SYAHADAH TERAKHIR lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim. Pengajaran dari telefilem arahan Jinggo.

Slot Cerekarama TV3 telah menayangkan telefilem Syahadah Terakhir. 

Telefilem arahan Azman Haji Yahya ini menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Harun Hashim dan Erry Putra. Berdasarkan cerita asal oleh Hani Maryam, ia sebuah lagi terbitan  JS Pictures yang sebelum ini telah menerbitkan telefilem Aku Nazmi. 

Syahadah Terakhir mengisahkan tentang Pak Yusuf yang menyayangi anak-anaknya Razlan dan Rafidah bagai menatang minyak yang penuh sehingga mereka berjaya. Konflik bermula selepas isterinya meninggal dunia.

Pengajaran dari telefilem Syahadah Terakhir

Percayalah tidak rugi untuk kita jaga mak dan ayah kita jika mereka dah kehilangan teman hidupnya. Anak-anaklah sebagai pengganti untuk mereka menumpang kasih. Insya Allah segala urusan dipermudahkan jika keikhlasan rasa dihati. Mak dan ayah sendiri atau mertua tak perlu kita bezakan, fahamilah hati mereka kerana mereka dah terbiasa dengan cara hidup mereka maka untuk mereka mengikut cara kita memang agak payah. Layani dan santunilah mereka seikhlas hati selagi ianya tidak menyalahi hukum Allah.

Sebagai seorang anak dan sebagai hamba Allah, kita selalu meletakkan segala hal isi didunia di hadapan dgn seribu alasan sehinggalah kita kehilangan seseorang yang memberi kita kehidupan. Seseorang yang tak pernah mengeluh mencari rezeki berpanas berhujan untuk membesarkan memberikan pendidikan, nasihat dan semangat dalam kita mengharungi hidup di dunia ini. Mungkin pada masa ini kita sihat tubuh badan diberikan kelangsungan hidup sehinggalah kita akan menghadapinya sendiri dan pada masa itu kekesalan sudah tidak berguna lagi.

Bagi yang telah menonton, apa pandangan anda? Sila campak di ruangan komen.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor