Posts

Showing posts from January, 2022

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Image
Innalillahiwainnailaihirajiun. Sahabat kita Mohd Rafik bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pian Cecupak telahpun kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kasih sayangNya ke atas roh arwah Rafik dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh. Berita kematian Allahyarham turut dikongsi rakannya ketika bersama kumpulan Cecupak iaitu Ucop yang menulis: "Aku kehilangan seorang lagi teman sahabat kumpulan aku. Dia Pian.  Pian, hang pergi tinggalkan kami semua. Setelah setahun Pak Lah Cecupak pergi, kini kau pula pergi tiada lagi. Aku rasa sedih sangat. Dua insan yang aku rajin bergurau dan aku sayang pergi selama-lamanya. YA ALLAH,  ampunilah dosa beliau. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL FATIHAH." Kumpulan Cecupak ditubuhkan selepas ahli-ahlinya menyertai program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1998 untuk mengulangi kejayaan kumpulan Senario yang juga terlahir dari

Tak Semua Burger Tepi Jalan Sedap, Netizen Ini Membuktikannya

Image
Tak semua burger tepi jalan ni sedap tau. Ada orang kata kat situ sedap. Bila aku pegi rasa, rasa sos jer apa yang sedapnya? Burger tepi jalan ni aku kurang faham betul tau. Majoriti letak sos banyak gila. Kalau sos sedap ok gak. Dah lah sos tak pedas langsung, pekat skit dari air sirap je. Lepas tu rasa masam jer lak tu, sampai kena makan pakai piring. Itu bukan burger bang, itu stik yang dikapit dua keping roti yang dicelup dalam sos. Tiberrr... Bila minta sos kurang, dipandangnya kita atas bawah pulak dengan muka langsi, siap yang tukang masak daging burger pun toleh tengok muka kita macam satu kesalahan pulak minta sos kurang ni. Baik ko blender je burger ko jadikan sos dan letak kat roti. Apa daaaa.... Meleleh-leleh sana sini. Macam budak kecik makan jadiknya. Ini kira ok lagi la, sebelum ni trend burger berlapis-lapis sampai sekaki tingginya. Bangang. Itu bukan burger bro, tu stik bertingkek-tingkek namonyo. Kredit: Ikhwan Ismail

PINGGAN MANGKUK SAKA: Orang dulu-dulu bela pelesit dan hantu raya

Image
Dulu dulu orang tua tua dikampung-kampung banyak dikatakan 'membela'. Yang lelaki membela hantu raya, yang perempuan membela pelesit. Dikatakan mereka ini membela dengan niat menjaga harta, seperti kebun kelapa atau sebagainya, hantu raya dikatakan akan merupa sebagai tuan kebun dan pencuri sentiasa nampak tuan kebun berada dikebun. Ada juga dikatakan yang membela itu bomoh, dengan niat mencari duit, hantu itu dilepaskan ke orang tertentu, sakit meracau dan sebagainya, sebagai bomoh, mereka dipanggil untuk berubat, mereka akan mendapat hasil dari 'pengeras'. Senang le mereka menghalau hantu, kerana itu adalah hantu belaan mereka. Banyak cerita berkaitan dengan cerita membela ini. Diceritakan juga burung 'wang wang' atau gembala kerbau yang pandai bercakap, kalau orang yang membela tu datang rumah tuan dia, dia akan bagitahu kata 'Tok Som bela pelesit'. Esoknya burung tu mati terkangkang. Diceritakan juga, orang yang membela ini bila mati dan hantu dia ta

Para pelakon filem Gila Gila Remaja bertemu semula selepas 35 tahun! Lejen beb!

Image
Selepas 35 tahun, since 1986! Reunion GILA GILA REMAJA  Lejen beb! Menerusi perkongsian video di Facebook miliknya, Rosyam memaparkan pelakon filem terbabit yang hadir ke reunion berkenaan termasuklah Faizal Hussein yang dikenali sebagai Azroy atau Roy dlaam filem terbabit, Faisal Ahmad (Chal), Hamid Ali (Ravi) dan beberapa lagi pelakon turut hadir dan kelihatan gembira menghadiri majlis reunion itu. Pertemuan mereka berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam di mana Amelia Alias yang membawakan watak Liza Burung Hantu bertugas sebagai pengarah urusan hotel tersebut.  Masih cam kah mereka? Cuba teka... BACA JUGA: Wajah terkini Suziana, pelakon filem Gila-Gila Remaja.  Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1986. Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions. Ia menampilkan lakonan

Terjah Rumah Mael XPDC: Man MAX Mohon Maaf

Image
Kelmarin, penyanyi XPDC, Mael meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan bekas pemain dram May, Man yang mengambil video rumahnya di Muar, Johor untuk 'content' saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini. "Saya kecewa. Cerita sebenarnya mana ada saya berjanji pun. Man kata nak datang Muar jumpa saya. Saya cakap jumpa di luar tak sangka dia nak buat 'content' untuk YouTube," ujar Mael dalam laporan Harian Metro. Tambah Mael, dia kecewa dengan cara Man kerana ketika itu dia sedang mengalami semput selain batuk dan selesema. Lantaran itu, Man tampil membuat permohonan maafnya secara terbuka di saluran Facebook Kumpulan Max yang ada boleh baca di bawah: Assalamualaikum kepada semua Sahabat, Followers dan Peminat Max mahupun Mael XPDC. Saya Man Max ingin memohon maaf kepada sahabat saya iaitu Mael XPDC dan keluarga beliau atas berlaku salah faham sewaktu saya membuat content di Youtube berkaitan terjahan dirumah beliau tempoh hari, dan

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY