Posts

Showing posts with the label animasi

Ejen Ali The Movie 2 catat sejarah dengan kutipan RM55.1 juta – animasi No.1 Malaysia!

Image
Status terkini misi: RM55.1 Juta. Yes u heard that right. RM55.1 JUTA kutipan untuk Ejen Ali The Movie 2. Dan lebih 3.5 juta penonton dah serbu pawagam — bukan kaleng-kaleng. Filem animasi ni officially jadi filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah pawagam Malaysia. Kalau dulu kita proud dengan EATM pertama, yang ni dia pergi jauh lagi. Tak kisah u minat animasi ke tak, Ejen Ali ni memang game changer untuk industri. Jalan cerita solid, animasi world class, energy dia bukan main. Anak-anak suka, orang dewasa pun terpaku. So misi belum tamat chuolls. Yang belum tengok — jangan tunggu sampai keluar TV. Yang dah tengok — boleh repeat. Ejen Ali The Movie 2 masih di pawagam sekarang. Salute animator tempatan. Yang ni memang #sapotlokal tak main-main.

Ulasan filem Trolls (2016) oleh Janna Nick

Image
Comel, Ceria, Tapi Tak Kelakar Sangat Trolls ialah filem animasi ringan terbitan DreamWorks yang penuh warna, muzik dan semangat positif. Jalan cerita mudah: Poppy, si puteri Trolls, pergi menyelamatkan rakan-rakan yang diculik oleh Bergen — makhluk yang percaya makan Trolls boleh buat mereka gembira. Branch, Troll muram yang tak suka menyanyi, akhirnya ikut membantu. Gabungan Poppy dan Branch menjadi kekuatan utama filem ini. Seorang terlalu positif, seorang terlalu berhati-hati — tapi keduanya saling melengkapi. Watak mereka tidak luar biasa, tapi cukup kuat untuk memacu cerita. Visual memang cantik, dunia Trolls dibina seperti kraf tangan hidup — penuh warna dan tekstur gebu. Muzik pula segar dan melekat di kepala. Lagu Can’t Stop the Feeling! jadi nadi filem ini dan memang boleh angkat mood. Namun, dari segi lawak, ia agak biasa. Lucu, tapi tidak cukup tajam. Ai senyum, tapi tak gelak. Ai bagi 4 daripada 5 bintang. Filem ini tidak sempurna, tapi cukup menyenangka...

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Image
Ada sesuatu yang tak boleh diajar dalam kelas pengarahan filem—naluri. Dan nampaknya, Ejen Ali 2 bukan sahaja melangkaui jangkaan, malah mencantas terus skeptisisme yang biasanya melekat pada sekuel filem tempatan. Saya turun dari tempat kerja, belum sempat tarik nafas lega, terus meluru ke pawagam. Dan sebaik sahaja lampu gelap, layar mula bermain, Ejen Ali 2 menyerbu seperti peluru. Ia bukan sekadar sambungan; ia ledakan kedua yang lebih besar, lebih laju, dan jauh lebih matang dari filem pertamanya. Aksi pertarungan? Nyata dan berdentum. Tiada lagi babak-babak yang terasa seperti latihan silat sambil menunggu kamera roll. Kali ini, koreografi pertarungan diatur seolah-olah pasukan produksi menonton The Raid dan memutuskan, "Kita boleh buat lagi padu." Setiap pukulan dan hentakan terasa; setiap gerakan ada niat dan gaya. Dan untuk detik-detik tertentu, saya betul-betul lupa saya sedang menonton filem animasi. Adegan kegemaran? Sudah tentu geng mamak. Dalam...

Teori Koma Ash: Pokemon Hanya Imajinasi?

Image
Ramai yang pernah dengar tentang teori bahawa cerita Pokemon sebenarnya berlaku dalam imaginasi Ash, yang sedang koma. Sepanjang perjalanan Ash bersama Pikachu, mereka berdua sering bertemu dengan pelbagai orang, tetapi nama orang yang mereka jumpa sering kali sama, iaitu Joy dan Jenny. Ini kerana Joy dan Jenny adalah orang terakhir yang dilihat oleh Ash sebelum dia koma. Semasa Ash dalam koma, dia tidak dapat membesar. Yang paling menakutkan, jika dia tersedar, besar kemungkinan dia mengalami kegagalan otak yang menyebabkan kecacatan seumur hidup. Ini hanyalah teori atau creepypasta yang berlegar di internet, dan perkongsian ini sekadar untuk berkongsi cerita menarik.

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Image
Dongeng Sang Kancil membawa nafas baharu dalam dunia animasi Malaysia dengan premis yang cukup unik dan berani. Filem ini menonjolkan sisi berbeza Sang Kancil, yang sering digambarkan sebagai haiwan licik dan penuh muslihat, tetapi kali ini tampil dengan elemen aksi dan dendam seperti filem Rambo: The Last Blood . Cerita dan Tema Filem ini mengikuti perjalanan Kancil untuk membalas dendam atas kematian ibunya, berlatar belakangkan hutan yang penuh cabaran. Tema keberanian, perpaduan, dan keadilan menjadi tunjang utama filem ini. Walaupun digarap sebagai animasi, Dongeng Sang Kancil tidak teragak-agak untuk menyentuh isu gelap seperti kitaran kehidupan haiwan yang realistik — pemangsa dan mangsa. Ini menjadikannya filem yang tidak hanya hiburan tetapi juga sarat dengan nilai pembelajaran untuk anak-anak, asalkan ibu bapa memainkan peranan untuk memberi konteks kepada mereka. Aksi dan Visual Animasi filem ini jelas menunjukkan kemajuan dalam industri animasi tempatan. ...

Ulasan filem: Sonic The Hedgehog 3

Image
Setelah dua filem terdahulu berjaya memikat hati peminat, Sonic The Hedgehog 3 kembali ke layar perak dengan aksi yang lebih hebat dan jalan cerita yang lebih mendalam. Filem ini diarahkan oleh Jeff Fowler dan merupakan adaptasi daripada siri permainan video popular terbitan Sega. Gabungan tenaga lakonan mantap seperti Jim Carrey, Ben Schwartz, Idris Elba, dan kemunculan Keanu Reeves serta Krysten Ritter menjadikan filem ini satu pengalaman sinematik yang menarik. Dalam Sonic The Hedgehog 3 , Sonic, Tails, dan Knuckles berganding bahu untuk menghadapi ancaman baharu, Shadow the Hedgehog, watak kompleks yang dilakonkan dengan penuh karisma oleh Keanu Reeves. Shadow bukan sahaja menjadi musuh utama tetapi turut membawa lapisan emosi dengan motif balas dendamnya terhadap kemanusiaan. Kerjasama antara Shadow dan dua saintis gila, Ivo dan Gerald Robotnik, menambahkan ketegangan dalam naratif. Visual dalam filem ini kekal sebagai salah satu aspek terkuat. Animasi ...

Jaguh Kartun di TV9: Janji keceriaan dan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga.

Image
Peminat animasi tempatan, terutamanya kanak-kanak, kini boleh menikmati siri animasi kegemaran mereka di TV9. Program  #JaguhKartun  yang disiarkan setiap hari dari jam 5 petang hingga 7 malam, menampilkan pelbagai watak animasi yang disukai ramai seperti Boboiboy, Ejen Ali, Cicakman, dan Mechamato. Siri animasi ini bukan sahaja menjanjikan keseronokan tetapi juga mengandungi mesej dan nilai murni yang baik untuk pembangunan karakter adik-adik. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesemua wira animasi ini di saluran astro 149 atau strim melalui Tonton di smart TV anda. #JaguhKartun  - Janji keceriaan dan hiburan berkualiti untuk seisi keluarga. Saksikan dan jadilah saksi kehebatan animasi Malaysia!

Olaf's Frozen Adventure: Apa kata anda?

Image
Filem "pendek" yang berdurasi 21 minit ini,ditambah dengan iklan selama 10-15 minit, menjadikan tempoh menunggu selama 30 minit sebelum Coco mula di tayangkan. Sekaligus, ia menjejaskan momentum penonton yang telah di persiapkan untuk Coco. Walaupun saya peminat Frozen dan agak terhibur dengan filem pendek ini, tetapi Coco berhak dan layak untuk berdiri di layarnya sendiri. Bayangkan kalau anda dah buat kerja sehabis baik untuk satu pembetangan, tiba tiba ada rakan sepejabat yang sememangnya digemari bos tunjuk pandai dan present dahulu dengan galaknya. Ulasan oleh Firdaavincci Azmi   (Movie Addict)

Ulasan filem COCO (Disney/Pixar)

Image
COCO adalah animasi terbaik 2017, boleh masuk top 10 cerita yang patut ditonton oleh peminat animasi terutamanya Pixar fan. Dengan plot twist yang tidak diduga, jalan cerita yang menarik, skor muzik ala latino yang asyik dan babak emosi menyentuh perasaan yang berkesan. Sebagai bonus, ada cerita pendek "Frozen" berdurasi 21 minit sebelum filem "Coco" bermula. 9/10 kawan bagi untuk rating animasi ini. TERBAIK... Rasanya jalan cerita Coco seakan-akan sama dengan The Book of Life . Bezanya, Book of life ada cinta tiga segi, Coco tak ada. Tapi apa-apa pon, The Book of Life punya lagu tambah suara yang nyanyi tu memang best. Masih segar lagu-lagu tu dalam ingatan walaupun dah lama tengok. Ulasan oleh Fizzi Gonzalez

Fenomena RICK and MORTY dengan sos szechuan gegarkan internet

Image
Aku dah banyak kali come accross a post that says Rick and Morty is mind blowing show, tapi tak pernah lagi terdetik nak tengok. Jangkaan aku cuma " ahh this could be just another Futurama show". Atas cadangan beberapa orang dalam ni, aku pun start menonton dengan expectation yang agak rendah. But I'm glad I did, I really, really enjoy the show. Enjoy terlebih kot aku habiskan 3 season dalam masa 2 hari. Damn I should leave some episode for later! Wubba lubba dub dub! Memang tak boleh nak stop sekali dah start. Every episode is intense. haha! MARTY MARTY MARTY MARTY MARTY. Shit annoying gila. TAPI FUN! Ohhh jeez boy... b bbb but Rick you said i can choose the adventure this time. Aku pernah layan kat rumah kawan aku. Housemate dia join tengok. Memang tak lekang ayat " what the fuck?" sepanjang tengok.. Haha 😂 Part makhluk yang jaga masa tu ajak geng gi pukul Einstein tu. Hahahaha tak leh blah. Don't...mess.. with..time! I will mess with time.. p/s: ...

Ulasan filem Despicable Me 3 oleh Billy Tio

Image
Spoiler alert!!! (On par with Angry Birds), ada banyak babi 1. Waste money, waste time movie 2. Everything in this film is pure LAME jokes, funless unfunny fake lame weak moments of jokes. 3. Completely predictable and totally mengantuk to watch, tired watching it. 4. Michael Jackson's Bad is provenly his most useful song for movie. 5. Low quality villain and unmemorable characters overall, NOTHING in this movie is memorable except Michael Jackson's BAD. 6. Low quality plots of lame twins, this part 3 is far far behind the part 1 and part 2. Minions are disgusting and lame and provocative and disturbing and irritating to look at, everything is what has happen 1000 times in all other animation. 7. Lame movie of complete ZERO rewatch value wat so ever. Watch or no watch = no difference at all. Gred "C" movie. Worst than Shark Tale, worst than Trolls, worst than recently burung animation called Storks. 4.5/10 You like this film? Ulasan oleh Billy Tio, pengulas...

Ulasan filem: BoBoiBoy The Movie

Image
Jika saya realistik dalam hal mengulas Boboiboy bermula dengan study macam mana Nizam dan team start dengan Upin Ipin dan kemudian Boboiboy, ia agak impresif juga, di sebalik kekurangan mereka. Contoh; staf tak ramai, teknologi tak setinggi produksi luar. Mainly guna software yang boleh dapat di pasaran berbanding produksi luar yang siap ada R&D untuk kemaskini grafik. Dan kebanyakan mereka ialah graduasi IPT tempatan,  belajar sendiri di bawah produksi kecil. Memang nampak kekurangannya (efek percikan air contohnya) tapi tak menjejaskan pengalaman aku menontonnya. Ceritanya simple pun kerana ia cuba stick to siri TVnya dan dalam masa yang sama tak alienate penonton baru (kerja sukar sebenarnya) jika dibandingkan dengan Pixar yang buat standalone feature story yang kita hanya baru kenal mulai filem tersebut (Pixar sendiri tak dapat lari dari dikritik melalui filem sekuelnya yang tak sehebat filem pertama dan perangkap mengulang / kitar semula idea lama). Aku juga tak boleh de...

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY