Filem MAEL TOTEY THE MOVIE lakonan Yoe Parey dan Asif Suhaimi cipta rekod kutipan tertinggi Astro First, RM700 ribu di hari pertama

ALLAHUAKBAR pecah rekod di Astro First! Ya, ini rezeki untuk kami team Syahmi Sazli Production. Terima kasih Allah, terima kasih penyokong kami yg sangat berkualiti!!!! Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480. Teruskan memecah rekod!! 😭😭

Kutipan tertinggi dlm sejarah Astro First untuk hari pertama tayangan😭❤️ Mi doakan semua yg menyokong usaha mi & team, korang dimurahkan rezeki. Maaf kalau ada kekurangan kami🙏🙏 Teruskan melanggan Mael Totey The Movie di Astro First saluran 480.

Begitulah tulisan pengarah muda, Syahmi Sazli selepas filem debut arahannya, Mael Totey The Movie yang telah mula ditayangkan di platform Astro First berjaya mengutip hampir RM700 ribu pada hari pertama tayangan sekaligus mencipta rekod terbaru bagi saluran Astro First. Walau dikrtitik sebagai filem sampah oleh beberapa pengulas filem acah-acah yang baru muncul yang hanya menilai melalui trailer, ia tidak menafikan filem ini dari mendapat sambutan yang hangat. 



Filem Mael Totey The Movie yang mula tayangan dua hari lalu mengangkat watak-watak dalam drama pendek yang menjadi sensasi ramai di laman YouTube milik Syahmi.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Mael Totey adalah Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Anissa Faizul serta dua bintang utama Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli mencetuskan fenomena baharu di Malaysia meskipun baru berusia 25 tahun dengan mesej-mesej yang disampaikan dalam bentuk drama disertai dengan selingan-selingan telatah Yeo dan Asif yang menghiburkan.


Tonton juga penampilan Syahmi, Asif dan Yoe dalam telemovie Salam Dari Syurga:



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tonton Two Sisters atau wang dikembalikan jika penonton tak berpuas hati

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan

Black Mirror: Bandersnatch (No Spoiler Review)

BEKAS PEMAIN DRAM SLIPKNOT MENINGGAL DUNIA

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...

Kartunis Aie (Blues Untuk Aku) meninggal dunia [TAKZIAH]