Posts

Showing posts with the label rap

MK dan Tuju Kembali Bersatu Dalam Lagu Rap ‘Risiko’

Image
Syarikat produksi Twntytwo Degree telah mendedahkan video teaser untuk lagu ‘Risiko’ pada 7 Februari lalu. Video yang hanya berdurasi selama 11 saat itu telah mendapat sambutan hebat di media sosial dengan lebih daripada 1 juta tontonan dalam sehari. Video muzik ini menarik perhatian ramai peminat dan penggiat industri muzik dengan kualiti suntingan yang tinggi dan menarik. Lagu ‘Risiko’ merupakan hasil kerjasama antara lima penyanyi rap popular yang mempunyai karisma tersendiri, iaitu Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK dan TUJU. Yang mengejutkan lagi, video muzik ini menampilkan MK dan Tuju yang sebelum ini dikhabarkan tidak sehaluan dan berpecah. Kedua-dua penyanyi rap ini kini kembali bersatu dalam satu lagu yang pastinya menggembirakan peminat mereka yang lama menantikan gandingan mereka. Di ruangan komen video teaser, ramai peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton video muzik penuh yang akan ditayangkan pada 22 Februari nanti. Tarikh ini dipilih oleh p...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY