Posts

Showing posts with the label tv

KRU Kembali: Imbas Nostalgia di Pentas Calpis Soda One In A Million

Image
Kemunculan semula kumpulan legenda KRU di pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) mencuri perhatian ramai apabila mereka tampil memukau sebagai penutup acara episod pertama. Dengan persembahan penuh tenaga menerusi lagu hit seperti Voodoo , Terhangat Di Pasaran , dan Fanatik , KRU berjaya mengembalikan nostalgia kegemilangan mereka di era 1990-an. Koreografi mantap dan visual menawan memastikan setiap hadirin terpukau, sekali gus membuktikan kumpulan ini masih relevan dalam industri muzik tanah air. KRU, yang ditubuhkan pada tahun 1992, terkenal dengan kombinasi elemen pop dan hip-hop dalam muzik mereka. Persembahan eksklusif mereka di TV3 turut memberikan bayangan tentang projek muzik baharu yang sedang diusahakan, menandakan keinginan kumpulan ini untuk terus berinovasi dan mengukuhkan legasi mereka. CSOIAM turut menampilkan kejutan besar apabila hanya 14 peserta terbaik daripada 20 berjaya mara ke minggu kedua. Persembahan pembukaan acara ini menjadi fenomena ap...

Barisan Artis Running Man Bakal "Berlari" ke Kuala Lumpur Februari 2025

Image
Kuala Lumpur: Barisan artis popular Korea Selatan daripada rancangan hiburan Running Man akan hadir ke Malaysia untuk acara RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR pada 15 Februari 2025. Acara ini dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment dan akan berlangsung di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC). Acara ini menampilkan Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo, dan Yang Se Chan. Kunjungan ini amat dinantikan oleh peminat Malaysia selepas kali terakhir mereka hadir pada tahun 2017. Lebih istimewa, ini adalah lawatan pertama Yu Jae Seok dan Yang Se Chan ke Malaysia, memberi peluang kepada peminat untuk bertemu mereka secara langsung. Running Man, yang telah bersiaran sejak 2010, merupakan salah satu rancangan TV Korea Selatan paling popular dengan lebih 14 tahun di udara dan lebih 732 episod. Program ini terkenal dengan permainan kreatif serta gelagat lucu para peserta, menjadikannya ikon hiburan di Asia. Tiket acara ini diju...

3 Body Problem, Siri Sains Fiksyen Terbaru di Saluran Netflix

Image
Peminat sains fiksyen di seluruh dunia telah terpaku pada skrin mereka selepas penayangan lapan episod siri televisyen Amerika, ‘3 Body Problem’. Walaupun masih belum jelas sama ada kesemua episod ini meliputi keseluruhan buku asal atau tidak, siri ini telah mendapat pujian meluas kerana gambaran subjek yang mendalam, mesej yang kuat, dan lakonan yang cemerlang. Siri yang diadaptasi dari novel ‘The Three-Body Problem’ tulisan Liu Cixin ini, telah diterbitkan oleh David Benioff, D. B. Weiss dan Alexander Woo. Ia merupakan adaptasi aksi langsung kedua selepas siri televisyen Cina pada tahun 2023. ‘3 Body Problem’ mula tayang di Netflix sejak 21 Mac 2024. Penonton telah dibawa dalam perjalanan yang penuh emosi dengan visual yang menakjubkan dalam 4K HDR, menceritakan kisah yang meluas hingga ke galaksi Bima Sakti, merangkumi tema-tema seperti makhluk luar angkasa, teknologi, permainan, fizik kuantum, sains, agama, persahabatan, dan cinta. Siri ini telah mendapat penilaian semp...

HELLO SAYA ANAK UNCLE, Mini Siri Ramadan TV3 lakonan Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda, Aprena Manrose

Image
 TV3 mengumumkan siri Ramadan terbaru mereka, ‘Helo, Saya Anak Uncle!’, yang akan memulakan siaran perdana pada 17 Mac 2024. Siri mini yang sangat dinanti-nantikan ini akan disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam. Dalam drama empat episod ini, penonton akan dibawa ke dunia Dr. Suhael, diperankan oleh Izzue Islam, seorang doktor pakar kanak-kanak yang hidupnya berubah secara drastik dengan kedatangan Ciara, seorang anak kecil yang mengaku sebagai anaknya. Kisah ini mengikuti perjuangan Dr. Suhael yang berusaha menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ayah, sementara hubungannya dengan Mira, diperankan oleh Raden Zaharatul, menjadi tegang. Siri ini ditulis oleh Nieza Nahar dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, dengan produksi oleh Creative Skill Solution. Pelakon lain termasuk Zara Zya sebagai Cikgu Wawa, Rania Amanda sebagai Ciara, Aprena Manrose sebagai Sarah, dan barisan pelakon berbakat lainnya. ‘Hello, Saya Anak Uncle!’ dijangka akan menarik perhat...

Ulasan I.D - Swipe, Steal, Love (Siri Astro Originals) lakonan Naim Daniel, Amelia Henderson

Image
Drama siri Astro Originals terbaru, “I.D (SWIPE, STEAL, LOVE) ,” telah menarik perhatian ramai dengan dua episod pertamanya. Drama ini mengisahkan Aidi, lakonan Naim Daniel, yang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta Anggun Zahara, diperankan oleh Amelia Henderson. Siri ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, pengarah terkenal Projek Anchor SPM, dengan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Aidi, seorang pereka aplikasi, telah mencipta aplikasi BEBAS yang menjadi penting semasa pandemik. Namun, selepas pandemik, aplikasi tersebut tidak lagi digunakan dan Aidi terpaksa menghadapi pemecatan. Dalam keadaan putus asa, Aidi mencuri data dari aplikasi BEBAS untuk membalas dendam terhadap COO syarikatnya, Jazman, lakonan Aedy Ashraf, yang juga kekasih Anggun Zahara. Drama ini mengambil alih dengan plot yang menarik apabila Aidi menggunakan data curian untuk memecahkan hubungan Anggun Zahara dan Jazman. Kemudian, dengan bantuan seorang kawan, Aidi mencipta identiti maya, Tengku Remy, untuk m...

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Image
Drama yang mengisahkan kisah rumah tangga Azim dan Saida yang penuh dengan rahsia dan pengkhianatan telah sampai ke episod akhirnya. Drama ini telah menarik minat ramai penonton dengan jalan cerita yang mengejutkan dan pelakon-pelakon yang berbakat. Drama ini juga telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen di media sosial. Drama ini berkisar tentang Azim, yang diperankan oleh Shukri Yahaya, seorang lelaki yang berjaya dalam kerjaya tetapi tidak bahagia dalam perkahwinannya dengan Saida, yang diperankan oleh Ezzanie Jasny. Saida ialah seorang wanita yang sempurna dalam segala-galanya tetapi tidak menyedari bahawa suaminya telah berkahwin secara rahsia dengan Tsuraya, yang diperankan oleh Alya Iman, seorang wanita yang mempunyai dendam lama terhadap Saida. Saida pula telah dituduh berselingkuh dengan Ammar, yang diperankan oleh Keith Foo, oleh Azim yang tidak puas hati dengan sikap isterinya yang terlalu mementingkan kesempurnaan. Episod akhir drama ini menampilkan beberapa ...

Ulasan Siri Netflix, Avatar: The Last Airbender

Image
Mulai hari ini, Netflix telah melancarkan siri aksi hidup Avatar: The Last Airbender, yang merupakan adaptasi daripada siri animasi yang popular. Musim pertama ini mengandungi lapan episod, setiap satu berdurasi kira-kira 40 hingga 60 minit. Siri ini mengikuti jalan cerita yang sama dengan siri animasi, dengan beberapa perubahan dan tambahan kecil.  *AMARAN: BAKAL MENGANDUNGI SPOILER* Siri ini bermula dengan Aang, seorang Avatar yang terakhir, yang ditemui oleh Katara dan Sokka, dua beradik dari Suku Air Selatan, yang menyertai dia dalam misi untuk belajar empat unsur dan mengalahkan Raja Api. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa dengan pelbagai kawan dan lawan, seperti Zuko, putera terbuang dari Negara Api yang mengejar Aang, Iroh, bapa saudara Zuko yang bijak yang membimbing dia, Toph, seorang pengendali tanah yang buta yang mengajar Aang pengendalian tanah, dan Azula, adik perempuan Zuko yang mengetuai pasukan pengendali api elit. Siri ini berakhir dengan Aang berde...

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Image
Ramai yang tak tahu, ada drama bersiri sejarah yang jauh lebih baik. WARKAH TERAKHIR . Siri ni ditayangkan di Astro Citra tahun 2009. Dialog mantap! Skrip mantap! Lakonan mantap dari Beto Kusyairy. Inilah kali pertama lihat abang Beto di kaca TV. Diinspirasikan dari kisah perjuangan Rosli Dhobi di bumi Sarawak. Tak semua pelakon orang Sarawak, tapi mereka boleh cakap Sarawak dengan sangat clean. Sampai rasa jatuh cinta dengan bahasa Sarawak, termasuk Beto Kusyairy, mati-mati ingat dia orang Sarawak. Serba sedikit, siri ini berlatar belakangkan masyarakat negeri Sarawak tahun 1940'an, di era Jepun diusir, British datang kembali untuk jajah kembali Sarawak selepas Charles Vyner Brooke jual Sarawak dengan harga hanya 1 juta Pound Sterling sahaja. Rosli Dhobi yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy merupakan pemuda yang diajak untuk sertai Anggota Rukun 13, untuk sabotaj kerajaan British. British menjatuhkan hukuman gantung kepada Rosli Dhobi setelah dia membunuh Sir...

DISNEY+ HOTSTAR DEBUTS OFFICIAL TRAILER AND TEASER POSTER FOR MARVEL STUDIOS’ “HAWKEYE”

Image
The Highly Anticipated Disney+ Hotstar Original Series Premieres Wednesday, November 24    “This holiday season, the best gifts come with a bow.”   Kuala Lumpur, September 14, 2021 - Disney+ Hotstar and Marvel Studios invite you on an unexpected holiday getaway, unwrapping the official trailer and teaser poster for “Hawkeye,” a new series set in post-blip New York City. Former Avenger Clint Barton has a seemingly simple mission: get back to his family for Christmas. Possible? Maybe with the help of Kate Bishop, a 22-year-old archer with dreams of becoming a Super Hero. The two are forced to work together when a presence from Barton’s past threatens to derail far more than the festive spirit.    Starring Jeremy Renner as Clint Barton/Hawkeye and Hailee Steinfeld as Kate Bishop, “Hawkeye” also features Vera Farmiga, Fra Fee, Tony Dalton, Zahn McClarnon, Brian d’Arcy James and newcomer Alaqua Cox as Maya Lopez. Helmed by Rhys Thomas and directing duo B...

HATIMU SEDINGIN SALJU lakonan Hisyam Hamid, Aprena Rose dan Hafeez Mikail - SINOPSIS LENGKAP

Image
Hatimu Sedingin Salju mula ditayangkan pada hari ini, jam 7 malam di TV3 lakonan mantap Hisyam Hamid sebagai Arman, Aprena Rose sebagai Rania dan Hafeez Mikail sebagai Nabil.  Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju Arman tidak pernah memikirkan soal cinta kerana mementingkan urusan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, Datuk Jamal sekaligus membuatkan ibu bapanya resah berikutan umurnya yang semakin meningkat.  Suatu hari, adik Arman, Nabil mendesak Arman menemaninya bercuti ke sebuah pusat peranginan di Langkawi untuk menyambut hari jadinya.  Seperti biasa Arman menolak tetapi selepas kalah dalam pertaruhan dengan Nabil, Arman terpaksa mengikut Nabil dengan syarat tidak lebih dua hari. Arman bertolak ke pusat peranginan tersebut bersama Nabil tanpa mengetahui muslihat Nabil dan ibu bapanya untuk menemukan Arman dan calon isterinya, Rania yang juga rakan baik kepada ibu bapa Arman yang bercuti di tempat yang sama.  Tanpa Nabil ketahui bahawa Rania sebenarny...

Ada yang pernah layan The Handmaid’s Tale?

Image
Series ni menarik juga bagi saya. Bermula daripada kadar ibu mengandung yang menjadi semakin rendah di dunia, dan akhirnya US bertukar kepada sebuah negara yang terlalu agresif dengan agama demi mendapatkan zuriat iaitu Gilead. US menjadi negara yang berpatah balik kepada zaman dahulu, habis semua pakaian n cara hidup jadi macam zaman masih belum ada teknologi moden.  Takde handphone, internet semua. Semua orang dikawal oleh tentera di mana-mana sahaja oleh tentera Gilead (the Eyes) supaya tak melanggar undang2 Gilead yang amatlah kejam. Main character dalam series ni June, seorang ibu atau wanita yang menentang konsep kezaliman Gilead kepada wanita. June menjadi handmaid kepada sebuah pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam cabaran yang dia lalui untuk jumpa anaknya dan lari daripada Gilead. Tension betul setiap episod yang kita tengok. Recommended untuk yang minat psychological thriller. Boleh tonton di HBO Go. Ada subtitle BM. Rating: 9/10 Ulasan oleh Muhamma...

Sinopsis BUDAK TEBING MUSIM 2 di TV3, mulai 18 JUN

Image
Nantikan drama Budak Tebing Musim 2 di slot Lestary TV3 mulai 18 Jun ini. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. SINOPSIS Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing. DRAMA bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing mendapat perhatian ramai sejak disiarkan. Dengan rekod 10 juta penonton sepanjang 13...

SEMI FINAL MUZIK MUZIK MALAM KETIGA DITUNDA, ALIF SATAR POSITIF COVID-19

Image
Terkini dari pihak TV3: Untuk makluman semua , Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod ke 3 malam ini terpaksa ditunda atas langkah keselamatan dan tarikh baru akan diberitahu kelak 🙏🏻 Terima Kasih atas sokongan semua penonton ❤️ Dalam perkembangan yang sama, penyanyi Alif Satar diberitakan positif Covid-19 selepas menerima keputusan swab test yang dijalaninya. Lagu nyanyian beliau juga turut dicalonkan pada malam pertama separuh akhir Muzik Muzik. #SFMM35 #KitaJagaKita

Telemovie INSAN TERPILIH berdasarkan kisah benar (Cerekarama TV3): Ramai penonton mengalir air mata...

Image
Semalam di slot Cerekarama TV3 telah ditayangkan telemovie Insan Terpilih berdasarkan kisah benar yang membuatkan ramai penonton mengalir airmata. Ia mengisahkan tentang Firdaus yang digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya. Lakonan cemerlang Syazwan Zulkifly. APA KATA PENONTON: " Drama mengajak, orang yang malas pi sembahyang berjemaah..terbaik semoga dipermudahkan dunia dan akhirat." - Zainudin Zainudin " Walaupun aku tak tengok cite ni, tapi kisah Husin Gile tu memang pernah aku baca, ayat arwah paling padu dia cakap " aku orang gila, mane boleh solat, kau orang tak gila, pegilah solat", walaupun arwah gila, tapi tak pernah ihsan terhadap masjid arwah lupakan, sehinggakan taik cicak arwah kutip satu satu.." - Akmalnovich " Penulis skrip yg bagus. Banyak memuji Allah dan yakin dengan kuasa Allah. ...

Soap Opera: Mencari akar drama Melayu 7 petang

Image
Kalau penonton tempatan cukup membenci tahap menyirap dengan drama pukul 7 petang yang asyik-asyik cinta anak Datuk anak orang kaya bisnes 39 billion pekerja 250 ribu orang, mereka perlu melihat pada akar umbinya yakni soap opera dari US, THE BOLD AND THE BEAUTIFUL. Sejak episod pertamanya ditayangkan pada tahun 1987, rasanya sampai kiamat pun kisah keluarga Forrester dan empayar bisnes fesyen mereka yang penuh dengan dengki, khianat, dan skandal takkan habis. Sehingga Januari 2019 saja sebanyak 8,000 episod telah dihasilkan. Pernah ditayangkan di RTM, siri ini menampilkan lakonan Tracy Melchior, Winsor Harmon, Lesli Kay, John McCook, Susan Flannery dan Ronn Moss sebagai ahli keluarga Forrester. P/S: Tahu bagaimana 'soap opera' mendapat namanya? No, tiada adegan main sabun secuit pun dalam drama bersiri begini. Ianya kerana penaja drama genre ini ketika ia mula bersiaran dalam format radio di era 1930'an dahulu kebanyakannya datang dari syarikat pembuat sabun, seperti P...

Ulasan SPLIT TV Series. Bukan James McAvoy tapi Shukri Yahya

Image
Hari ini aku berkesempatan layan siri ni. Mungkin aku dah terlepas beberapa episod akibat faktor waktu kerja tak menentu. Entah kenapa aku rasa siri ni cukup menghiburkan dan selamba. Boleh masuk dalam jiwa dan yang penting, ada babak-babak yang buat aku ketawa, lebih-lebih lagi bila watak Pakcik Suffian/Datuk Rahim Razali (salah satu personaliti) yang ada dalam Shukri Yahya. Aku rasa Shukri Yahya sangat berjaya membawakan watak² yang wujud dalam satu jasad tapi 6 personaliti. Ada beberapa watak lagi yang belum ditayangkan tapi setakat ini, aku rasa aku harus ikuti siri ini. Lagu latar Angin Kencang by Noh Hujan, juga sangat membuai dan lagu² lain juga sangat sedap. Akan aku tunggu episod² yang akan datang. Mujur la Astro ni suka ulang². Dapatlah aku tengok siri ini biarpun dah ketinggalan bas. Ulasan oleh Roman Firmino (Movie Addict)

Black Mirror, siri televisyen web Nerflix yang awesome gila!

Image
Ini bukan movie, tapi ini tv series. Boleh tengok dekat Netflix . Black Mirror ialah siri tv yang memaparkan ironi, dark comedy, satira, dan boleh membuatkan sci-fi thriller up to the whole new level. Drama ini memaparkan tema satira kepada masyarakat moden dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Awas, kadang-kadang ianya disturbing dan mindfuck, tetapi siri ini adalah siri terbaik yang aku pernah tengok sepanjang hidup aku. Walaupun ada CGI yang entah apa-apa, tetapi seakan tidak peduli kerana plot dan jalan cerita yang mengasyikkan! Pesanan aku, jangan makan bila tengok season 1 episode 1. Bagi yang rasa terganggu dengan season 1 episode 1, jangan berhenti dan tak tengok season 1 episode 2 dan seterusnya. Nescaya kau tak menyesal!

Ariana Rose, General Hospital dan Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya: Drama Melayu dan mat Saleh tak jauh sangat bezanya...

Image
Sekadar perkongsian *Plot Mangsa Rogol Mencintai Perogolnya* (Maaf, akan banyak perkataan rogol digunakan di dalam perkongsian ini. Jika tidak selesa, mohon tidak membaca….) Drama bersiri Ariana Rose pernah mencetuskan kontroversi dengan jalan ceritanya berkisarkan dengan kisah di mana mangsa rogol (Ariana Rose) jatuh cinta dengan orang yang telah merogolnya (Datuk Tengku Adam Kamil). Ada yang mengaitkan ianya dengan Stockholm Syndrome, di mana mangsa jatuh hati/simpati dengan pemangsa. Menurut pengamatan saya, plot mangsa rogol menerima/memaafkan si perogol, malah mengahwini dan mengasihi si perogol ini bermula dari novel-novel cinta yang kemudian di adaptasi menjadi drama. Trend ini bermula dengan drama bersiri Nora Elena pada tahun 2011 (lakonan Siti Saleha) mengahwini Seth Tan (Aaron Aziz) yang tanpa disedari olehnya adalah orang yang pernah merogol beliau dahulu. Kemudian, muncul pula Drama Bersiri Ariana Rose (juga adaptasi dari Novel) yang mula-mula membenci Tengk...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY