9 Sebab Kenapa MAHAGURU ialah filem Z Lokman yang terhebat

Alright. Setelah masa aku terbuang sebanyak 46sec nonton teaser Mahaguru, semalam aku tekad nak "korban"kan 2 jam (1 jam 30 minit untuk filem dan 30 minit jarak rumah aku dari Kuching ke Kota Samarahan) dan duit tiket RM13 semata2 nak tonton filem Mahaguru.

Kata orang tak kenal tak cinta, mungkin teaser hampeh, cerita kita tak tau lagi. Akhirnyaa.. secara simple pendapat aku utk filem ni.

1. Aura filem zaman 70an, 80an masih kuat. dari segi sound yang kedap bila part dialog, acting, music.

2. Sorry to say, lakonan barisan pelakon 'kayu'. Big applause to Mie Raja Lawak. rasanya watak dia paling menyerlah dgn lakonan yg bersahaja . Boleh dkatakan penyelamat filem ni.

3. Bila part plakon nak buat lawak tu aku tak sampai hati tgok. Sebab tak lawak. punchline takda.. sampai aku kat panggung tu tutup muka tgok. Even gelap dan cuma aku sorang je tgok. Okeh. Pertama kalinya aku tengok wayang time malam cuma aku sorang je dalam panggung

4. Plot cerita tunggang terbalik. Jalan crita klise.

5. Tapi.... dari sudut islamik, filem ini sukses.

6. Konsep filem ni bagus, cuma cadangan aku if filem ni ada remake dr pengarah lain dgn izin Z Lokman ; inshaa Allah filem ni dpat prgi jaoh.

7. Bagi aku tujuan filem ni utk mengetengahkan seni silat ini tidaklah gagal. cuma belom berjaya. lebih kepada babak2 yang tak penting. babak mengorat lah, babak curi handbag lah. yess betol memang kta dpat lihat banyak aksi pencak dlm filem ni, tapi bg aku masih belom menonjol. final fight memang boring.
jurus yg pelek2 nama tu aku tak tahu wujud ke tak, lang buana ap ntah; sbb aku bkn pesilat.

8. Ending credit filem ni memang takda ke? Cuma penghargaan terima kasih. rupa macam buat pakai slideshow jer.

9. Poster?? no komen. nxt time hire designer yg betol2 pakar. no wonder poster Mahaguru tak dipapar luar panggung

sekian saja komen ringkas dr saya

Satu lagi, walauoun filem ni di ambang gagal, tapi oleh sebab mesej yang bagus, filem ini lebeh baik dari Momok Jangan Cari Pasal.Mati2 aku ingat Qi Razali pakai tudung.

*gurau jer

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Kim Seri Mohon Maaf Secara Langsung di TikTok, Akui Kesilapan dan Rayu Peluang Kedua

Lelaki Pikat Doktor, Tapi Terlopong Kena Hantaran RM30,000!

Liku-liku Hidup Fazura dan Kisah Perceraiannya Ibarat Lagu Band Korn

Anas Zuhrin: Individu Mulia Bantu Rozita Che Wan Selesaikan Hutang