Posts

Showing posts from 2018

RNR Gambang Kini Lengang Diboikot Pemandu Bas, Pok Teh Luah Kekecewaan

Image
Ekoran kes seorang pemandu bas Sani Ekspres yang dibelasah 10 lelaki kerana nasi lemak seringgit, para peniaga lain di RNR Gambang mula terkesan apabila perniagaan mereka lengang tanpa pelanggan akibat diboikoti. Berikut ialah surat luahan peniaga yang menyatakan rasa sedih mereka: "Jangan boikot RNR Gambang... Kami harap pengarah Sani Ekspres tarik balik arahan kepada semua pemandu bas kamu. Kes individu jangan sampai kedai lain tak laku. Sebagai pengarah yang berjaya dan profesional, kena selesai cara baik dan bukan memboikot sehinggakan terjejas periuk nasi orang lain. Kena fikir juga penumpang kamu yang nak makan dah buang air di situ. PDRM dah ambil tindakan, anggap saja isu ini selesai. Pok Teh berhenti tadi kat RNR Gambang tak nampak sebuah bas pun. Lori je ada. Jangan jatuhkan bisnes orang Sani Ekspres kerana kamu juga bisnes. Hati-hati dengan kurma." Pok Teh mengidam lauk masak kurma itu Pok Teh punya pasal ok!

OLGA KURYLENKO, DARI GADIS BOND KE WANITA MUSLIMAH

Image
Dari penampilan seksi, Olga Kurylenko berubah secara total sebagai wanita muslim di dalam filem The Water Diviner arahan debut Russell Crowe. Filem period drama ini ditulis berdasarkan peristiwa Pertempuran Gallipoli yang berlaku di Turki ketika Perang Dunia yang pertama antara 1915 dan 1916. Ia mengisahkan tentang Joshua Connor (lakonan Russell Crowe), seorang lelaki Australia yang menjelajah ke Turki untuk mencari kembali ketiga-tiga orang anak lelakinya yang hilang dalam pertempuran tersebut. Di dalam filem ini, Olga membawakan watak Ayshe, seorang pemilik hotel di Turki di mana dia ialah seorang wanita yang kehilangan suami. Dia kemudian ditemukan dengan Joshua yang menginap di hotelnya ketika dalam pencarian. Filem terbitan RatPac Entertainment ini pernah diedarkan oleh GSCMOVIES pada tahun 2015.

Ustaz Don mahu saman malu Linda Rafar kerana didakwa fitnah jururawat

Image
NAMPAKNYA episod pertelingkahan antara Linda Rafar dan para jururawat membuka lembaran baharu apabila Ustaz Don Daniyal mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan. Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Ustaz Don pada petang Sabtu, pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang. Ustaz selebriti mendakwa anggota kumpulan Elite itu telah memfitnah jururawat tanpa sebarang bukti kukuh. "Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya." Wait seminit! Apa kena mengena Ustaz Don dalam ini gambar la???? Delegation of Nurses (DON) ok! Bukan Ustaz Don. Maaf di atas kesilapan editor dan iPhone auto correct.

Ulasan filem BUMBLEBEE dari anak autism ini pasti menyentuh hati anda...

Image
Lepak balik tengok filem Bumblebee . Waktu drive kereta, aku tanya anak anak, apa perkara baik yang mereka berlima dapat dari filem ini? Adik K umur 10 tahun: “Jangan bergaduh dengan ibu, ibu sayang kita walaupun dia marah, Bumble dalam cerita ini pun cantik, pandai orang tu lukis guna komputer” Kakak N umur 12 tahun: “ Sayangilah ayah sewaktu ayah masih hidup” (lepas tu senyap dan peluk aku) Abang A umur 13 tahun: “ Jangan berputus asa, walaupun kereta itu susah nak diperbaiki, tapi jika rajin akhirnya dapat juga baiki kereta” (di jawab sambil bermain game di Smartphone) Abang H, umur 15 tahun, datang dekat telinga dan berkata: “ Kita kena terima takdir jika ayah mati, dalam filem ini, kisah perempuan tak boleh terima takdir, salahkan mak dia yang kahwin lain dan lupakan ayah, lalu bila Bumble bee datang, rasa seronok sebab ada penjaga yang baru, namun bila lihat Bumble bee menderita dalam melindunginya, maka perempuan itu lepaskan Bumblebee pergi mencari Optimus Prime, dan g

DON'T STOP BELIEVIN'! BIOPIK KUMPULAN JOURNEY DARI PENGARAH CRAZY RICH ASIANS BAKAL DIHASILKAN!

Image
Selepas filem Crazy Rich Asians, pengarah Jon M Chu akan terus meneroka subjek orang Asia, kali ini menerusi sebuah filem biopik muzikal yang mengenengahkan Arnel Pineda , penyanyi yang berasal dari Filipina yang dikenali di peringkat internasional selepas dipilih sebagai vokalis band rock Journey yang kelima menggantikan tempat Steve Augeri. Filem ini akan diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures yang sebelum ini telah membeli hak penyiaran filem dokumentari "Don’t Stop Believin’: Everyman’s Journey" yang mendokumentasikan kisah Cinderella bagaimana Arnel daripada penyanyi yang tidak dikenali hingga meniti puncak sebagai vokalis band rock yang popular dengan lagu "Don't Stop Believin'" itu. Ketika ini, pihak Warner Bros. sedang dalam proses mendapatkan hak penggunaan lagu-lagu Journey dari gitaris Neal Schon dan bekas vokalisnya, Steve Perry.

Himpunan Bantah ICERD Cipta Sejarah Demonstrasi Mendesak Kerajaan Untuk Batalkan Perkara Yang Telah Batal

Image
Kita Mencipta Sejarah 1- Belum pernah ada lagi demonstrasi yg mndesak kerajaan untuk membatalkan sesuatu perkara yg telah dibatalkan. 2- Belum pernah terjadi dalam sejarah ‘orang beragama’ menyokong dan bersama ‘para perompak, para perasuah, para pengkhianat amanah bangsa bersatu untuk kononnya menyelamatkn bangsa. 3- Belum pernah terjadi dalam sejarah, kerajaan begitu baik membenarkn demonstrasi yg mengecam kerajaan sendiri. Ayuh saudara2 yg bragama, yg mempunyai pendidikan agama, yg berketurunan alim ulama... kita turun 08 Dis ini. Kita bg tau pada anak cucu kita, kita tak peduli akan maruah kita yg tercalar, intergriti kita yg trguris... yg penting kita cipta sejarah bersama para perompak, para perasuah, para pengkhianat yg pernah kita tentang dulu.... Demi menyelamatkn baju, hotel dan bas yg telah ditempah. TURUN JANGAN TAK TURUN.. *Org gila semua turun*😁 Teks oleh Abot Zazul

Kecoh! Nasi Goreng Cina di Q Bistro Tesco Mutiara Damansara Harga Mahal Tak Sepadan Hidangan

Image
DUA PULUH HENGGET UNTUK NASI GORENG CINA BODO MACAM NI! GILA APA! Selalu juga makan kat Q Bistro tapi tak pernah pulak ada harga yang meninggal macam ni. Tak dinafikan harga dia memang mahal sedikit berbanding restoran mamak yang lain. Tapi tak adalah semahal ini nasi gorengnya. Buat pengetahuan pembaca,  nasi goreng cina ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina yang menjual secara à la carte. Nasi goreng cina adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia. Mari kita baca komen berhubung nasi goreng mahal ini: - Mungkin export dari China, tu yang mahal sikit. Sabar jelah. Kalau rasa rugi makan je sekali dengan pinggan dan sudu tu. - Tukang masak pergi China kot beli nasi goreng cina bawa balik Malaysia. - Dah makan kat kedai mahal, mahallah harganya, bang. Cuba makan kat warung, dah tentu dalam RM4 je nasik goreng cina tu, bang. Huhuhu - Ni melampau sangat. A

KTM Mahu Dilihat Mesra Pelanggan Dengan Tawaran Diskaun Yang Tidak Ikhlas

Image
50% hanya untuk trip KL Sentral - Gemas - KL Sentral  dan trip Sg Petani - Padang Besar - Sg. Petani sahaja. Itupun pada hari bekerja. Destinasi lain semua cuma dapat 25%.. Kalau kau naik pada hari Selasa dan Rabu sahaja. Dan cuma boleh dibeli 24 jam lebih awal. Perangai korporat tua zaman dulu dulu tu masih kekal dalam KTM. Teks oleh: Amirudin Karim Gambar sekadar hiasan

9 Sebab Kenapa MAHAGURU ialah filem Z Lokman yang terhebat

Image
Alright. Setelah masa aku terbuang sebanyak 46sec nonton teaser Mahaguru, semalam aku tekad nak "korban"kan 2 jam (1 jam 30 minit untuk filem dan 30 minit jarak rumah aku dari Kuching ke Kota Samarahan) dan duit tiket RM13 semata2 nak tonton filem Mahaguru. Kata orang tak kenal tak cinta, mungkin teaser hampeh, cerita kita tak tau lagi. Akhirnyaa.. secara simple pendapat aku utk filem ni. 1. Aura filem zaman 70an, 80an masih kuat. dari segi sound yang kedap bila part dialog, acting, music. 2. Sorry to say, lakonan barisan pelakon 'kayu'. Big applause to Mie Raja Lawak. rasanya watak dia paling menyerlah dgn lakonan yg bersahaja . Boleh dkatakan penyelamat filem ni. 3. Bila part plakon nak buat lawak tu aku tak sampai hati tgok. Sebab tak lawak. punchline takda.. sampai aku kat panggung tu tutup muka tgok. Even gelap dan cuma aku sorang je tgok. Okeh. Pertama kalinya aku tengok wayang time malam cuma aku sorang je dalam panggung 4. Plot cerita tunggang terbalik. J

[VIDEO] Bella Hadid Makan Nasi Lemak Dengan Bantuan Neelofa

Image
M odel antarabangsa  Bella Hadid   yang singgah di Malaysia sebagai duta jam tangan TAG Heuer menikmati makanan popular rakyat Malaysia, nasi lemak ketika majlis malam yang dihadirinya. Di dalam video yang dikongsi di Instagramnya, pelakon Neelofa dilihat cuba menerangkan kepada Bella Hadid bagaimana nasi lemak perlu dibuka bungkusannya (macam nasi lemak bungkus seringgit yang selalu kita beli tiap pagi). Selain itu, model itu turut mencuba makanan tempatan lain seperti tepung bungkus.

Kekasih Ruhainies Bidas Tuduhan Azrel Ismail: Cinta Ruhainies Tulus, Bukan Kerana Harta

Image
21 November 2018 - Elf Johan, kekasih kepada aktres terkenal Ruhainies, telah membantah tuduhan yang dilemparkan oleh bekas teman lelaki Ruhainies, Azrel Ismail. Azrel sebelum ini mendakwa bahawa hubungannya dengan Ruhainies berakhir kerana dia tidak memiliki kekayaan yang mencukupi. Elf Johan, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya, menegaskan bahawa Ruhainies jatuh cinta dengannya bukan kerana harta, tetapi kerana siapa dirinya sebenar. “Setiap orang berhak atas pendapat mereka, namun ada batasan dalam segala hal. Dihakimi dan dikritik atas sesuatu yang tidak benar adalah bentuk tuduhan dan fitnah,” ujar Elf. Beliau juga menambah, “Dia jatuh cinta dengan saya melalui siapa saya sebenarnya. Bukan kerana harta, tetapi gambaran yang lebih besar dalam hidup. Apa yang telah saya lakukan, apa yang saya mampu lakukan. Saya memberikan yang terbaik kerana dia layak mendapatkan yang terbaik.” Elf Johan menegaskan bahawa cinta Ruhainies adalah tulus

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

Image
Instagram mengumumkan bahawa ia akan menyingkirkan 'likes', 'follows', dan komen dari akaun yang menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka. Dengan menggunakan alat 'machine learning', platform media sosial ini akan mula mengenal pasti akaun yang menggunakan perkhidmatan ini, yang secara langsung melanggar Garis Panduan Komuniti dan Syarat Penggunaannya. Akaun-akaun yang dikenal pasti akan dimaklumkan yang Instagram telah membuang trafik palsu ini, bersama arahan untuk menukar kata laluan mereka. "Langkah-langkah baru ini akan berterusan," kata Instagram dalam catatan blog. "[Dan] akaun yang terus menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk mengembangkan pengikut mereka mungkin melihat kesannya ketika menggunakan Instagram mereka." Gerakan ini bertujuan untuk membantu menghalang pengguna daripada memberi syarikat lain maklumat log masuk mereka sebagai peralihan Instagram ke arah platform untuk sebarang jenama dan

Shalma Eliana nyanyi lagu tulisan Malique, Janji Terindah

Image
There's a new girl in town! Kenali Shalma Eliana, penyanyi baru di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Single pertama penyanyi yang berusia 18 tahun ini, “Janji Terindah” baru saja dilancarkan bersama video muziknya. Single ini ditulis bersama oleh Malique dan Dedeq, mengisahkan tentang luahan rasa hati antara pasangan bercinta dan perjanjian terindah antara mereka. Janji Terindah boleh didengar melalui portal dan aplikasi muzik digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, KKBOX, dan Deezer. Tonton video muzik Janji Terindah di laman Youtube: https://youtu.be/ q8U6ib5EFxY #JanjiTerindahShalma

Sasuke Kun disaman RM100k kerana sebar filem Munafik 2 secara haram: Kenapa kau bodoh sangat?

Image
Ramai orang tanya Kak Nam pasal kes Sasuke Kun yang kena denda RM100K disebabkan penyebaran content Munafik 2 tanpa izin. Well. Kak Nam baca banyak betul ulasan pasal kes ni - ada yang kata patut - ada yang kata tidak - ada yang tiba tiba berkecuali (kau dah kenapa berkecuali tak pasal pasal? Hahaha). So - if this could benefit you - Kak Nam akan terangkan about this case - dan bukan sekadar copy paste berita je. So that kau boleh faham dengan jelas lagi. Insya Allah. First of all - kau kena tau - filem merupakan satu daripada harta intelek - yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Di bawah akta tersebut - dah underlined - yang sebarang penyebaran content hakcipta tanpa izin daripada pemiliknya - adalah salah di sisi undang undang. Dengan kata lain - sekiranya terdapat pelanggaran hakcipta - pemunya karya boleh mengambil tindakan undang undang ke atas orang yang melakukan pelanggaran. Ada hukuman dia sekali kat situ. Itu jelas dalam akta. Dalam kes si Sasuke Kun ni - ok bef

Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan

Image
FILEM 3AM arahan Azlan Sharil yang akan ditayangkan di pawagam tanah air pada 6 Disember 2018 bakal menjadi pengalaman dan kepuasan kepada para penonton. Filem ini berdasarkan suatu kisah benar yang pernah berlaku di Pahang, 15 tahun yg lalu dimana satu keluarga telah dibunuh dengan kejam di dalam sebuah rumah. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan  tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini. Selepas insiden itu, tiada sesiapa yang menghuni rumah tersebut dan ianya menjadi kawasan terbiar. Manakala penduduk sekitar kawasan itu selalu terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan dan jeritan yang ngeri hampir setiap malam di perkarangan rumah itu. Dan kini....Sekumpulan remaja yang  membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat didalam rumah tersebut, serta cuba mendapatkan jawapan  sebenar bagi segala insiden yang seram sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling... Filem ini akan menceritakan tentang bagaim

Ulasan SPLIT TV Series. Bukan James McAvoy tapi Shukri Yahya

Image
Hari ini aku berkesempatan layan siri ni. Mungkin aku dah terlepas beberapa episod akibat faktor waktu kerja tak menentu. Entah kenapa aku rasa siri ni cukup menghiburkan dan selamba. Boleh masuk dalam jiwa dan yang penting, ada babak-babak yang buat aku ketawa, lebih-lebih lagi bila watak Pakcik Suffian/Datuk Rahim Razali (salah satu personaliti) yang ada dalam Shukri Yahya. Aku rasa Shukri Yahya sangat berjaya membawakan watak² yang wujud dalam satu jasad tapi 6 personaliti. Ada beberapa watak lagi yang belum ditayangkan tapi setakat ini, aku rasa aku harus ikuti siri ini. Lagu latar Angin Kencang by Noh Hujan, juga sangat membuai dan lagu² lain juga sangat sedap. Akan aku tunggu episod² yang akan datang. Mujur la Astro ni suka ulang². Dapatlah aku tengok siri ini biarpun dah ketinggalan bas. Ulasan oleh Roman Firmino (Movie Addict)

PENYANYI SALEEM IKLIM MENINGGAL DUNIA

Image
Penyanyi terkenal A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pukul 6.15 pagi tadi. Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun. Jenazaah Saleem yang ketika jni masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras. Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim menerusi lagu Suci Dalam Debu ini dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk. Sumber: UTUSAN ONLINE

Kasut Nike Air Jordans bertemakan Nintendo Game Boy didedahkan

Image
Kalau kamu seorang penggila kasut dan video game, apa lagi yang mampu memenuhi nafsu serakahmu? Nah! Ini hari bertuah kamu sebab Sneaker Freaks baru saja mendedahkan gambar kasut Air Jordans berinspirasi dari permainan video Nintendo,  Game Boy . Tapi satu sajalah, kalau kamu tak ada USD$1,350 dalam tangan, jangan mimpi! Ya, Sneaker Freaks, syarikat yang khas dalam pembuatan kasut kustom dan edisi terhad telah mendedahkan kasut terbarunya ini dan sebagaimana kasut-kasut yang mereka keluarkan sebelum ini, Air Jordan Game Boy ini hanya dikeluarkan sebanyak 10 pasang saja. Ya! 10 pasang, jadi masuk akallah kalau harga boleh cecah seribu. Yang menariknya tentang kasut ini ialah bentuk katrij plastik Game Boy sebagai tag gantung, rekaan sistem Nintendo yang retro seperti butang pada tapak kasutnya dan sistem d-pad yang boleh ditekan macam kamu main Game Boy Pada lidah kasut pula tertera seni kotak Super Mario Land dan paparan LCD hijau-kuning klasiknya. Tak cukup dengan itu

Ulasan filem VENOM (2018)

Image
THE GOOD: + The CGI. It's BIG, BLACK, WET, VEINED Venom. + TOM HARDY as usual is the man behind the mask. (Go watch: Mad Max, The Dark Knight Rises ) + There's some scary moment when the symbiosis alien trying to find its host + Intense chase when military agent get to hunt Eddie Brock. + Some good SLOW MO DRAMATIC symbiosis fight scene. THE BAD: - Eddie Brock's character is far from its comic book  description. - The storyline is generic, it is similar to HULK,  JASON BOURNE and TERMINATOR 2: JUDGEMENT DAY when it involves the hunt of Eddie Brock as you can see in the second trailer. The twist has already been revealed. - I wish Eddie Brock's character has an antagonist personality and more dark, depression of two personalities, but what we got here is TOM HARDY trying to be funny similar to his previous filems such as THIS MEAN WAR and INCEPTION. - It's the first time we get to see THE VENOM as SCARY, NASTY and AWESOME at same time but more it " SH

Ulasan filem JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN: Mr. Bean versi bercakap yang terlalu memaksa untuk ketawa

Image
Aku sorang je ke yg kecewa dengan Johnny English kali ni ? Rasa saling tak tumpah macam menonton Mr. Bean versi bercakap. Durasi sekejap tu satu hal. Kelakar dia tu seolah olah terlalu memaksa orang untuk ketawa . Ada la jugak yg betul2 kelakar. Tak ada unsur 'ejen perisik' kali ni macam dalam JE: Reborn. Huaa membazir duit aku nasib RM8 je tiket. Baik tengok Mr.Bean je kat tv9. Ulasan oleh Cik Kuntum (Movie Addict group)

Ulasan filem THE PREDATOR yang paling sedih!

Image
My Review for The Predator movie : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya baru saja habis menonton filem The Predator yang baru.... Sedihhh...!!! Jalan cerita dia entah apa-apa,hampehhh, CG effects terokk, bad acting, terrible script, rubbish storyline, bsolutely no respect for the original..!! Siap boleh buat lawak lagi Predator. Hahaha!!! Rasanya "Predators" 2010 lagi best dari yang baru ni. Siapa yang dah tengok boleh bagi review sikit untuk "The Predator" ni. Markah: 4/10 Ulasan oleh Nasrul Iscariot (group Movie Addict)

Pelawak Accapan Meninggal Dunia

Image
Accapan dalam kenangan.... Kenyataan Media Persatuan Seniman Malaysia 14  SEPTEMBER 2018 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelakon & pelawak berbakat besar tanah air iaitu *Samynathan A/L Rethinam atau lebih popular dengan nama pentasnya sebagai Accapan* pada usia 63 tahun.. Menurut anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 2.43 pagi di rumahnya akibat kegagalan buah pinggang disamping keluarga..Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau sekitar jam 3 petang ini dialamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor. Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam 53 dan 3 orang anak Vikneshwaran Samynathan, 31 Dhineshwaran Samynathan, 28 Yhuveneshwary Samynathan ,24..Beliau telah banyak berlakon didalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada

Boikot si Yahudi Nas Daily! Asyik burukkan nama Malaysia!

Image
Siapa Nas Daily? Nama sebenarnya Nuseir Yassin, berbangsa Arab Palestin yang dibesarkan di Arraba, Utara Israel. Selepas menjalani ujian DNA, dia mendapati bahawa dia mempunyai 1% genetik keturunan Yahudi Eropah. Walaupun dibesarkan sebagai seorang Muslim, Nas menyatakan pendiriannya untuk tidak mempercayai tuhan kerana merasakan agama banyak melakukan kezaliman dan penindasan, tetapi pada masa yang sama, seringkali dilihat melaungkan ayat "I'm a Muslim" dalam video-video terbitannya. https://www.facebook.com/nasdaily/videos/lets-talk-religion/77471524601396 3/ L elaki berusia 26 tahun ni merupakan graduan Ekonomi di Universiti Harvard dan pernah bekerja sebagai pembangun perisian di sebuah anak syarikat Paypal dengan gaji sebanyak US$10,000 sebulan. Selepas berjaya mengumpul wang tunai sebanyak USD$60,000, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengembara ke seluruh dunia sepenuh masa. Dari situ, lahirlah "Nas Daily" di Facebook. Dia berikrar un

Ulasan filem propaganda Rise : Ini Kalilah, macam makan nasi dengan telur

Image
Rise : Ini Kalilah ibarat makan nasi putih dengan telur mata. Minta sambal belacan tapi sambal habis. Tak ada sambal minta kicap tapi kicap pun habis. Akhirnya terpaksa makan dan cuba habiskan nasi kosong dengan telur mata tadi dengan sedaya upaya yang boleh. #ReviewRingkas #RiseIniKalilah Ulasan oleh Hans Hanis (group Movie Addict) Penilaian: 3 / 10 Pengarah: Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, M.S.Prem Nath  Genre: Drama Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia, Mark O'Dea, Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Pushpa Narayan, Noon Yoong, David Anthony. Tarikh Tayangan: 13 September 2018

Munafik versi Hollywood tapi A24 lah ye... : Ulasan filem FIRST REFORMED

Image
MUNAFIK 3 : FIRST REFORMED Maaf tumpang tajuk filem yang tengah meletup sekarang, tapi ciri munafik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita filem ini. Ethan Hawke membawakan watak Ernst Toller, seorang paderi yang mengalami krisis keyakinan dengan institusi gereja setelah mengetahui gereja yang diwakili dapat 'sponsor' dari konglomerat yang mencemarkan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Toller mula rapat dengan Mary (Amanda Seyfried) yang ada kaitan dengan plot di atas. Cakap lebih-lebih, spoiler pula. Disebabkan filem ini ditulis dan diarahkan oleh Paul Schrader, pengkritik filem yang juga penulis filem hebat seperti TAXI DRIVER, boleh dikatakan setiap babak, perkataan, shot dan malah nama watak dalam filem ini ada kepentingan tersendiri. Ada pengkritik barat kata watak Ernst Toller mengalami 'loss of faith", tapi saya tak setuju. Bagi saya ia lebih kepada krisis keyakinan dengan INSTITUSI agama. Tak yakin dengan orang agama bukan bermakna tak yakin dengan agam

Ulasan filem THE HITMAN'S BODYGUARD: Bila Deadpool bergabung dengan Nick Fury

Image
Ok gais... Mcm biasa... Spoiler di depan.. Reviu geli2... Hahaha... Mengisahkan kehidupan seorg pengawal peribadi yg telah kene pecat disebabkan satu insiden... Dua org yg boleh dikatakan pesaing antara satu sama lain akhirnya bersatu bersama dalam usaha nak lawan villain. Terbakar The Hague kali ni... Hahahaha.... Permulaan cerita dijelaskan dgn twist di akhir cerita... Aksi agak pack... Selain itu... Full with F word... Hahahah... Carut sana sini... Jokes?... Well... No need to explain lah... Hahahah... But sometimes agak try hard... Hahahahah... Dah habis citer jangan balik... Ade sikit lagi scene di akhir credit roll... In-credit scene... Hahaha.. Bukan post credit sebab still rolling masa dia keluar... Ok guys... Rating peribadi... 4.8/5 Bolehlah ke panggung.... Huhuhu Ulasan oleh Fariszuan (group Movie Addict)

TAHUKAH ANDA: FOO FIGHTERS HAMPIR PERFORM DI MALAYSIA!

Image
Legenda ada menyatakan, ketika kumpulan alternatif rock Foo Fighters masih baru bertapak dalam industri di pertengahan 1990'an, mereka pernah bercadang datang ke Malaysia untuk membuat konsert. Tetapi ketika itu penganjur konsert di Malaysia menolak kerana tak pernah dengar tentang kumpulan Foo Fighters. Mereka menyangkakan Foo Fighters ialah sebuah band  Cantopop/rock dari Hong Kong. Bila mereka dapat tahu yang Foo Fighters ialah band baru yang ditubuhkan oleh Dave Grohl , pemain dram band Nirvana  yang terkubur selepas kematian Kurt Cobain, barulah mereka menyesal menolak lamaran band ni. BACA : ULASAN FILEM FOO FIGHTERS : BACK & FORTH Admin tak salahkan penganjur. Memang Foo Fighters bunyinya macam pemain badminton negara Foo Kok Keong dan juga Nancy Foo , aktres dan penerbit yang popular dengan rancangan tv Kisah Benar ketika itu. Lagipun internet belum cukup grand lagi untuk penganjur mencari maklumat. Foo Fighters ketika itu sempat melakukan konsert jelajah Asia Ten

Kronologi Hairul Azreen Hampir Diculik Lanun di lokasi filem PASKAL THE MOVIE dan Reaksi Mual Netizen

Image
Sembangnya : PELAKON Hairul Azreen dan Ammar Alfian melalui detik cemas apabila hampir menjadi sasaran culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah. "Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada duit bayar hotel di Kota Kinabalu. "Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi anggota keselamatan," katanya. Yang sebenarnya : Pihak produksi PASKAL cuma diberitahu lokasi penggambaran ialah kawasan panas. Tiada ancaman lanun sepanjang penggambaran. Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Hairul itu sebagai tidak berasas. Sepanjang penggambaran filem dijalankan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon dan kru produksi telah disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL). Kesan dan akibatnya : Netize

MUNAFIK 2 FILEM SAMPAH!: Ulasan Negatif Peminat Filem Terhadap Filem Terbaru Syamsul Yusof Terima Kecaman Netizen

Image
" Filem SAMPAH!" , begitulah ayat permulaan oleh seorang ahli group filem Facebook Movie Addict, Zyeus King dalam ulasannya terhadap filem seram terbaru arahan Syamsul Yusof, MUNAFIK 2 (kini di pawagam terbitan Skop Productions) yang menerima reaksi bercampur, ada yang menyetujuinya dan ada yang membidasnya biarpun baru sehari filem itu ditayangkan kepada umum. Filem sekuel Munafik ini amat dinantikan dengan penuh antisipasi jadi apabila awal-awal lagi peminat telah memberi ulasan negatif sebegitu rupa, ia menerbitkan rasa ingin tahu di kalangan peminat-peminat filem yang menantikan MUNAFIK 2: teruk sangat ke filem ini? Kita singkap ulasan Zyeus King di bawah terhadap karya terbaru Syamsul yang khabarnya memecah rekod kutipan hari pembukaan tertinggi sebanyak RM2 juta, yang sebelum ini dipegang oleh filem HANTU KAK LIMAH arahan Mamat Khalid: MUNAFIK 2, filem SAMPAH! Plot dan skrip MENGARUT yang amat. Bila dah tau ada kes bunuh ko panggil polis la, bukan masa ko nak bagi

Foto Ibu Menyusukan Anak Di Tempat Terbuka Ini Mengundang Kemarahan Netizen

Image
Kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di Batu Caves, berlaku betul-betul di depan mata saya. Saya bukan nak menghalang golongan ibu nak menyusukan anak, tapi berpada-padalah. Buat kat rumah je. Ini tempat awam. Kami ke restoran sebab nak menikmati hidangan, bukannya nak melihat adegan yang mencacatkan permandangan sebegini. Pandangan korang pula macam mana? Dikongsikan dari page Pencarian Lelaki Sweet dan Gadis Bertudung

Ulasan filem MUNAFIK 2: Peringatan akan fitnah dajal dan sikap umat

Image
*** Spoiler alerttt!!!!!!! *** Cerita ini bagi aku sebuah karya yang matang dan lain bagi pengarah Syamsul Yusof. Bagi yang tak mengikuti munafik pertama aku rasa still boleh lagi follow munafik 2 ni. Cerita munafik ni pada minit pertama pun dah bagi satu adrenelin seram yang luar biasa. Aku fikir permulaan cerita ni akan mendatar tapi tak. Mula minit pertama pun munafik ni dah bagi keterujaan pada aku. Elemen seram yang dibawak memberikan kau tak sempat menarik nafas. Lepas satu satu, lepas satu satu. Lagi satu prop dia memang aku puji terbaik. Filem ni sebenarnya bukan takat bagi elemen keseraman malah elemen keinsafan. Di mana banyak diselitkan peringatan akan fitnah dajal dan sikap umat kita sekarang. Dalam filem munafik ni bukan hanya ada munafik. Ada juga fasik, kafir, kurafat dan lain lain. Bagi aku 1 jam pertama inzal aku sangat kuat ketika masa ini. Scene yang sentiasa mengajak penonton untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang belum terjawab. Dan juga keseraman hantu

Ulasan filem PULANG : "Aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis..."

Image
Aku tertinggal kapal. Aku baru je layan PULANG. Aku faham kenapa kutipan tiket filem ni kurang memberangsangkan. Pandangan aku selaku penonton biasa, apa yang boleh aku katakan ialah mutu lakonan pelakon-pelakon PULANG masih mengecewakan. Bila lakonan nampak keras atau dibuat-buat, maka penonton tak dapat menjiwai lakonan itu. Jadi aku tak faham bila ada orang claim mereka menangis menonton PULANG. Mungkin sebab aku old school. Membesar dengan filem seperti Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagi Mu, Esok Untuk Siapa yang semuanya filem tangkap leleh dengan bintang seperti Noorkumalasari AKA ratu air mata. Scene paling tak boleh lupa, Jins Shamsuddin kena rantai bawah kolong rumah sambil terpekik-pekik panggil ibu dia. Now that's classic. Kalau kau tak rasa apa-apa,  mungkin kau seorang psycho. Dan filem PULANG minta maaf cakap, tak capai tahap tu. Apa yang boleh aku kata, pelakon muda kena polished mutu lakonan. Or better yet, kalau memang takda bakat berlakon, pergilah jadi pengacara

Ulasan filem MILE 22

Image
Movie paling boring , sebab tak paham storyline, member 7 orang tengok , 3 orang tido , sorang ja layan hahaha babak Iko Uwais lawan ja layan , yang lain entah apa-apa. Ada ja pompuan dalam movie tu , tengok ada Ronda Rousey WWE, tapi dia mati awai , penyeri dia tak banyak, haha. Menyesai tak sudah , asai nak repeat Hantu Kak Limah tengok2 member nak tengok cerita tu , last2 dia tidoq.. Sakeeett ati Saiaa tak bersalah sebab saiaa niat dari beberapa hari lepas dah nak layan Hantu Kak Limah, ni dah sampai tiba-tiba ada member nak tengok cerita Mile 22 sampai member lain ikut, tengok-tengok pakat boring. Berlakon kat Amerika la kot , sori terpaksa bagi spoiler , sebab time Iko Uwais serah diri tu cam kat Amerika , pastu ada doktor Indo tuduh dia pengkhianat kat sana , maybe la kot kat Amerika , takkan berlakon kat Indo, tak larat dengaq dah isu claim ni. Subtitle dia laju sangat, tak sempat nak baca. 6 /10

Ulasan filem OCEAN'S 8

Image
I restrained myself from watching it for roughly 4 days maybe. But this morning I said fuck it. So i watched it with (I assume) a clear mind, because it was a total reboot. You see, the casts are all female now. But the first glance after the big intro companies montage, I've got thrown by the heavy make up on Mrs Bullock. And then, Mrs Blanchett came in with even heavier make up. You see, at this point, I can't even made up a-clear-mind no more. It's a women heist movie. I can not just wrap up my mind saying "This is Ocean's franchise". No. Mrs Carter performance is still the same. Like any other Tim Burton's movies she's in. Other characters are meh. Majorly because of the heavy make up. Yealp. This thing really turned me off. Along the movie, I took a guess whose playing who contrary to the male cast before. The biggest thing I saw was Mrs Bullock as Mr Clooney and Mrs Blanchett as Mr Pitt. They even got the nerve to recreate a scene where Mr Pit

Ulasan filem CRAZY RICH ASIANS: Entah mana yang "crazy" entah

Image
Demam... Tapi... Just watched Crazy Rich Asians , okeh tak best. Out of ten, 4 . Tah mana yang "crazy" tah. Scene pon  terlalu fokus pada character pot pet pot pet. Background story takde. Straight je. Takde twist, takde plot, climax pon meh. Macam biasa Michelle Yeoh keras kematu. Serius bosan. Nick Young pon takde karisma macam anak orang kaya. Rachel Chu, seriously ko main date je mamat tu without checking his background??? Kena beli buku lagi kot pasal movie dia tak best langsung!! Ulasan oleh JIJI RUMADATME

Ulasan filem: Summer of ‘84.

Image
I love how this movie have a stranger things’ vibes, loving it. About a group of friends searching for a serial killer within their neighbourhood. A must watch though at the end of the movie distressing me out. 9/10 , a must watch. Ulasan oleh Tqah Jeff (Group Movie Addict)

Ulasan filem BIG BROTHER lakonan Donnie Yuen: AKSI TERBAIK, CERITA HAMPEH

Image
LAME. CHEESY. PATHETIC. The Rock versi cina Aku tak reti nak komen sangat pasal movie, tapi kalau bab mengutuk reti lah.. So...tak payahlah tengok cerita ni ya. Rasa macam diperbodohkan je kat panggung tu.. 😂😂😂 p/s: scene berlawan memang terbaik. Tapi tak boleh mengatasi betapa hampehnya penyampaian cerita dia. Ulasan oleh EDWARD BLOOM (Group Movie Addict)

Ulasan filem HANTU KAK LIMAH: Hassan Muthalib tidak disebut

Image
Segalanya sempat bawa Isteri dan Muhammad menonton Filem Hantu Kak Limah (HKL). Ada beberapa perkara yang saya perasan tentang filem berkenaan. 1. Filem ini dibentuk dengan sangat tersusun. Tak hairan bila Amir Muhammad, Al Jafree Md Yusuf dan Madnorkassim (search Facebook) bersetuju HKL sebagai filem melayu setakat 2018 ini. 2. Beberapa 'line of dialogue' dibangun sebagai naratif. Contohnya, "Bukan ke si Khuda ni dah berkahwin" dan kemudiannya dibangkitkan semula pada akhir cerita. 3. Mamat Khalid konsisten dengan membudayakan filem dan lagu. 4. Dengan pengambilan 'star value' untuk melengkapkan HKL layak untuk dijual dengan laris. 5. Ketiadaan beberapa watak dominan pada siri sebelum ini tidak mematahkan sendi premis filem. 6. Elemen 'the other world' juga dilihat menarik minat audien untuk terus mengikuti sambil berdekah tak kering gusi. 7. Sekali lagi Mamat Khalid konsisten dengan shooting di waktu malam. Dan Sinem

Ulasan KL GANGSTER UNDERWORLD

Image
Done watching all 6 episodes. Bila start episod 1 terus sangkut dan tak boleh berhenti. One of the best local series setakat ni. Dalam banyak-banyak pelakon, paling fevret sekali Amerul Affendi aka Belut. Banding dengan Fadhil, karakter Belut lebih menyerlah dan tak annoying. Azhan Rani as Tauke, boleh aku katakan karakter Tauke dan Shark ni dua kali lima. Bezanya Tauke lagi pandai fight. Dan ada dinyatakan juga dulu Shark pernah patahkan rancangan Tauke. Everyone did a good job. Dari Beto sampai la ke Fezrul Khan. Boleh bagi standing ovation. Aku bagi 7.5/10. Kurg sebab fight scene dia aku rasa macam ada something off. Probably sebab editing ke apa x sure, tpi memang rasa x cukup Uummphh. Dan babak knife fight Adi Vs Sherina tu pendek sangat. X puas.  Apa2 pun, pray for Boboi.  #prayforBoboi Ulasan oleh Yusli Zaini (Movie Addict FB Group)

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY