Filem SIKSA KUBUR arahan Joko Anwar

Joko Anwar kembali dengan filem terbaru “Siksa Kubur,” sebuah premis yang berani dan kontroversial. Filem ini mengisahkan perjalanan seorang wanita yang tidak percaya kepada agama yang mencabar pandangan masyarakat mengenai dosa dan hukuman di akhirat.

Selepas mengundang kemarahan umum kerana pandangannya yang kontroversial dalam sebuah rancangan bual bicara televisyen, wanita tersebut bertekad untuk membuktikan kebenaran ajaran agama. Dengan bantuan seorang kawan yang bekerja sebagai mandi mayat (diperankan oleh Reza Rahadian), dia mengambil langkah drastik dengan menyertai sebuah “reality show” di mana dia akan dikubur hidup-hidup bersama mayat orang-orang yang dianggap berdosa.

“Siksa Kubur” dijadualkan untuk tayangan perdana pada hari raya tahun 2024, serentak di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia. Pihak LPF belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status penayangan filem ini.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pengajaran Buat Kaki Travel: Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

Drama bersiri sejarah Sarawak lakonan Beto Kusyairy ini jauh lebih baik daripada filem Mat Kilau: WARKAH TERAKHIR

Ulasan Episod Akhir Drama Bersiri Keluarga Itu

AJL40: SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-40, K.O.I. Dinobatkan Juara Dengan Lagu Tiwikarma

Ulasan filem Fantastic Beasts and Where to Find Them oleh Janna Nick

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...