Nana kembali ke pangkuan Alif Satar, hero yang pernah menaikkan namanya dalam dunia lakonan menerusi drama Dia Semanis Honey pada tahun 2016. Sayap Bagimu arahan Low Ngai Yuen menampilkan lakonan Alif Satar, Siti Nordiana, Eizlan Yusof, Vanidah Imran, Fazlina Ahmad Daud, Kasuma Satira, Mark Adam, Intan Ladyana, Izzue Islam, Azzam Sham, Aznie Azmi, dan Siti Shahiedatul Shahreena. Ia diterbitkan bersempena kempen Sayap Bagimu oleh AEON yang menyambut ulangtahunnya yang ke-37. Ianya satu inisiatif kelestarian dalam usaha menyambut seruan kerajaan menerapkan elemen kemasyarakatan serta membantu golongan yang memerlukan. Menerusi inisiatif Sayap Bagimu, bernaungkan komunikasi media, maka terhasillah rancangan AEON Raikan yang merupakan program bual bicara dan 'variety show' yang

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.

Image
Pelakon Jasmin Hamid menarik nafas lega sekaligus meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menjalani pengambaran drama bersiri popular, Cukup Derita itu. Jasmin Hamid yang memegang watak Mak Ngah Gayah telah memuat naik hantaran gambar di Instagram yang memaparkan dia bersama para pelakon drama tersebut. Cukup Derita Itu ialah sebuah siri drama televisyen arahan Along Kamaludin yang dibintangi oleh Jasmin, Hisyam Hamid, Ruhainies Farehah dan Chacha Maembong. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021 menggantikan Penjara Janji. Drama ini terpaksa ditangguhkan setelah 20 episod, akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia yang menyebabkan sesi penggambaran drama ini terhenti. Namun begitu, baki 20 episod yang belum ditayangkan akan disiarkan sebagai musim kedua bagi drama ini. Pelbagai konflik dalam plot seterusnya yang akan disajikan kepada para penonton setia drama ini tidak lama lagi. “Selepas beberapa bulan

Filem MARIA MARIANA, Erra Fazira dan Ziana Zain jadi adik-beradik berlainan perwatakan

Image
Selepas filem Sembilu 2 terbitan Yusof Haslam mencatat sejarah industri perfileman tanah air sebagai filem box-office Melayu pertama mencapai kutipan sebanyak RM6.1 juta, Yusof Haslam meneruskan pendekatannya yang dengan mengambil penyanyi-penyanyi terkenal dalam filem yang ternyata telah berjaya menarik jumlah penonton yang ramai. Filem Maria Mariana yang menggandingkan Erra Fazira dan Ziana Zain sebagai adik-beradik telah meraih RM4.7 juta kutipan tiket dan filem sambungannya, Maria Mariana 2 turut berjaya mendapat pulangan sebanyak RM4.8 juta menjadikan Skop Productions sebagai studio filem laku keras tempatan.  Berbalik kepada Maria Mariana,  filem ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jefri mengub

Filem SUCI DALAM DEBU lakonan Sidi Oraza dan Julia Rais, karya popular Iklim diangkat ke layar perak

Image
Filem 'Suci Dalam Debu' merupakan antara filem dengan penampilan kumpulan muzik tanah air selain filem Fenomena dan Isabella. Ia penampilan istimewa Saleem dan kumpulan Iklim dalam gandingan bersama Sidi Oraza, Julia Rais, Imuda, Khairil Anwar, Aziz Satar, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Lagu 'Gerhana Cinta Luka' amat memberi kesan dalam filem ini selain lagu 'Suci Dalam Debu'. Inilah julung-julung kalinya filem yang memperlihatkan Saleem dan iklim di layar perak. Filem arahan Zulkifli M. Osman ini diterbitkan pada tahun 1992. Filem ini mengisahkan Roy, anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Anak perempuan Tengku Aziz, Rina pula ditunangkan dengan Tengku Johan. Tengku Aziz mengambil Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Roy melihat Rina berselisih faham dengan Tengku Johan. Rina memerhatikannya dan dia sering ke kelab untuk mengenali Roy. Tengku Johan mendapat tahu tentang hubungan tunangn

Rita Rudaini Geram Rider Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah, Ini Reaksi Netizen

Image
Baru-baru dalam laporan Astro Gempak , pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa di mana makanan yang dipesan hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah. "Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu," tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad. Walaupun hantaran Instagram Rita tidak memukul rata semua penghantar makanan dan hanya merujuk segelintir sahaja, hantaran Rita bagaimana mendapat reaksi berbeza dari netizen yang telah biasa menggunakan aplikasi rider makanan dan melalui banyak pengalaman sejak pandemik Covid-19 tahun lalu.  Antara reaksi-reaksi netizen: "Tak pernah tengok live map kat app tu ke? Biasa aku, rider tu masuk je jalan simpang rumah, tunggu terus kat gate." - Zalia Hezlin "Dah tau buat order, bersedia la tunggu. Bukan makanan ko je dia nak hantar. Kang bell banyak kali, ko meroyan lain plak. #shameon

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY