Filem SUCI DALAM DEBU lakonan Sidi Oraza dan Julia Rais, karya popular Iklim diangkat ke layar perak
Filem 'Suci Dalam Debu' merupakan antara filem dengan penampilan kumpulan muzik tanah air selain filem Fenomena dan Isabella. Ia penampilan istimewa Saleem dan kumpulan Iklim dalam gandingan bersama Sidi Oraza, Julia Rais, Imuda, Khairil Anwar, Aziz Satar, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Lagu 'Gerhana Cinta Luka' amat memberi kesan dalam filem ini selain lagu 'Suci Dalam Debu'. Inilah julung-julung kalinya filem yang memperlihatkan Saleem dan iklim di layar perak. Filem arahan Zulkifli M. Osman ini diterbitkan pada tahun 1992.
Filem ini mengisahkan Roy, anak orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Anak perempuan Tengku Aziz, Rina pula ditunangkan dengan Tengku Johan. Tengku Aziz mengambil Tengku Johan sebagai pengarah eksekutif syarikatnya. Roy melihat Rina berselisih faham dengan Tengku Johan. Rina memerhatikannya dan dia sering ke kelab untuk mengenali Roy. Tengku Johan mendapat tahu tentang hubungan tunangnya dengan Roy. Dia memberitahu Tengku Aziz dan mendesaknya untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka. Tengku Johan meletakkan taruhan RM 5000 untuk melihat apakah Roy boleh memenangi Rina dalam sebulan namun Rina tidak suka dipergunakan sebegitu.
Lagu-lagu yang ditampilkan dalam filem ini ialah Hakikat Sebuah Cinta ciptaan Azam dan Zur Ain, Sandiwara Cinta Semusim ciptaan Syed Amran dan Wan Zul, Suci Dalam Debu ciptaan Wan Zul dan S. Amin Shahab serta Bujang Kota ciptaan Mohalim.
Comments
Post a Comment