Posts

Showing posts from September, 2018

Ulasan filem JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN: Mr. Bean versi bercakap yang terlalu memaksa untuk ketawa

Image
Aku sorang je ke yg kecewa dengan Johnny English kali ni ? Rasa saling tak tumpah macam menonton Mr. Bean versi bercakap. Durasi sekejap tu satu hal. Kelakar dia tu seolah olah terlalu memaksa orang untuk ketawa . Ada la jugak yg betul2 kelakar. Tak ada unsur 'ejen perisik' kali ni macam dalam JE: Reborn. Huaa membazir duit aku nasib RM8 je tiket. Baik tengok Mr.Bean je kat tv9. Ulasan oleh Cik Kuntum (Movie Addict group)

Ulasan filem THE PREDATOR yang paling sedih!

Image
My Review for The Predator movie : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya baru saja habis menonton filem The Predator yang baru.... Sedihhh...!!! Jalan cerita dia entah apa-apa,hampehhh, CG effects terokk, bad acting, terrible script, rubbish storyline, bsolutely no respect for the original..!! Siap boleh buat lawak lagi Predator. Hahaha!!! Rasanya "Predators" 2010 lagi best dari yang baru ni. Siapa yang dah tengok boleh bagi review sikit untuk "The Predator" ni. Markah: 4/10 Ulasan oleh Nasrul Iscariot (group Movie Addict)

Pelawak Accapan Meninggal Dunia

Image
Accapan dalam kenangan.... Kenyataan Media Persatuan Seniman Malaysia 14  SEPTEMBER 2018 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelakon & pelawak berbakat besar tanah air iaitu *Samynathan A/L Rethinam atau lebih popular dengan nama pentasnya sebagai Accapan* pada usia 63 tahun.. Menurut anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 2.43 pagi di rumahnya akibat kegagalan buah pinggang disamping keluarga..Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau sekitar jam 3 petang ini dialamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor. Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam 53 dan 3 orang anak Vikneshwaran Samynathan, 31 Dhineshwaran Samynathan, 28 Yhuveneshwary Samynathan ,24..Beliau telah banyak berlakon didalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada

Boikot si Yahudi Nas Daily! Asyik burukkan nama Malaysia!

Image
Siapa Nas Daily? Nama sebenarnya Nuseir Yassin, berbangsa Arab Palestin yang dibesarkan di Arraba, Utara Israel. Selepas menjalani ujian DNA, dia mendapati bahawa dia mempunyai 1% genetik keturunan Yahudi Eropah. Walaupun dibesarkan sebagai seorang Muslim, Nas menyatakan pendiriannya untuk tidak mempercayai tuhan kerana merasakan agama banyak melakukan kezaliman dan penindasan, tetapi pada masa yang sama, seringkali dilihat melaungkan ayat "I'm a Muslim" dalam video-video terbitannya. https://www.facebook.com/nasdaily/videos/lets-talk-religion/77471524601396 3/ L elaki berusia 26 tahun ni merupakan graduan Ekonomi di Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai pembangun perisian di sebuah anak syarikat Paypal dengan gaji sebanyak US$10,000 sebulan. Selepas berjaya mengumpul wang tunai sebanyak USD$60,000, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengembara ke seluruh dunia sepenuh masa. Dari situ, lahirlah "Nas Daily" di Facebook. Dia berikrar un

Ulasan filem propaganda Rise : Ini Kalilah, macam makan nasi dengan telur

Image
Rise : Ini Kalilah ibarat makan nasi putih dengan telur mata. Minta sambal belacan tapi sambal habis. Tak ada sambal minta kicap tapi kicap pun habis. Akhirnya terpaksa makan dan cuba habiskan nasi kosong dengan telur mata tadi dengan sedaya upaya yang boleh. #ReviewRingkas #RiseIniKalilah Ulasan oleh Hans Hanis (group Movie Addict) Penilaian: 3 / 10 Pengarah: Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, M.S.Prem Nath  Genre: Drama Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia, Mark O'Dea, Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Pushpa Narayan, Noon Yoong, David Anthony. Tarikh Tayangan: 13 September 2018

Munafik versi Hollywood tapi A24 lah ye... : Ulasan filem FIRST REFORMED

Image
MUNAFIK 3 : FIRST REFORMED Maaf tumpang tajuk filem yang tengah meletup sekarang, tapi ciri munafik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita filem ini. Ethan Hawke membawakan watak Ernst Toller, seorang paderi yang mengalami krisis keyakinan dengan institusi gereja setelah mengetahui gereja yang diwakili dapat 'sponsor' dari konglomerat yang mencemarkan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Toller mula rapat dengan Mary (Amanda Seyfried) yang ada kaitan dengan plot di atas. Cakap lebih-lebih, spoiler pula. Disebabkan filem ini ditulis dan diarahkan oleh Paul Schrader, pengkritik filem yang juga penulis filem hebat seperti TAXI DRIVER, boleh dikatakan setiap babak, perkataan, shot dan malah nama watak dalam filem ini ada kepentingan tersendiri. Ada pengkritik barat kata watak Ernst Toller mengalami 'loss of faith", tapi saya tak setuju. Bagi saya ia lebih kepada krisis keyakinan dengan INSTITUSI agama. Tak yakin dengan orang agama bukan bermakna tak yakin dengan agam

Ulasan filem THE HITMAN'S BODYGUARD: Bila Deadpool bergabung dengan Nick Fury

Image
Ok gais... Mcm biasa... Spoiler di depan.. Reviu geli2... Hahaha... Mengisahkan kehidupan seorg pengawal peribadi yg telah kene pecat disebabkan satu insiden... Dua org yg boleh dikatakan pesaing antara satu sama lain akhirnya bersatu bersama dalam usaha nak lawan villain. Terbakar The Hague kali ni... Hahahaha.... Permulaan cerita dijelaskan dgn twist di akhir cerita... Aksi agak pack... Selain itu... Full with F word... Hahahah... Carut sana sini... Jokes?... Well... No need to explain lah... Hahahah... But sometimes agak try hard... Hahahahah... Dah habis citer jangan balik... Ade sikit lagi scene di akhir credit roll... In-credit scene... Hahaha.. Bukan post credit sebab still rolling masa dia keluar... Ok guys... Rating peribadi... 4.8/5 Bolehlah ke panggung.... Huhuhu Ulasan oleh Fariszuan (group Movie Addict)

TAHUKAH ANDA: FOO FIGHTERS HAMPIR PERFORM DI MALAYSIA!

Image
Legenda ada menyatakan, ketika kumpulan alternatif rock Foo Fighters masih baru bertapak dalam industri di pertengahan 1990'an, mereka pernah bercadang datang ke Malaysia untuk membuat konsert. Tetapi ketika itu penganjur konsert di Malaysia menolak kerana tak pernah dengar tentang kumpulan Foo Fighters. Mereka menyangkakan Foo Fighters ialah sebuah band  Cantopop/rock dari Hong Kong. Bila mereka dapat tahu yang Foo Fighters ialah band baru yang ditubuhkan oleh Dave Grohl , pemain dram band Nirvana  yang terkubur selepas kematian Kurt Cobain, barulah mereka menyesal menolak lamaran band ni. BACA : ULASAN FILEM FOO FIGHTERS : BACK & FORTH Admin tak salahkan penganjur. Memang Foo Fighters bunyinya macam pemain badminton negara Foo Kok Keong dan juga Nancy Foo , aktres dan penerbit yang popular dengan rancangan tv Kisah Benar ketika itu. Lagipun internet belum cukup grand lagi untuk penganjur mencari maklumat. Foo Fighters ketika itu sempat melakukan konsert jelajah Asia Ten

Kronologi Hairul Azreen Hampir Diculik Lanun di lokasi filem PASKAL THE MOVIE dan Reaksi Mual Netizen

Image
Sembangnya : PELAKON Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah. "Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada duit bayar hotel di Kota Kinabalu. "Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi anggota keselamatan," katanya. Yang sebenarnya : Pihak produksi PASKAL cuma diberitahu lokasi penggambaran ialah kawasan panas. Tiada ancaman lanun sepanjang penggambaran. Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Hairul itu sebagai tidak berasas. Sepanjang penggambaran filem dijalankan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon dan kru produksi telah disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL). Kesan dan akibatnya : Netize

MUNAFIK 2 FILEM SAMPAH!: Ulasan Negatif Peminat Filem Terhadap Filem Terbaru Syamsul Yusof Terima Kecaman Netizen

Image
" Filem SAMPAH!" , begitulah ayat permulaan oleh seorang ahli group filem Facebook Movie Addict, Zyeus King dalam ulasannya terhadap filem seram terbaru arahan Syamsul Yusof, MUNAFIK 2 (kini di pawagam terbitan Skop Productions) yang menerima reaksi bercampur, ada yang menyetujuinya dan ada yang membidasnya biarpun baru sehari filem itu ditayangkan kepada umum. Filem sekuel Munafik ini amat dinantikan dengan penuh antisipasi jadi apabila awal-awal lagi peminat telah memberi ulasan negatif sebegitu rupa, ia menerbitkan rasa ingin tahu di kalangan peminat-peminat filem yang menantikan MUNAFIK 2: teruk sangat ke filem ini? Kita singkap ulasan Zyeus King di bawah terhadap karya terbaru Syamsul yang khabarnya memecah rekod kutipan hari pembukaan tertinggi sebanyak RM2 juta, yang sebelum ini dipegang oleh filem HANTU KAK LIMAH arahan Mamat Khalid: MUNAFIK 2, filem SAMPAH! Plot dan skrip MENGARUT yang amat. Bila dah tau ada kes bunuh ko panggil polis la, bukan masa ko nak bagi

Foto Ibu Menyusukan Anak Di Tempat Terbuka Ini Mengundang Kemarahan Netizen

Image
Kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di Batu Caves, berlaku betul-betul di depan mata saya. Saya bukan nak menghalang golongan ibu nak menyusukan anak, tapi berpada-padalah. Buat kat rumah je. Ini tempat awam. Kami ke restoran sebab nak menikmati hidangan, bukannya nak melihat adegan yang mencacatkan permandangan sebegini. Pandangan korang pula macam mana? Dikongsikan dari page Pencarian Lelaki Sweet dan Gadis Bertudung

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY