RAIN TOWN: Pengarah Melayu Berjaya Menerajui Filem Bahasa Cina

Pengarah filem tempatan, Tunku Mona Riza, telah mencipta sejarah dengan mengarahkan filem berbahasa Cina yang menarik perhatian ramai. Filem bertajuk “Rain Town” ini, yang diarahkan oleh pengarah Melayu ini, telah mencuri hati penonton dengan lakonan yang memukau dan sinematografi yang memikat.

Pengarah Cina yang mengarahkan filem berbahasa Melayu mungkin kita biasa dengar, tetapi kali ini, Tunku Mona Riza telah membuktikan bahawa dia mampu mengarah filem dalam bahasa Cina dengan luar biasa. Sebagai pengarah, filem ini bukan sahaja mencabar dari segi bahasa, tetapi juga memerlukan pemahaman mendalam terhadap budaya dan adat resam Cina.


Dalam “Rain Town,” lakonan yang disampaikan oleh pelakon-pelakon seperti Chew Kin Wah, Sue Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, dan Pauline Tan begitu menyakinkan. Mereka telah membawa watak-watak dalam filem ini ke tahap yang memukau penonton.

Sinematografi oleh Eric Yeong memberikan dimensi emosi dan makna yang mendalam kepada penceritaan. Setiap adegan dipaparkan dengan indah dan memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.


Filem “Rain Town” masih ditayangkan di beberapa pawagam terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan karya hebat Tunku Mona Riza ini. 

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Ulasan Drama Bersiri: KL Menjerit The Series