Sayangku Cikgu Hania (2025), Kisah guru dan abang polis lakonan Elvina Mohamad dan Ali Reza
Pengarah: Hashim Rejab Adaptasi daripada novel Cikgu Kan Kugari Hatimu karya Sophilea Siaran: TV1, setiap Jumaat hingga Ahad, 6.45 petang Penstriman: RTM Klik Dalam ranah emosi yang tidak terduga, lahirlah kisah Cikgu Hania, seorang wanita muda yang tabah, namun dihimpit duka apabila pertunangannya berakhir secara mengejut. Pada hari yang seharusnya menjadi permulaan bahagia, kekasih hatinya, Nazir, memilih untuk menikahi sahabat baiknya sendiri, Yasmin. Pengkhianatan yang menggoncang hati itu memaksa Hania membawa diri ke Selangor, dalam usaha melupakan luka lama dan membuka lembaran baharu. Takdir mempertemukannya dengan seorang pegawai polis, Inspektor Fahri, yang bukan sahaja berwibawa dalam menjalankan tugas, malah memiliki keperibadian yang menyentuh hati. Namun, dalam hal perasaan, Fahri tidak setegas dirinya sewaktu menggempur jenayah. Ada getar malu dan ragu-ragu yang menahan langkahnya untuk mendekati Cikgu Hania. Maka bermulalah kisah cinta yang tumbuh perl...