Posts

Showing posts from August, 2020

Buntat hidup kembali dalam 7 Hari Mencintaiku 2

Image
Nama Buntat pernah menjadi satu trending di sosial media kerana drama 7 Hari Mencintaku terbitan Ziela Jalil yang dilakonkan oleh adik Mohd Arif. Babak Buntat meninggal dunia kerana menyelamat Mia (Siti Saleha) telah menyentuh hati ramai peminat drama di Malaysia. Tahniah adik Mohd Arif atas lakonan yang mantap. Baru-baru ini Buntat ditemukan kembali dengan para pelakon 7 Hari Mencintaiku 2. Buntat dah besar!  Kesian Buntat tak sempat merasa chicken chop dari Mermaid Western. 

'Tulus Ikhlas’, filem adaptasi iklan Hari Lebaran pertama di Malaysia

Image
Papar kesinambungan kisah 2 sahabat karib dari kalangan insan istimewa  KUALA LUMPUR, 16 Februari 2016 - 'Tatkala penghuni rumah anak yatim yang lain pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Hari Lebaran bersama, 2 anak kecil yang mana seorang cacat penglihatan, yang seorang lagi cacat pendengaran masih tergapai-gapai pada malam raya mencari jalan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu kepada anak yang cacat pendengarannya itu. Erat berpegangan tangan, 2 sahabat baik ini berhadapan dengan pelbagai halangan dan akhirnya tiba jua ke destinasi yang hendak dituju hasil belas kasihan seorang pemandu lori yang sudi menumpangkan mereka. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing, apabila dapat meraikan lebaran bersama dengan melawat ibu kepada anak yang cacat pendengarannya,..... di tempat persemadiannya.' Begitulah ringkasan iklan Hari Lebaran yang disiarkan pada tahun 2012 dan diterbitkan sebuah syarikat padi beras terkemuka tanah air yang pernah menjadi viral

[THROWBACK] Lebaran Terindah dari artis-artis FMC - Music Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli

Image
Wany Hasrita and the gang dah start beraya... Video muzik sempena Aidilfitri 2017 dari artis-artis rakaman FMC Music iaitu Wany Hasrita , Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul dan Haqiem Rusli membawakan single terbaru, LEBARAN TERINDAH . Lagu Lebaran Terindah ditulis oleh Ibnu manakala liriknya ditulis bersama oleh Ibnu dan Gouffran. Kini boleh dididengar melalui iTunes dan rangkaian streaming lagu yang lain tak lama lagi. Download video di http://www.youtube.com/watch?v=bcH31GR8wNU LEBARAN TERINDAH - Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem Rusli Composer : Ibnu Lyricist : Ibnu/Gouffran ©2017 FMC Music Sdn Bhd

Pelakon Black Panther meninggal dunia

Image
  Wakanda Forever  Chadwick Boseman, pelakon yang dikenali sebagai pembawa watak adiwira Black Panther telah meninggal dunia dalam usia 43 tahun.  Boseman amat dikenali menerusi watak Black Panther dan Raja T’Challa melalui Marvel Cinematic Universe. Membawa peranan salah satu watak Avengers, beliau menghembuskan nafas terakhir selepas berperang dengan kanser usus tahap 3 yang sekian lama dihidapinya sejak tahun 2016.  Beliau meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles seperti yang dilaporkan oleh AP. Sebelum ini, telahpun ada laporan media yang menyatakan tentang keadaan kesihatan beliau yang semakin menyusut.  RIP Raja T'challa. Wakanda forever. 

Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak dalam Bidadari Kiriman Tuhan

Image
Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak, gandingan kali pertama bersama Zul Ariffin selaku teraju utama di Astro Ria untuk siaran bermula Ogos ini Terbaharu menerusi slot Megadrama, drama bersiri berjudul ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal ditayangkan secara eksklusif pada 25 Ogos 2020 di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Lebih menarik lagi, para penonton juga bakal disajikan dengan dua buah episod secara berturut-turut sempena tayangan perdana yang akan bermula pada malam ini. Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd. Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara tersohor Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip. Drama ini turut menampilkan pasang

MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi telah selesai penggambaran

Image
Mael Totey The Movie yang baru saja selesai penggambaran kini sudah hampir 80 peratus proses suntingan. Ia merupakan filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli. Filem ini akan mengangkat watak-watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube. Ia bakal ditayangkan di Astro First pada September atau Oktober tahun ini.    Menerusi perkongsian poster pertama, antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.   Berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli mencetuskan fenomena baharu di Malaysia meskipun baru berusia 25 tahun dengan mesej-mesej yang disampaikan dalam bentuk drama disertai dengan selingan-selingan telatah Yeo dan Asif yang menghiburkan.

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY