Posts

Showing posts from November, 2018

KTM Mahu Dilihat Mesra Pelanggan Dengan Tawaran Diskaun Yang Tidak Ikhlas

Image
50% hanya untuk trip KL Sentral - Gemas - KL Sentral  dan trip Sg Petani - Padang Besar - Sg. Petani sahaja. Itupun pada hari bekerja. Destinasi lain semua cuma dapat 25%.. Kalau kau naik pada hari Selasa dan Rabu sahaja. Dan cuma boleh dibeli 24 jam lebih awal. Perangai korporat tua zaman dulu dulu tu masih kekal dalam KTM. Teks oleh: Amirudin Karim Gambar sekadar hiasan

9 Sebab Kenapa MAHAGURU ialah filem Z Lokman yang terhebat

Image
Alright. Setelah masa aku terbuang sebanyak 46sec nonton teaser Mahaguru, semalam aku tekad nak "korban"kan 2 jam (1 jam 30 minit untuk filem dan 30 minit jarak rumah aku dari Kuching ke Kota Samarahan) dan duit tiket RM13 semata2 nak tonton filem Mahaguru. Kata orang tak kenal tak cinta, mungkin teaser hampeh, cerita kita tak tau lagi. Akhirnyaa.. secara simple pendapat aku utk filem ni. 1. Aura filem zaman 70an, 80an masih kuat. dari segi sound yang kedap bila part dialog, acting, music. 2. Sorry to say, lakonan barisan pelakon 'kayu'. Big applause to Mie Raja Lawak. rasanya watak dia paling menyerlah dgn lakonan yg bersahaja . Boleh dkatakan penyelamat filem ni. 3. Bila part plakon nak buat lawak tu aku tak sampai hati tgok. Sebab tak lawak. punchline takda.. sampai aku kat panggung tu tutup muka tgok. Even gelap dan cuma aku sorang je tgok. Okeh. Pertama kalinya aku tengok wayang time malam cuma aku sorang je dalam panggung 4. Plot cerita tunggang terbalik. J

[VIDEO] Bella Hadid Makan Nasi Lemak Dengan Bantuan Neelofa

Image
M odel antarabangsa  Bella Hadid   yang singgah di Malaysia sebagai duta jam tangan TAG Heuer menikmati makanan popular rakyat Malaysia, nasi lemak ketika majlis malam yang dihadirinya. Di dalam video yang dikongsi di Instagramnya, pelakon Neelofa dilihat cuba menerangkan kepada Bella Hadid bagaimana nasi lemak perlu dibuka bungkusannya (macam nasi lemak bungkus seringgit yang selalu kita beli tiap pagi). Selain itu, model itu turut mencuba makanan tempatan lain seperti tepung bungkus.

Kekasih Ruhainies Bidas Tuduhan Azrel Ismail: Cinta Ruhainies Tulus, Bukan Kerana Harta

Image
21 November 2018 - Elf Johan, kekasih kepada aktres terkenal Ruhainies, telah membantah tuduhan yang dilemparkan oleh bekas teman lelaki Ruhainies, Azrel Ismail. Azrel sebelum ini mendakwa bahawa hubungannya dengan Ruhainies berakhir kerana dia tidak memiliki kekayaan yang mencukupi. Elf Johan, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya, menegaskan bahawa Ruhainies jatuh cinta dengannya bukan kerana harta, tetapi kerana siapa dirinya sebenar. “Setiap orang berhak atas pendapat mereka, namun ada batasan dalam segala hal. Dihakimi dan dikritik atas sesuatu yang tidak benar adalah bentuk tuduhan dan fitnah,” ujar Elf. Beliau juga menambah, “Dia jatuh cinta dengan saya melalui siapa saya sebenarnya. Bukan kerana harta, tetapi gambaran yang lebih besar dalam hidup. Apa yang telah saya lakukan, apa yang saya mampu lakukan. Saya memberikan yang terbaik kerana dia layak mendapatkan yang terbaik.” Elf Johan menegaskan bahawa cinta Ruhainies adalah tulus

Instagram Akan Membasmi Followers, Komen dan Likes Palsu

Image
Instagram mengumumkan bahawa ia akan menyingkirkan 'likes', 'follows', dan komen dari akaun yang menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka. Dengan menggunakan alat 'machine learning', platform media sosial ini akan mula mengenal pasti akaun yang menggunakan perkhidmatan ini, yang secara langsung melanggar Garis Panduan Komuniti dan Syarat Penggunaannya. Akaun-akaun yang dikenal pasti akan dimaklumkan yang Instagram telah membuang trafik palsu ini, bersama arahan untuk menukar kata laluan mereka. "Langkah-langkah baru ini akan berterusan," kata Instagram dalam catatan blog. "[Dan] akaun yang terus menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk mengembangkan pengikut mereka mungkin melihat kesannya ketika menggunakan Instagram mereka." Gerakan ini bertujuan untuk membantu menghalang pengguna daripada memberi syarikat lain maklumat log masuk mereka sebagai peralihan Instagram ke arah platform untuk sebarang jenama dan

Shalma Eliana nyanyi lagu tulisan Malique, Janji Terindah

Image
There's a new girl in town! Kenali Shalma Eliana, penyanyi baru di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Single pertama penyanyi yang berusia 18 tahun ini, “Janji Terindah” baru saja dilancarkan bersama video muziknya. Single ini ditulis bersama oleh Malique dan Dedeq, mengisahkan tentang luahan rasa hati antara pasangan bercinta dan perjanjian terindah antara mereka. Janji Terindah boleh didengar melalui portal dan aplikasi muzik digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, KKBOX, dan Deezer. Tonton video muzik Janji Terindah di laman Youtube: https://youtu.be/ q8U6ib5EFxY #JanjiTerindahShalma

Sasuke Kun disaman RM100k kerana sebar filem Munafik 2 secara haram: Kenapa kau bodoh sangat?

Image
Ramai orang tanya Kak Nam pasal kes Sasuke Kun yang kena denda RM100K disebabkan penyebaran content Munafik 2 tanpa izin. Well. Kak Nam baca banyak betul ulasan pasal kes ni - ada yang kata patut - ada yang kata tidak - ada yang tiba tiba berkecuali (kau dah kenapa berkecuali tak pasal pasal? Hahaha). So - if this could benefit you - Kak Nam akan terangkan about this case - dan bukan sekadar copy paste berita je. So that kau boleh faham dengan jelas lagi. Insya Allah. First of all - kau kena tau - filem merupakan satu daripada harta intelek - yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987. Di bawah akta tersebut - dah underlined - yang sebarang penyebaran content hakcipta tanpa izin daripada pemiliknya - adalah salah di sisi undang undang. Dengan kata lain - sekiranya terdapat pelanggaran hakcipta - pemunya karya boleh mengambil tindakan undang undang ke atas orang yang melakukan pelanggaran. Ada hukuman dia sekali kat situ. Itu jelas dalam akta. Dalam kes si Sasuke Kun ni - ok bef

Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan

Image
FILEM 3AM arahan Azlan Sharil yang akan ditayangkan di pawagam tanah air pada 6 Disember 2018 bakal menjadi pengalaman dan kepuasan kepada para penonton. Filem ini berdasarkan suatu kisah benar yang pernah berlaku di Pahang, 15 tahun yg lalu dimana satu keluarga telah dibunuh dengan kejam di dalam sebuah rumah. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan  tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini. Selepas insiden itu, tiada sesiapa yang menghuni rumah tersebut dan ianya menjadi kawasan terbiar. Manakala penduduk sekitar kawasan itu selalu terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan dan jeritan yang ngeri hampir setiap malam di perkarangan rumah itu. Dan kini....Sekumpulan remaja yang  membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat didalam rumah tersebut, serta cuba mendapatkan jawapan  sebenar bagi segala insiden yang seram sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling... Filem ini akan menceritakan tentang bagaim

Ulasan SPLIT TV Series. Bukan James McAvoy tapi Shukri Yahya

Image
Hari ini aku berkesempatan layan siri ni. Mungkin aku dah terlepas beberapa episod akibat faktor waktu kerja tak menentu. Entah kenapa aku rasa siri ni cukup menghiburkan dan selamba. Boleh masuk dalam jiwa dan yang penting, ada babak-babak yang buat aku ketawa, lebih-lebih lagi bila watak Pakcik Suffian/Datuk Rahim Razali (salah satu personaliti) yang ada dalam Shukri Yahya. Aku rasa Shukri Yahya sangat berjaya membawakan watak² yang wujud dalam satu jasad tapi 6 personaliti. Ada beberapa watak lagi yang belum ditayangkan tapi setakat ini, aku rasa aku harus ikuti siri ini. Lagu latar Angin Kencang by Noh Hujan, juga sangat membuai dan lagu² lain juga sangat sedap. Akan aku tunggu episod² yang akan datang. Mujur la Astro ni suka ulang². Dapatlah aku tengok siri ini biarpun dah ketinggalan bas. Ulasan oleh Roman Firmino (Movie Addict)

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY