Ulasan Filem Mat Kilau - MOVIE ADDICT MY Facebook Group

Kekurangan:
1. Aspek teknikal macam colour grading yang tidak begitu memukau dan nampak seperti tiada pengalaman buat filem (Dimaafkan kerana bajet), cuma nak habaq yg zaman sekarang ni byk software free untuk colour grading yang cun.
2. Action directing tak padu sangat, nampak macam Syamsul 100% guna style KL Gangster, ditambah dengan sound effect yang melebih-lebih. Cameraworks untuk action tak smooth dan banyak cut scene. Boleh belajar byk lagi dari style Hong Kong movies punya cameraworks fight scene.

Kekuatan:
1. Lakonan yg padu dari Adi Putra, Beto (Of course la) and Fattah Amin. Fattah Amin 100% berjaya keluar dari zone Mat Jambu dia sebelum ni dan transform diri sebagai hero yang power.
2. Skrip dan Dialog yang boleh buat korang rasa nak berperang lawan penjajah, hahahha. Walaupun ada certain dialogue yg agak cringe but its ok sebab penceritaan tu sampai.
3. Jalan cerita yang penuh propaganda (In a very great way). Sbb dari alur cerita, korg boleh nampak betapa bangsatnya penjajah dan perbuatan dorg pada masyarakat tempatan. Ini adalah filem propaganda yang sangat bagus dan boleh menaikkan jati diri anak bangsa. Syabas!!!
4. Skrip dia jugak byk mengkritik masyarakat dan kita kena ambik sbg wake up call supaya perkara mcm ni tak berulang lagi di masa depan.

Filem ni jugak menggabungkan unsur Islamik yg tinggi dengan byk kata2 semangat berkisar perjuangan Nabi dan org2 Muslim seluruh dunia. Overall filem Mat Kilau adalah filem yang berjaya membakar jati diri kita untuk jadi bangsa yang lebih baik.

Overall rating 8/10


Ulasan oleh Hakim Luqman dari group Movie Addict MY. Pautan asal: https://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/permalink/976540553013440/

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Ulasan filem LILO & STITCH (2025) jika diulas oleh Janna Nick

Aku, Jejaka Melayu Biasa, Bercinta Dengan Seorang Perempuan Nama Billie… (Yang Rupa-Rupanya Billie Eilish)

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah