Posts

Showing posts from 2022

Menonton filem Mat Kilau dengan atuk yang buta dan menghidap Alzheimer

Image
Ada tengok filem Mat Kilau hari tu. Aku bawak atuk aku yang buta dan ada penyakit Alzheimer. Walaupun demikian, dia memang suka tengok filem dan rancangan televisyen, kadang2 tu dia suruh pasang Didi And Friends, katanya dia teringat aku masa kecik2 dulu, dia tak ingat aku sape, tapi dia ingat cerita Didi and Friends.  Biasanya adik beradik, sedara mara aku tak suka tengok filem ngan atok aku sebab atok aku ni jenis selalu tanya apa jadi dekat skrin, pastu suruh huraikan, tapi tu lah, bila dah hurai pun dia tak ingat2 dan tanya lagi sekali, tapi aku layankan aje atok aku ni, sebab dah tua, sape lagi nak jaga dia, en? Maka aku dan dia pun tontonlah filem Mat Kilau hari Rabu tu. Awal2 tu dah tanya aku, "Cu, sape watak cerita ni, ceritanya macam mana", susah nak jelaskan kat atuk aku ni sebab takmo bagi bising dan ganggu penonton wayang lain, tapi dia tanya jugak, sampaikan penonton wayang suruh "Shhhh!! jangan bising". Atok aku marah2, tapi lama2 tu dia di

KES VIDEO CHANNEL YOUTUBE LOFI GIRL: FMC MUSIC TAMPIL MEMOHON MAAF

Image
Satu laporan polis telah dibuat dan menunggu pihak YouTube menyelesaikan siasatan.  Sebelum ini, channel YouTube Lofi Girl melaporkan di Twitter dua video mereka telah diturunkan dari platform YouTube kerana telah menerima 'copyright strike'. Salah satu video ini yang telah distrim sejak dua tahun lalu menerima lebih 600 juta tontonan. Pihak YouTube bagaimanapun memohon maaf kerana penurunan video ini ialah kesilapan mereka dan memastikan video-video ini akan dinaikkan semula.  Ok, part ini menarik sikit. Mengikut copyright strike yang diterima Lofi Girl, ianya kerana mereka menggunakan bahan (rasanya lagu) yang merupakan hakcipta milik FMC Music Sdn Bhd Malaysia. Lagu siapa yang dia pakai tu kalau copyright strike ni memang betul? Atau ia satu bentuk sabotaj? Lofi Girl ialah satu channel YouTube  yang berupa playlist seleksi beat-beat lofi hip hop royalty free yang mana pengunjung channel ini sering lawati untuk mende

Mampukan filem BAKARA atasi kutipan filem Mat Kilau sehingga RM100 juta?

Image
Aku beranggapan bahawa kenapa sumbangan lebih 100 anggota tentera Malaysia bagi menyelematkan sekumpulan renjer Amerika yg terperangkap di Mogadishu pada peristiwa Black Hawk Down tidak dipaparkan didalam filem Black Hawk Down adalah, ini filem mereka. Mereka buat, dan nak tunjuk mereka lemah? Mesti la tak kan?? Boleh je dorang buat tiba2 Captain America datang tolong. Takpun Superman datang tolong. Mereka boleh buat sebab ini filem mereka. Cuma dia akan jadi filem fiksyen la. Jadi bagaimana kita nak tunjukkan fakta sebenar yg mereka sembunyikan ini? Ya, kita kena ada filem kita sendiri. Dan mungkin disinilah peranan filem Bakara bakal mengambil tempat. Dikatakan filem Bakara arahan Adrien Teh ini akan memaparkan sisi sebenar bagaimana perjalanan tentera Malaysia bagi membantu menyelamatkan 70 renjer Amerika yg terperangkap di Mogadishu pada tahun 1993. Sebab sumbangan tentera kita bukannya kecil. Ada yg terkorban juga. Tapi seolah-olah tidak wujud diperlakukan.

Pengalaman Menonton Filem Mat Kilau Dengan Satu Keluarga Yang Bahalol!

Image
Selesai menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia). Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2021 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah. Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula). Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu ditemb*k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan "satu keluarga". Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, "dah penuh la, pergi duduk kat atas". Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Image
Ramai yang tak tahu, ada drama bersiri sejarah yang jauh lebih baik. WARKAH TERAKHIR . Siri ni ditayangkan di Astro Citra tahun 2009. Dialog mantap! Skrip mantap! Lakonan mantap dari Beto Kusyairy. Inilah kali pertama lihat abang Beto di kaca TV. Diinspirasikan dari kisah perjuangan Rosli Dhobi di bumi Sarawak. Tak semua pelakon orang Sarawak, tapi mereka boleh cakap Sarawak dengan sangat clean. Sampai rasa jatuh cinta dengan bahasa Sarawak, termasuk Beto Kusyairy, mati-mati ingat dia orang Sarawak. Serba sedikit, siri ini berlatar belakangkan masyarakat negeri Sarawak tahun 1940'an, di era Jepun diusir, British datang kembali untuk jajah kembali Sarawak selepas Charles Vyner Brooke jual Sarawak dengan harga hanya 1 juta Pound Sterling sahaja. Rosli Dhobi yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy merupakan pemuda yang diajak untuk sertai Anggota Rukun 13, untuk sabotaj kerajaan British. British menjatuhkan hukuman gantung kepada Rosli Dhobi setelah dia membunuh Sir

Ulasan Filem Mat Kilau - MOVIE ADDICT MY Facebook Group

Image
Kekurangan : 1. Aspek teknikal macam colour grading yang tidak begitu memukau dan nampak seperti tiada pengalaman buat filem (Dimaafkan kerana bajet), cuma nak habaq yg zaman sekarang ni byk software free untuk colour grading yang cun. 2. Action directing tak padu sangat, nampak macam Syamsul 100% guna style KL Gangster, ditambah dengan sound effect yang melebih-lebih. Cameraworks untuk action tak smooth dan banyak cut scene. Boleh belajar byk lagi dari style Hong Kong movies punya cameraworks fight scene. Kekuatan : 1. Lakonan yg padu dari Adi Putra, Beto (Of course la) and Fattah Amin. Fattah Amin 100% berjaya keluar dari zone Mat Jambu dia sebelum ni dan transform diri sebagai hero yang power. 2. Skrip dan Dialog yang boleh buat korang rasa nak berperang lawan penjajah, hahahha. Walaupun ada certain dialogue yg agak cringe but its ok sebab penceritaan tu sampai. 3. Jalan cerita yang penuh propaganda (In a very great way). Sbb dari alur cerita, korg boleh nampak betapa bangsatnya pen

Adibah Noor Meninggal Dunia [SALAM TAKZIAH]

Image
Dunia hiburan dikejutkan dengan berita sedih. Dimaklumkan bahawa penyanyi dan pelakon Adibah Noor telah meninggal dunia petang tadi. Kita kehilangan seorang ikon yang disayangi ramai. Takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan ini. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.  Kredit foto: Malaysian Gazette 

HAMID GURKHA MENINGGAL DUNIA, TAKZIAH

Image
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN.. Pak Hamid Gurkha dah tak ada.  Membesar dengan komedi dia, layan kaset komedi standup dia bersama Pak Jamali Shadat dalam kereta berkali-kali...  Percaya lawak dia yang biji getah boleh buat tempe. Sampai peluang duduk semeja dan tidur sebilik dengan dia sewaktu shooting filem Zombie Kampung Pisang. Orangnya tak kedekut cerita dan pengalaman. Ada je benda nak cerita. Salam talziah untuk keluarga Pak Hamid Gurkha. Allahumma Firlahu Warhamhu Wa'afihi wa'fuanhu. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman  atau lebih dikenali sebagai  Hamid Gurkha  merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982. Dilahirkan pada tahun 1931 di Segambut, Kuala Lumpur, antara filem-filem lakonannya ialah Sikit Punya Gila, Aku Yang Berhormat dan Ragam Pemandu. 

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH ACADEMY KE-94 #OSCARS

Image
Berikut ialah senarai pemenang Oscars malam tadi: Best Picture: CODA Best Director: Jane Campion-The Power of the Dog Best Original Screenplay: Belfast Best Adapted Screenplay: CODA Best Actor: Will Smith- King Richard Best Actress: Jessica Chastain-The Eyes of Tammy Faye Best Supporting Actor: Troy Kotsur-CODA Best Supporting Actress: Ariana DeBose-West Side Story Best Animated Feature: Encanto Best Original Song: No Time to Die-Billie Eilish and Finneas  Best Original Score: Dune Best International Feature: Drive My Car  Best Documentary Film: Summer of Soul Best Production Design: Dune Best Animated Short: The Windshield Wiper Best Documentary Short: The Queen of Basketball Best Live Action Short: The Long Goodbye Best Costume Design: Cruella Best Cinematography: Dune Best Editing: Dune Best Makeup and Hairstyling: The Eyes of Tammy Faye Best Sound: Dune Best Visual Effects: Dune Tahniah kepada semua pemenang!  #AcademyAwards

Taylor Hawkins, Pemain Dram Foo Fighters Meninggal Dunia

Image
Pemain dram Foo Fighters, Taylor Hawkins telah meninggal dunia beberapa jam sebelum persembahan di Festival Estéreo, Colombia. Sebagai penghormatan, lilin-lilin telah dinyalakan di atas pentas konsert yang sepatutnya berlangsung dengan kenyataan rasmi dari band Foo Fighters di layar pentas. Sejak menyertai Foo Fighters pada tahun 1997, beliau sempat merakam 8 album studio dan sebuah EP bersama band tersebut dan album Medicine at Midnight yang dikeluarkan pada tahun lepas ialah persembahan terakhirnya dalam sebuah album studio bersama Foo Fighters. Foo Fighters tak pernah membuat konsert di Malaysia tetapi Taylor pernah menjadi pemain dram live untuk penyanyi Alanis Morissette ketika siri konsert jelajah Jagged Little Pill di mana beliau sempat membuat persembahan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 29 November 1996. Taylor Hawkins meninggal dunia di usia 50 tahun. 

Aksi panas lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu buat netizen menggeleupur!

Image
Zul Ariffin ni dulu okey je. Tapi entah apa jadi kat dia. Ingat lagi memula dia bertugas kat Bukit Aman. Masa tu Abby Abadi masih berkhidmat juga dalam polis. Tapi dia berubah lepas dia terlibat dalam dunia paranormal. Buka bisnes bomoh dan renew roadtax. Mungkin lepas kena 'ongbak' Kak Limah membuatkan dia berubah. Takyah acah acah nak marah Zul Ariffin dengan scene French Maid tu la.  Korang tetap akan tengok. Tunggu rating tu nanti.  Producer dan stesen TV semua tahu perangai korang sebenar. Lainlah kalau Kak Long 7E yang pakai French maid tu.  Dia tak buat adegan tu pun korang ban. Rupa Kak Long tak sekasta rupa Zul Ariffin. Itu beza sentimen korang tu nanti. Jangan sentap ya, kebenaran tu pahit. Bak kata Eminem la.. "cause I'm only givin' you Things you joke about with your friends inside your livin' room The only difference is I got the balls to say it in front of y'all And I don't gotta be false or sugar-coat i

Lata Mangeshkar Meninggal Dunia, Penyanyi Legenda India Terkenal Dengan Lagu Hindustan Kabhi Khushi Kabhie Gham, Dil To Pagal Hai

Image
Malaysia dulu-dulu sangat kuat dipengaruhi dengan filem filem hindustan, khabar ceritanya, orang dulu-dulu jual sekerap, jual ayam, jual itik untuk menonton wayang cerita Sanggam.  Lagu-lagu hindustan bermain dibibir mat jiwang ketika itu, lagu-lagu A.Ramli, DJ Dave dan ramai lagi menggunakan muzik hindustan, mereka menukar lirik. Nama arti-artis dan penyanyi hindustan sentiasa disebut sebut, Hema Malini, Rekha, Sharmila Tagore, Rajesh Khana, Dharmendra, Amitabh Bachan, Shashi Kapoor dan ramai lagi. Antara yang termashor dari kalangan mereka ialah  Hema Mangeshkar, penyanyi legenda dibelakang tabir filem filem hindustan. Hari ni Hema Mangeshkar telah meninggal dunia pada usia 92 tahun. India, industri filem dan nyanyian hindustan bagaikan koma seketika mendengar berita sedih ini. Hema adalah nama asal sebelum bertukar kepada Lata Mangeshkar. Kredit: Syed Mohd Nazli

Pian Cecupak Meninggal Dunia

Image
Innalillahiwainnailaihirajiun. Sahabat kita Mohd Rafik bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pian Cecupak telahpun kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kasih sayangNya ke atas roh arwah Rafik dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh. Berita kematian Allahyarham turut dikongsi rakannya ketika bersama kumpulan Cecupak iaitu Ucop yang menulis: "Aku kehilangan seorang lagi teman sahabat kumpulan aku. Dia Pian.  Pian, hang pergi tinggalkan kami semua. Setelah setahun Pak Lah Cecupak pergi, kini kau pula pergi tiada lagi. Aku rasa sedih sangat. Dua insan yang aku rajin bergurau dan aku sayang pergi selama-lamanya. YA ALLAH,  ampunilah dosa beliau. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL FATIHAH." Kumpulan Cecupak ditubuhkan selepas ahli-ahlinya menyertai program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1998 untuk mengulangi kejayaan kumpulan Senario yang juga terlahir dari

Tak Semua Burger Tepi Jalan Sedap, Netizen Ini Membuktikannya

Image
Tak semua burger tepi jalan ni sedap tau. Ada orang kata kat situ sedap. Bila aku pegi rasa, rasa sos jer apa yang sedapnya? Burger tepi jalan ni aku kurang faham betul tau. Majoriti letak sos banyak gila. Kalau sos sedap ok gak. Dah lah sos tak pedas langsung, pekat skit dari air sirap je. Lepas tu rasa masam jer lak tu, sampai kena makan pakai piring. Itu bukan burger bang, itu stik yang dikapit dua keping roti yang dicelup dalam sos. Tiberrr... Bila minta sos kurang, dipandangnya kita atas bawah pulak dengan muka langsi, siap yang tukang masak daging burger pun toleh tengok muka kita macam satu kesalahan pulak minta sos kurang ni. Baik ko blender je burger ko jadikan sos dan letak kat roti. Apa daaaa.... Meleleh-leleh sana sini. Macam budak kecik makan jadiknya. Ini kira ok lagi la, sebelum ni trend burger berlapis-lapis sampai sekaki tingginya. Bangang. Itu bukan burger bro, tu stik bertingkek-tingkek namonyo. Kredit: Ikhwan Ismail

PINGGAN MANGKUK SAKA: Orang dulu-dulu bela pelesit dan hantu raya

Image
Dulu dulu orang tua tua dikampung-kampung banyak dikatakan 'membela'. Yang lelaki membela hantu raya, yang perempuan membela pelesit. Dikatakan mereka ini membela dengan niat menjaga harta, seperti kebun kelapa atau sebagainya, hantu raya dikatakan akan merupa sebagai tuan kebun dan pencuri sentiasa nampak tuan kebun berada dikebun. Ada juga dikatakan yang membela itu bomoh, dengan niat mencari duit, hantu itu dilepaskan ke orang tertentu, sakit meracau dan sebagainya, sebagai bomoh, mereka dipanggil untuk berubat, mereka akan mendapat hasil dari 'pengeras'. Senang le mereka menghalau hantu, kerana itu adalah hantu belaan mereka. Banyak cerita berkaitan dengan cerita membela ini. Diceritakan juga burung 'wang wang' atau gembala kerbau yang pandai bercakap, kalau orang yang membela tu datang rumah tuan dia, dia akan bagitahu kata 'Tok Som bela pelesit'. Esoknya burung tu mati terkangkang. Diceritakan juga, orang yang membela ini bila mati dan hantu dia ta

Para pelakon filem Gila Gila Remaja bertemu semula selepas 35 tahun! Lejen beb!

Image
Selepas 35 tahun, since 1986! Reunion GILA GILA REMAJA  Lejen beb! Menerusi perkongsian video di Facebook miliknya, Rosyam memaparkan pelakon filem terbabit yang hadir ke reunion berkenaan termasuklah Faizal Hussein yang dikenali sebagai Azroy atau Roy dlaam filem terbabit, Faisal Ahmad (Chal), Hamid Ali (Ravi) dan beberapa lagi pelakon turut hadir dan kelihatan gembira menghadiri majlis reunion itu. Pertemuan mereka berlangsung di Concorde Hotel Shah Alam di mana Amelia Alias yang membawakan watak Liza Burung Hantu bertugas sebagai pengarah urusan hotel tersebut.  Masih cam kah mereka? Cuba teka... BACA JUGA: Wajah terkini Suziana, pelakon filem Gila-Gila Remaja.  Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1986. Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions. Ia menampilkan lakonan

Terjah Rumah Mael XPDC: Man MAX Mohon Maaf

Image
Kelmarin, penyanyi XPDC, Mael meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan bekas pemain dram May, Man yang mengambil video rumahnya di Muar, Johor untuk 'content' saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini. "Saya kecewa. Cerita sebenarnya mana ada saya berjanji pun. Man kata nak datang Muar jumpa saya. Saya cakap jumpa di luar tak sangka dia nak buat 'content' untuk YouTube," ujar Mael dalam laporan Harian Metro. Tambah Mael, dia kecewa dengan cara Man kerana ketika itu dia sedang mengalami semput selain batuk dan selesema. Lantaran itu, Man tampil membuat permohonan maafnya secara terbuka di saluran Facebook Kumpulan Max yang ada boleh baca di bawah: Assalamualaikum kepada semua Sahabat, Followers dan Peminat Max mahupun Mael XPDC. Saya Man Max ingin memohon maaf kepada sahabat saya iaitu Mael XPDC dan keluarga beliau atas berlaku salah faham sewaktu saya membuat content di Youtube berkaitan terjahan dirumah beliau tempoh hari, dan

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY