Posts

Showing posts from 2023

From Saga With Love, sebuah drama rom-com tempatan lakonan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry

Image
From Saga With Love, rom-com tempatan arahan Umi Salwana Omar, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play. Sinopsis: From Saga with Love mengisahkan tentang seorang pempengaruh media sosial iaitu Karma yang perlu menjadi  penerjemah untuk pelakon wanita popular iaitu Bianca Rozario yang dalam perjalanannya untuk ke Jepun. Karma perlu melakukan sehabis baik untuk mempertahankan pekerjaannya, dalam masa yang sama pempengaruh itu juga turut menjalankan tugas rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca Rozario iaitu Kathy untuk menyiasat tentang kehidupan cinta Bianca. Bersama dengan juru video Bianca iaitu Bob, dan Sham yang tinggal di Jepun, pengembaraan mereka di Jepun bertukar menjadi lucu dengan pelbagai keletah dan konflik yang berlaku. Cerita rom-com ni asalkan ada cinta dan lawak pada aku dah kira best, dua ni ada kira berjaya lah. Baru dua episod jadi belum ada cintan cintun sebab

“Ramai Cuba Mendekati, Maaf Saya Belum Sedia,” – Sophia Albarakbah

Image
  Menurut aktres jelita berdarah kacukan Arab, Melayu dan Cina, Sophia Albarakbah, beliau belum sedia membuka pintu hati selepas ikatan cinta dengan jejaka dikenali 'Mr Doktor' sejak tiga tahun lalu, terlerai, baru-baru ini. Soal kekasih atau jodoh bukanlah topik yang mahu difikirkan sekarang, sebaliknya, usaha memulihkan diri dan karier seni lebih diberi perhatian, jelas beliau. "Fokus saya adalah 100 peratus untuk diri sendiri dan bekerja. Soal perhubungan, saya belum sedia memulakan apa-apa, bukan dalam fasa mengenali sesiapa pun. Bukan (patah hati), banyak perkara peribadi berlaku. Buat masa ini, saya belum sedia kembali menjalin hubungan (bercinta) dengan sesiapa... Hanya 100 peratus bekerja," tambahnya lagi. Ada mana-mana jejaka yang cuba mendekatinya selepas putus cinta dengan 'Mr Doktor'? Sophia tidak menafikannya, namun, hatinya masih perlu dirawat. "Minta maaf, saya masih belum sedia menjalin hubungan. Patah hati bukan perkara menyeronokkan. Jad

Telefilem PERINDU SENJA (slot Cerekarama TV3)

Image
Perindu Senja yang akan bersiaran pada 1 April 2023 jam 10 pm di TV3 dalam slot Cerekarama. Karya Osman Ali (Ombak Rindu) lakonan Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Hilal Azman, Iman suhana, Shahkimin, Ammar Bahri, Shahidan izwan dan ramai lagi. Sebuah telemovie karya skrip Naza Manas terbitan Nuansa Films.  Embun, seorang wanita yang kehilangan suami tercinta tapi kasihnya dikongsi bersama seorang anak istimewa bernama Nomi. Dalam ketika Embun sentiasa menaruh harapan mungkin suatu hari suaminya akan kembali, dia cuba memperjuangkan nasib Nomi yang tertindas oleh ibu kandung nya sendiri. Sejauh mana kah kasih dua insan itu terjalin abadi kerana setiap cinta sejati sering hadir bersama sebuah pengorbanan.

Ulasan drama bersiri JAGA AKU SELAMANYA (TV3)

Image
Ni baru Drama...cam gini haaa... Mia kat mana sekarang hmm,kena culik,tak tahu lagi nasib dia,.episod malam ni sedih...  .Budak budak ni berlakon memang A la...mantap...harap Lepas ni menang la Award apa apa... Maya (Nadiya Nisaa) dan Syukri (Johan As'ari) yang merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai 5 orang anak yang hidup di dalam kemiskinan. Kehilangan Syukri secara tiba-tiba menyebabkan kehidupan Maya anak-beranak menjadi huru-hara. Maya terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk mencari rezeki di kota dan mengharapkan Mia,12 sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya.  Maya juga telah memberikan kepercayaannya kepada Seri, jirannya agar Seri dapat menghulurkan duit kepada Mia setelah dia mendapat gaji. Namun begitu, Seri telah menggunakannya untuk tujuan yang lain, dan ini menyebabkan Mia dan adik-adiknya hilang punca untuk membeli makanan. Tidak sanggup melihat adik-adiknya kelaparan, Mia telah membuat keputusan untuk bekerja di sawah kebun. Kekurangan wa

TELEFILEM MENDARAT DI SYURGA, CEREKARAMA TV3 AKAN MENGANGKAT TRAGEDI PESAWAT TERHEMPAS MH370 & MH17

Image
Perjalanan hidup mereka berbeza tetapi disilangkan takdir dengan satu tragedi yang sama.  Sebuah kisah mengenang tragedi pesawat yang terhempas.  Lakonan Siti Saleha, Syafiq Kyle, Nad Zainal, Riz Amin, Aida Khalida, Muaz Zabir, Shah Farisz dan Silfeny Osman, telefilem #MendaratDiSyurga terbitan Zeel Production bakal mengisi slot Cerekarama di TV3 Malaysia pada 8 April 2023, 10 malam.

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)

Image
Salina seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM. Razil pula seorang pemuda yang berusia dan bekerja di kampung. Walaupun jarak usia agak jauh, tapi mereka suka sama suka. Selepas SPM Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan. Emak Salina tidak menyukai Razil kerana menyebabkan anaknya itu tidak bekerja dan risau jika Razil meninggal dunia, anaknya tidak mempunyai apa-apa duit simpanan. Disebabkan itu, Salina berkeras untuk bekerja. Razil merupakan seorang suami yang setia menyayangi isterinya Salina dan menjadi penyokong utamanya. Dia mencarikan kerja untuk Salina. Namun, hubungan mereka mula renggang apabila Salina terpengaruh dengan kata-kata rakan sekerjanya yang memperlekehkan dan mengaibkan suaminya. Salina mula rapat dengan rakan sepejabatnya bernama Kamal sehingga menimbulkan gossip di pejabat. Salina mendapatkan perkhidmatan nasihat kaunseling Hadi. Hadi merupakan pakar kaunselor Dato' Adli bos kepada Salina

Dua Isteri Bekas Jurulatih Bolasepak Bergaduh di Restoran Mamak Shah Alam

Image
Arakian kontroversi perkahwinan bekas jurulatih bolasepak Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya kelmarin.  Yang kami fahami pergaduhan itu tercetus di restoran Mamak di Shah Alam (atau Shah Ale jika kamu berasal dari Mache, Kelate) sebab perselisihan faham antara dua isteri ini. Syahadan media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku (ayat pun...) selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun yang juga adik retis terkenal.  SUMBER: Harian Metro

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY