Ulasan Filem SEE HOW THEY RUN

Dengan pendekatan yang bijak, filem “See How They Run” membawa penonton ke dalam genre misteri pembunuhan yang diolah dalam naratif yang sama. Gaya visual yang menarik menjadi salah satu kekuatan filem ini.

Namun, gabungan konsep tersebut tidak berjaya sepenuhnya. Ia seolah-olah terjadi pertembungan gaya antara filem-filem Wes Anderson dan siri filem Knives Out arahan Rian Johnson yang akhirnya perlu kompromi tetapi tidak memuaskan kedua-dua pihak.

Walaupun begitu, filem ini tetap menyeronokkan untuk ditonton kerana persembahan Saoirse Ronan yang harus diberi pujian..Harapnya ada lanjutan kisah Konstabel Stalker.

Dari skala 1 hingga 10, “See How They Run” layak mendapat skor 6/10.



Filem komedi misteri tahun 2022 ini diarahkan oleh Tom George, ditulis oleh Mark Chappell, dan diterbitkan oleh Damian Jones serta Gina Carter. Barisan pelakonnya termasuk Sam Rockwell, Saoirse Ronan, Adrien Brody, Ruth Wilson, Reece Shearsmith, Harris Dickinson, dan David Oyelowo.

Seorang penerbit filem Hollywood yang terdesak ingin mengadaptasi sebuah drama popular bergenre 'whodunit' ke layar perak. Namun, ketika anggota produksi mulai dibunuh satu persatu, Inspektor Stoppard yang sudah jemu dengan dunia dan Konstabel Stalker yang masih hijau dalam kerjayanya terjebak dalam misteri pembunuhan yang membingungkan.

Edaran Walt Disney Pictures Malaysia, See How They Run dibawa khusus oleh Searchlight Pictures dan GSC International Screen ke pawagam terpilih GSC mulai 29 September 2022.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Apa Jadi Kalau Lelaki Minum Kacip Fatimah?

Isteri Kantoi Curang Dengan Skandal, Diumpan Belanja Baju di Aeon Mall KB

Kedai 2 Ringgit Eco-Shop Perkenal Eco-Bakery, Kedai Menjual Makanan Roti

Ulasan Filem 7 Petala Cinta - Kisah Cinta dan Ikhtilat Ke Laut!

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.