Posts

Showing posts from September, 2021

Apa yang tragedi tentang TRAGEDI OKTOBER?

Image
Sempena memasuki bulan Oktober, kita mengenang kembali filem TRAGEDI OKTOBER (1996) arahan Yusuf Kelana dan skrip oleh Yusof Haslam yang merupakan sekuel kepada filem SEMBILU 2. Ia juga mengambil tajuk dari lagu nyanyian pelakonnya, Awie dari album solonya. Plot TRAGEDI OKTOBER ****AWAS! BAKAL MENGANDUNGI SPOILER***: Perkahwinan Wati (Erra Fazira) dan Syamsul (Riezman Khuzaimi) telah menjangkau enam tahun dan mereka dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie.  Sementara itu, kebahagiaan Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama dimana suatu tragedi menimpa suaminya. Wati kemudian hidup menjanda bersama anaknya. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di suatu majlis menimbulkan satu nostalgia diantara mereka. Kehadiran

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS: Yang Hadir Setahun Sekali Di Internet

Image
Video muzik yang bercerita dan diingati sepanjang zaman itu jarang tapi setiap kali hujung September dan nak masuk Oktober, internet akan mengingati Evan Rachel Wood dan Jamie Bell sebagai dua insan bercinta yang dipisahkan oleh perang dalam video muzik Green Day - Wake Me Up When September Ends yang dipetik dari album American Idiot (2004). Yang membuatnya diingati ialah kerana pengarah video muziknya, Samuel Bayer yang mahu menjadikan Wake Me Up sebagai filem mini.  Sejak dimuatnaik di saluran YouTube rasmi Green Day 12 tahun lalu, Wake Me Up When September Ends telah ditonton sebanyak 185 juta kali tontonan. Nama Samuel Bayer mungkin kurang dikenali berbanding nama-nama pengarah video muzik lain yang kemudian menjadi pengarah filem terkenal seperti Michael Bay dan David Fincher, tapi Bayer ada sebuah kerja yang paling ikonik sepanjang zaman: video muzik Nirvana - Smells Like Teen Spirit. Bayer juga pernah mengarah sebuah feature film iaitu reboot A Nightmare

Eminem Kini Pengusaha Restoran Mom's Spaghetti

Image
  Ingatkan main-main, rupa-rupanya betul Eminem buka restoran Mom's Spaghetti yang dipadankan dari lirik lagu hitnya, Lose Yourself. Restoran yang terletak di kampung halamannya di Woodward, Detroit selain menyediakan spaghetti dengan variasi bebola daging dan vegan, turut menyediakan sandwich dan minuman ringan.  Restoran ini dibuka hari ini dengan Eminem sendiri menyediakan pesanan para pelanggan yang kebanyakannya ialah peminat-peminatya yang tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dan meminta tandatangan bintang hip hop itu.  Kredit foto: Joe Maroon

King Coco Kini Janda

Image
King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mengesahkan di Instagram bahawa beliau sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor. King Coco enggan berkongsi lanjut tarikh perceraian mereka. Ini sekaligus menjadikan dirinya seorang janda. Muda-muda lagi dah jadi janda.  "Saya dah lama dah, no longer married. Saya pun dah lama habis edah, sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami,” katanya dalam pelat Melayu rojak mat saleh. King Coco sebenarnya tak mahu berkongsi tentang hal peribadi kepada umum tetapi terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan sebarang spekulasi liar. King Coco dan Azrin Anas bernikah pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua anak bernama Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem. Menurut laporan Kosmo Online, selain terkenal dengan gaya percakapan ala mat salih, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai perampas suami orang. Rujuk pautan di sini . Rata-rata netizen merasa men

Iqbal Campak Duit Juta-juta Depan Wartawan, Netizen Rasa Seperti Serangga Melihatnya...

Image
Punyalah marah iqbal gara-gara kecaman netizen terhadap cintanya pada datuk seri vida. Sampai campak duit juta-juta atas lantai. Saya tengokkan je duit dia tu. Kalau terlompat dalam 50 ribu dalam poket, nescaya saya akan makmurkan ekosistem scene seoptimum mungkin. Tapi apakan daya, saya hanya seekor serangga yang pakai produa kenari saja.  Oh, dengan vespa seketul. Nampaknya masih tiada kesudahan lagi mengenai kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas peribadinya, Ahmad Iqbal yang dikatakan bakal berkahwin Disember ini. Iqbal menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri. Iqbal turut menayang dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.

Zizan Razak Tarik Diri Dari Pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Image
Selepas Zul Arifin dan Remy Ishak, giliran Zizan Razak untuk menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Apa puncanya? Kita baca kenyataan rasmi dari Zizan di bawah: Assalamualaikum, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia. Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis! Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur.  Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar g

Dolla menghiasi papan iklan New York Times

Image
Bersenjatakan gerak tari yang  dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan. Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air. Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea. Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBN Filipina berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, DOLLA juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empat juta tontonan di YouTube. Dolla juga

Solidariti buat Nabila Razali yang digodam akaun YouTube

Image
Agak sayang juga kerana ada video YouTube Nabila yang pernah viral.  10 sebab kenapa video muzik NABILA RAZALI & MK K-CLIQUE: PELUANG KEDUA  boleh viral 2 juta dalam masa 2 hari? 1. Video muzik dia mendalam. Dramatik. Tengok la sendiri. 2. Lagunya menarik generasi baru dan golongan BBNU. Kalau umur lepas 40, memang tak boleh masuk. peduli apa, golongan atas 40 masih beli kaset. 3. Lagu asalnya sudah diterima ramai. Views pun dah 3.3 juta. Bila masuk rapping MK, ia membentuk hype. 4. K-Cluque ni senang mengumpan troll. Apa saja yang berkait dengan MK atau K Clique,  confirm panas. 5. K-Clique group yang pentingkan market over arts. Mereka berjaya dengan formula tu sebab kalau mereka buat sebaliknya, mereka akan stay underrated walaupun nama besar. 6. Satu langkah marketing yang bijak oleh Nabila Razali. MK ni paling diminati dalam K Clique.  MK lebih jambu. MK boleh crossover promote lagu ni ke peminat MK. Baru berapa jam saja lagu ni, dah berpuluh ribu

Viral di TikTok gara-gara lagu Dinda, Kugiran Masdo kini jadi sebutan peminat muzik Indonesia

Image
Viral di Indonesia gara-gara lagu Dinda dendangan Kugiran Masdo yang sering digunakan sebagai lagu tema pasangan bercinta di aplikasi TikTok, rupa-rupanya Kugiran Masdo yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia ialah penyelamat muzik Malaysia hampir dua tahun lalu yang ketandusan kumpulan gitar rancak yang mampu memecah bentung arus muzik perdana menurut laporan portal BACKSTAGE.MY.   Kugiran Masdo dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis, Asmawi (gitar utama), Putu Ceri (bass) dan Azham Ahmad (dram) bermula sejak tahun 2015 daripada asalnya bernama The Lipstik. Selain Dinda,  mereka juga popular dengan lagu-lagu seperti Bunga, Teruna & Dara, dan Bercanda di Malam Indah.  Biarpun dicerca dan dihina oleh penyokong Neelofa yang bertenggek depan TV menonton Meletop,  ia tidak dapat menafikan hakikat bahawa Kugiran MASDO ialah penyelamat irama yang dibawa oleh kumpulan gitar rancak yang semakin sendu hampir sedekad lalu selepas berjaya ke final Anugerah Juara Lagu ke 34. S

"Bismillah, Assalamualaikum." Daiyan Trisha sudah mula berhijab?

Image
Dalam satu muat naik di Instagram berserta kapsyen "bismillah assalamualaikum~",  penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha telah memuatnaik tiga gambar di mana dia mengenakan tudung dan busana penuh sopan sejuk mata memandang, sejuk perut ibu melahirkannya, sejuk juga pandangan ibu saya yang bakal menjadi ibu mentua awak, Daiyan. Adakah Daiyan kini telah mengambil keputusan berhijab sepenuhnya sepertimana artis-artis wanita yang lain seperti Hannah Delisha dan Zizi Kirana (kedua-dua mereka kemudian berkahwin selepas berhijab) dan bakal berkahwin?  Daiyan bagaimanapun menafikan bahawa dia telah berhijrah dan menyatakan yang ianya hanyalah untuk satu sesi fotografi.  Daiyan bagaimanapun berterima kasih buat para peminat yang mendoakan perubahannya. 

Zizi Kirana dan Yusof Bahrin Selamat Bernikah, Dua Bulan Bercinta Terus Kahwin

Image
Penyanyi Zizi Kirana, 36, dan pelakon Yusof Bahrin, 29 selamat bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, jam 10.30 pagi hari ini. Ahamdulillah, sama cantik sama padan pengantin baru kita ni. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. MasyaAllah Zizi, manisnya tengok. Ingatkan haritu gurau-gurau je Yusuf panggil sayang, sekali betul-betul sayang la. Tiada angin tiada ribut, kecoh diperkata sejak semalam. Tujuh tahun beza usia mereka. Tahniah Zizi  dan Yusuf. Kenal rapat dua bulan terus kahwin. Ada ka gadis-gadis patah hati? Kredit video: Instagram Zizi Kirana

THE HOTEL Tiru Plot The Penthouse? Kena Tonton Dulu Drama Lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique Ini Baru Boleh Komen.

Image
Belum pun tayang, The Hotel sudah dibuat perbandingan oleh netizen di mana ia dikatakan mirip drama bersiri Hotel DeLuna dan The Penthouse.  THE HOTEL ialah drama bersiri terbaru lakonan Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi dan Ku Faridah. Ia berkisarkan Raisa lakonan yang menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya. Namun Raisa mengalami gangguan mental yang mana dia tidak dapat mengawal emosi dan tingkah lakunya. Dia bertindak mengikut kehendaknya sehingga sanggup membunuh. Drama ini bakal menemui penonton di slot MegaDrama Astro Ria mulai 15 September ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Janna Nick review filem Wonder Woman yang sedih chuols!

Image
Sementara tak tentu bila kita bakal tonton WONDER WOMAN 1984, kita singkap semula ulasan power Janna Nick pada filem pertamanya 3 tahun lalu. Here we go!: Selamat berbuka semua.. Lama tak buat #JNmoviereview Sementara tunggu waktu berbuka tu ai nak habaq... Cerita #wonderwomen x best.. Ai bagi 2/5 ⭐️⭐️ Sedih chuols..sb DC expectation kita tinggi...tapi hasil nya ermmm sendu tak berlagu...banyak menyembang...ai tertidoq..dia mcm taktau nak focus apa..sat love story sat action sat ketuhanan..entahlah...tak best kbai #sayangketatsendatpadat @sephia.my @jannarezqi #wonderwoman #dccomics #dceu #justiceleague #wonderwoman1984

DISNEY+ HOTSTAR DEBUTS OFFICIAL TRAILER AND TEASER POSTER FOR MARVEL STUDIOS’ “HAWKEYE”

Image
The Highly Anticipated Disney+ Hotstar Original Series Premieres Wednesday, November 24    “This holiday season, the best gifts come with a bow.”   Kuala Lumpur, September 14, 2021 - Disney+ Hotstar and Marvel Studios invite you on an unexpected holiday getaway, unwrapping the official trailer and teaser poster for “Hawkeye,” a new series set in post-blip New York City. Former Avenger Clint Barton has a seemingly simple mission: get back to his family for Christmas. Possible? Maybe with the help of Kate Bishop, a 22-year-old archer with dreams of becoming a Super Hero. The two are forced to work together when a presence from Barton’s past threatens to derail far more than the festive spirit.    Starring Jeremy Renner as Clint Barton/Hawkeye and Hailee Steinfeld as Kate Bishop, “Hawkeye” also features Vera Farmiga, Fra Fee, Tony Dalton, Zahn McClarnon, Brian d’Arcy James and newcomer Alaqua Cox as Maya Lopez. Helmed by Rhys Thomas and directing duo Bert and Bertie, “Hawkeye

KATA HATI YUKA KHARISMA DALAM ‘MELIHATMU BAHAGIA’

Image
Artis Baharu Rocketfuel Entertainment Asal Indonesia Lebarkan Sayap Garudanya Dengan Kelahiran Single Sulung KUALA LUMPUR, Ogos 2021 – Yuka Kharisma, pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 merupakan penyanyi wanita kelahiran Acheh, Indonesia, kini melebarkan sayap Garudanya ke Malaysia dengan kelahiran single sulung yang berjudul ‘Melihatmu Bahagia.’ Lagu yang bergenre balada sinematik ini adalah nukilan Yuka sendiri bersama pemuzik dan komposer Ahmad Jeffny yang merupakan suaminya. “Akhirnya impian saya tercapai juga untuk melancarkan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment. Setinggi-tinggi terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak label terhadap karya saya,” katanya. Peserta separuh akhir Indonesian Idol musim ke-5 ini sebenarnya sudah lama berkelana di Malaysia dan memilih jejaka tempatan sebagai teman hidupnya. “Perjalanan seni saya agak panjang sebenarnya, ia bermula pada tahun 2008 lagi dengan menyertai

TONTON: Telefilem SESEKALI lakonan Beto Kusyairy, Azhan Rani

Image
SEBUAH telefilem menarik lakonan Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani Shaari. Sempena Hari Bapa. Telefilem ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja. Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya. Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia, dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi yang terbaik untuk Kemboja. Pada suatu hari, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak melarikan diri dari buruan polis. Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Sempena Hari Malaysia Arahan Mamat Khalid

Image
Kali ini isu tercetus apabila Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi.  Lakonan Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.  Filem pendek berdurasi setengah jam ini akan bersiaran di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO. 

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Image
Penyanyi terkenal, Anuar Zain, menjadi perhatian netizen di media sosial apabila tular video beliau menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor. Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria. Bukan sahaja kelibat beliau yang menarik perhatian netizen, malah jag teh tarik berwarna biru yang dituangnya turut menarik perhatian.  Ini reaksi para netizen selepas melihat video beliau yang dikongsikan oleh Mohd Nazri Ahmad: "Jag biru lambang pembangunan negara. Anuar zain dulu encem." - Senapang dan Mawar "Cemburu dengan perubahan mereka. Bilalah diri ini boleh turut serta dalam jemaah?" - Mohd Zukrini "Bagus Anuar Zain ni, pernah nampak dia kat kedai makan kat Subang ni, masuk waktu Maghrib terus je solat Maghrib." - Saifullah Jalil "Cembu

Kisah penghisap vape dan keluarga yang bangang

Image
  Pada satu hari, in a galaxy far, far away.... Sementara tunggu kereta kat bengkel, aku lepak minum kat mamak depan. Aku pun vape sambil layan teh o ais aku... Tetiba satu family dok sebelah, ada anak kecik. Setahun la lebih kurang. Aku pun stop vape. Letak atas meja. Abah dia isap rokok sambil dukung baby. Orang blakang aku, orang sebelah meja dia semua isap rokok. So tanpa was was aku pon layan balik vape aku... aku terperasan mak dia usha-usha aku sambil bisik-bisik kat abahnya. Tetiba.... "Dik, mintak tolong jangan vape kat sini... ada budak kecik kot. Tak nampak ke?" Aaaaaaaa???

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...

Image
Sekarang dah kategori otai masih berbisa.  Kumpulan ' Les Enfants ' (disebut  'Lay s-on-FONT' , dari bahasa Perancis, bermaksud 'kanak-kanak') pernah merakamkan album bertajuk  'Permulaan'  pada tahun 1992. Kumpulan ini dianggotai oleh  Jaja, Tony, GGee  dan  Wan . Lagu sentimental 'Rindu Bayangan' pernah dipopularkan oleh Carefree pada penghujung 70'an dulu dilajukan temponya oleh mereka termasuk rap. Kumpulan ini seangkatan dengan 4U2C, City Kids, Feminin serta lain-lain kumpulan rap 90'an. Album:  Permulaan (The Beginning) Genre: Hip hop / rap / new jack swing Label: Warner Music (M) Format: Kaset Tahun: 1992 Senarai lagu: 1. Hidup Ini Hidup Aku 2. Rindu Bayangan  (lagu asal Carefree) 3. Natasha 4. Warisan Manusia 5. Children Of The Street 6. Lu Balik Kampung 7. Aku Penganggur 8. Musuh Dalam Selimut 9. Denyutan Nadi Remaja 10. In The Name Of Children

Awie Potong Rambut Pendek Kerana Kecewa

Image
"Saya potong rambut pasal saya kecewa dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda pandemik Covid-19," ujar Datuk Awie tentang imej terbarunya di media sosial.  "Rambut saya hari-hari banyak yang gugur. Kalau dulu rambut saya itu mahkota untuk saya bekerja dan saya rasa bangga berambut panjang, tetapi dalam situasi sekarang termasuk saya kerap sakit dan tak bekerja pula, saya rasa seperti kecewa dengan keadaan diri dan dunia yang dilanda sakit," tambahnya lagi. Penyanyi kumpulan Wings ini berkata, dia baru sembuh dari penyakit baru-baru ini. Beliau yang menjalani pembedahan terlantar lama di hospital dan juga di rumah. Tanpa kerja kerana industri kreatif terkesan akibat pandemik dan keadaaan kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau merasakan seperti tak bermakna lagi lalu memotong rambut.  Sumber: HARIAN METRO

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY