Posts

Showing posts from September, 2020

[THROWBACK] Lakonan itu bukan jiwa Wany Hasrita

Image
17 September 2019: Penyanyi, Wany Hasrita mengakui, dia pernah menghadapi tekanan emosi kerana membintangi sebuah telefilem yang disiarkan musim Syawal lalu. Wany berkata, walaupun dia melakonkan wataknya sendiri, dia menyedari bahawa lakonan bukanlah jiwanya kerana selama seminggu penggambaran drama itu, dia tidak keruan.  “Saya memberi salutasi kepada pelakon yang dapat berkonsentrasi sepenuhnya selama berhari-hari di set penggambaran. Lebih mengejutkan saya, mereka dapat menghidupkan watak tanpa menghadapi masalah," katanya pada Berita Harian.  "Ketika saya melalui pengalaman sendiri ketika berada di lokasi penggambaran, saya baru tahu, lakonan sebenarnya tidak mudah. ​​Ia menuntut kesabaran dan semangat yang tinggi. Selama seminggu penggambaran, saya menjadi bingung, walaupun saya bawa watak sendiri. Mungkin kerana itu tidak normal, keadaan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi," katanya.  Penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu berkata, hatinya tergerak un

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Image
Pelakon cantik Hannah Delisha memuat naik foto terbaru dengan kapsyen "Bismillah" menjadi tanda tanya buat peminat adakah beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan penampilan bertudung?  Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu. Ini diikuti dengan foto kedua dengan kata-kata indah yang mana beliau menitip rasa terima kasihnya atas doa dari semua peminat dan rakan-rakan di atas penghijrahannya.  Thank you all for your kind dua’a.  My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍 Antara rakan-rakan artis yang memberi sokongan ialah Lisa Surihani, Daiyan Trisya, Mawar Rashid, Elisya Sandha, Raysha Rizrose dan ramai lagi.  Foto Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam. "Saya hanya menunai

Netizen pertahan tindakan Ajai bagi dua markah pada Hafiz Zainal walau telah memohon maaf

Image
 Live di Big Stage semalam, Ajai telah membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung di atas tindakannya memberi dua markah minggu lalu.  Patutkah Ajai memberi dua markah kepada Hafiz Zainal? Lihat persembahan Hafiz Zainal dan anda nilaikan sendiri.  Sebelum itu telah ramai netizen yang memberi komen tentang cara Ajai mengadili pertandingan nyanyian anjuran Astro itu tetapi tak kurang juga yang mempertahankan tindakan Ajai.  " Tak ada ke yang buat petisyen sokong Ajai? Benda betul. Nasib bagi jugak tu (dua markah). Kalau ikutkan dari nyanyian tak payah bagi pun tak apa." "Bagus Ajai. Kang jadi penyanyi macam Nabila Razali, netizen maki pulak, haa.. ." - Adira Wanie

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY