4 JUTA PENONTON DIJANGKA MENYAKSIKAN EPISOD AKHIR DRAMA “LELAKI ITU” MALAM INI!
Petaling Jaya, 29 April 2024 – Drama popular Samarinda: Lelaki Itu kini memasuki babak akhir yang penuh dengan ketegangan! Penonton dijemput untuk menyaksikan kesudahan kisah keluarga Syed Mirza pada malam ini, Isnin, 29 April 2024, jam 10.00 malam di saluran TV3. Sebanyak 29 episod Lelaki Itu telah menghiasi skrin TV3, dan drama ini telah mencuri perhatian ramai penonton. Episod terakhir yang dijangka menarik lebih 4 juta penonton akan memberikan pengakhiran yang memukau! Drama ini juga mencatatkan lebih 1.13 bilion interaksi di media sosial, dan respons positif daripada orang ramai, terutamanya kerana jalan ceritanya yang sarat dengan mesej-mesej pengajaran dan isu-isu penting seperti faraid. Drama Lelaki Itu merupakan hasil karya penerbit dan pengarah terkenal, Eirma Fatima, dengan arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif. Pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian, dan