Posts

Showing posts with the label action

Ulasan Filem Argylle: Aksi Mengujakan dan 'Plot Twist' Menarik

Image
Filem aksi terbaru dari Apple dan Universal Pictures (edaran di Malaysia oleh United International Pictures), Argylle, telah menarik perhatian ramai penonton di pawagam. Filem ini mengisahkan seorang agen rahsia yang terlibat dalam misi-misi berbahaya di seluruh dunia. Filem ini mempunyai unsur-unsur yang mengingatkan kita kepada filem-filem seperti The Long Kiss Goodnight dan Kingsman, tetapi dengan sentuhan unik dari pengarahnya, Matthew Vaughn. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, Catherine O'Hara, Dua Lipa, dan ramai lagi. Pelakon-pelakon ini memberikan persembahan yang memukau dan meyakinkan dalam watak-watak mereka. Sam Rockwell, yang memegang watak sebagai agen Aidan, boleh diberi pujian lakonannya yang hebat. Bryce Dallas Howard juga menunjukkan bakatnya dalam watak Elly Conway yang agak kompleks. Filem ini juga menawarkan aksi-aksi yang mengujakan dan menegangkan, seperti tembak-menem...

Ulasan filem THE BEEKEEPER: Jason Statham Mendebik Budak Kripto

Image
Dah macam-macam kerja Jason Statham buat. Kali ini beliau menjadi penternak lebah dalam filem THE BEEKEEPER . Filem arahan David Ayer (Fury, Suicide Squad) ini akan datang ke pawagam 18 Januari Ini edaran Encore Films Malaysia dan Warner Bros. Pictures. Biasanya aku suka buat review sebaik sahaja habis tengok filem, masa tu masih bersemangat. Tapi filem ni aku dah tengok dua minggu lepas, tapi tak sempat nak buat review masa tu. Tapi takpe, aku tetap nak buat review hari ni sebab aku tak boleh lupakan filem ni. Aku rasa ini filem paling best untuk genre Vengeance Action Thriller, malah aku rasa filem paling best yang aku tengok dari tahun 2023 hingga awal 2024. Kalau nak bandingkan dengan filem-filem Vengeance yang lain yang best giler (ikut pendapat aku la), macam John Wick (filem pertama) dan The Equalizer (filem pertama), aku rasa filem The Beekeeper ni lagi power dan lagi mantap. Ini memang genre filem yang sesuai dengan Jason Statham, dia memang pandai berlakon macam orang gila. K...

Ulasan HOUSE OF NINJAS (Siri Netflix), Shinobi pun ada hati perut dan keluarga

Jom tengok cerita ninja yang tak sama macam Naruto. Ni bukan pasal dunia fantasi, tapi dunia sebenar. Ninja zaman moden yang kena hadap masalah macam kita. Takde jutsu-jutsu hebat, cuma ada realiti yang pahit. Tapi jangan risau, cerita ni ada kelakar dan sedih jugak. Drama Netflix yang best gila. Bayangkan Anbu kena buat kerja rumah. Ending siri ni bakal buat korang terkejut beruk. Shinobi pun ada hati perut dan family tersayang. Bila habis cerita ni, korang rasa nak main botol dan buat bintang-bintang. Rating: 8/10, tapi kalau ada jutsu lagi best.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY