Posts

Showing posts from November, 2012

[review] Garden State

Image
Filem : Garden State [2004] [Miramax Films] Arahan : Zach Braff "This is the point in the conversation where you offer me a ride home." - Sam "It is?" - Andrew Largeman "Yeah." - Sam "Can I give you a ride home?" - Andrew Largeman "Fine." - Sam Jarang sekali sebuah filem itu punya runut bunyi yang baik. Bukan itu sahaja, watak-watak di dalam filemnya cuba mengaitkan sesuatu cerita melalui lagu yang didengari mereka. Lama dahulu sebelum karakter Summer Finn lakonan Zooey Deschanel menegur Tom Hansen lakonan Joseph Gordon-Levitt tentang lagu The Smiths di dalam filem arahan Marc Webb, "(500) Days of Summer", Sam lakonan Natalie Portman telahpun memperdengarkan lagu "New Slang" dendangan The Shins melalui headphonenya kepada watak Andrew Largeman lakonan Zach Braff dalam satu adegan awal pertemuan mereka di sebuah klinik. Saya ulang lagi, The Shins. Apa yang anda harapkan dari sebuah kumpulan indie roc

[review] The Runaways : Legasi Kugiran Wanita Hebat Di Layar Perak

Image
Filem : The Runaways (Sony Pictures) Arahan: Floria Sigismondi Jika anda ingin sebuah filem genre muzikal yang mana fokus ceritanya lebih kepada biografi watak itu sendiri maka The Runaways adalah sebuah filem yang anda mesti tonton sampai khatam. Tidak seperti filem biografi yang lain karya ini berkisarkan kugiran yang dikepalai oleh kaum hawa yang pernah menjadi kegilaan peminat suatu ketika dulu. Menyebut nama Joan Jett anda pasti kenal dengan nama wanita ini. Seorang rockstar wanita yang pernah menggegarkan arena muzik antarabangsa suatu ketika dulu dengan kugirannya yang digelar The Runaways.The Runaways diilhamkan daripada sebuah buku berjudul Neon Angle: A Memoir The Runaways yang ditulis oleh vokalis asal band ini iaitu Cherie Currie.  Filem ini  dikeluarkan pada tahun 2010 dan mencapai kutipan sebanyak USD$3,573,653. Ia bukanlah filem biografi yang mendapat kutipan pecah panggung seperti 8 Mile dan Get Rich Or Die Tryin. Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Floria Sig

Ulasan filem FRANKENWEENIE arahan Tim Burton (Walt Disney Studios)

Image
Anda mungkin terfikir Edward Sciccorhands sebagai cinta sebenar pengarah Tim Burton. Di laman web Rotten Tomatoes pula Pee-wee's Big Adventure dan Ed Wood dianggap sebagai filem terbaik arahannya. Dengan filem-filem seperti Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, Batman, Planet of the Apes dan Big Fish dalam senarai koleksi peminat-peminatnya (yang baru-baru ini dikumpulkan dalam bentuk DVD boxset) kita tertanya-tanya apakah filem yang belum pernah dan akan dihasilkan oleh Burton selepas ini.  Filem terbarunya pula, Frankenweenie, sebuah animasi stop motion dengan gaya The Nightmare Before Christmas dan Corpse Bride sebenarnya membawa Burton kembali semula kepada akar filem Frankenstein yang menjadi pengaruh besar ini dan juga sebuah filem dengan nama yang sama, Frankenweenie yang merupakan filem pendek arahan Burton pada tahun 1984 yang kini diberi kemaskini dari segi visual dan kepanjangannya sepanjang 87 minit, dan menjadi menjadi filem animasi stop motion pertama yang

Ulasan filem DREDD arahan Pete Travis (edaran GSC movies)

Image
Laporan selepas press screening pagi tadi : THAT WAS ONE BRILLIANTLY VIOLENT COMIC BOOK MOVIE! Ramai fanboys Stallone suka Dredd Stallone. Saya tak boleh nak kata apa. Stallone cuma jadi Dredd utk 10 minit je, lepas dia bukak helmet, dia jadi Rambo balik dan bermulalah segala klise yg ada pada filem² Stallone sebelumnya. Dredd 2012 benar² mengkaji watak Dredd yang pembaca komiknya kenali. Filem ni pada saya cuma pengenalan saja. Keberjayaan Dredd 2012 sebenarnya boleh membuka peluang lebih banyak plot yang menarik seperti yang berkait dengan Dark Judges (yang saya tau bakal muncul bila dibuat sequel nanti). Boleh kata serba-serbi saya suka pasal Dredd 2012 dari segi ultra violence-nya hingga kepada lawak deadpan-nya. Mereka yang komplen pasal kostum dan mahukan lebih spandex boleh duduk dalam basement sambil melayan VHS Dredd Stallone semula. This is the real deal. Pada kahalayak yang follow komik Dredd, Dredd 1995 ialah the nipple erected Batman & Robin movie manakakala Dredd 201

[preview] Lincoln

Image
trailer Lincoln dah keluar. now, cuba tengok watak pembantu, macam Joseph Gordon Levitt, Jackie Earle Haley... ...tapi saya anticipated dgn Day lewis sebab setiap kali dia berlakon, dia jadi orang lain. itu style method acting dia (macam Peter Sellers bilamana dia terima satu2 watak, dia jadi watak tu sampai ke luar set sekali). Bila tengok dia dalam Ballad of jack and Rose, rasa macam tak percaya dia juga mamat dalam Gangs of New York dan juga si kurang upaya Christy Brown dlm My Left Foot. Zulhelmi Sabri bila sebut method acting, tringat Marlon Brando.. bak kata pepatah, "The art of screen acting has two chapters-"Before Brando" and "After Brando." Though Stanislavski created "method acting," it was Brando who showed the world its power." Ahmad Blitzenius Nazri satu lagi sebab day lewis jarang berlakon. 3 tahun sekali barulah berlakon filem, tak macam Liam Neeson (yang banyak sangat ambik job sampai terpaksa tolak watak Lincoln). ad

[preview] Life of Pi

Image
kalau ikutkan lagi 2 minggu di Malaysia, seminggu tu ikut jam saya. saya tak tau berapa ramai pembaca novel Yann Martel macam saya dalam grup ni, tapi mungkin ramai peminat filem Ang Lee. Yann Martel mengambil pendekatan dalam setiap kisah kapal karam, mesti ada kes salah sorang akan jadi Richard Parker, tapi dalam bukunya diberi twist yang berbeza (tak macam Edgar Allan Poe).

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY