JUSTIFY YOUR SHITTY TASTE: MENDAM BERAHI (2002) arahan Z Lokman
Pengalaman berlakon filem Mendam Berahi menurut Dato' Eizlan Yusof (terkini beliau berlakon dalam filem Paskal):
Selama hampir dua tahun aku 'tumbang' akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat inilah hampir sebahagian besar daripada artis-artis tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai-gerai makan* (laku jugalah jualan aku tengok). Aku buka jugalah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak buka kedai makan (di Kampung Baru, depan International Hotel).
Aku bernasib baik sebab ada juga job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugalah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor-doktor dan shooting di Ipoh Specialist Centre, Perak).
Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang kesembilan dengan Metrowealth Movies Productions di bawah arahan Z Lokman dan pada asalnya aku ada enam babak aje tetapi entah macam mana, watak aku telah dikembangkan sehinggalah ke 44 babak (dah kira aku hero filem inilah).
Kali pertama dalam hidup, masa shooting di Filipina, kami telah diberikan senjata yang real untuk digunakan di dalam filem tersebut (tapi guna peluru kapurlah), punyalah gempak dan terasa macho jugalah pada masa tu. Adalah dalam 20-30 butir peluru betul aku gunakan tapi kena tembak ke arah lautlah, hehehe.
Bestnya filem ni sebab melibatkan adegan tembak menembak yang sememangnya real (guna peluru kapur), dibintangi oleh pelakon-pelakon dari Indonesia dan Filipina dan juga 'kreativiti' pengarahnya, Z Lokman yang adakalanya melucukan aku (tak boleh nak cerita dengan lebih detail kenapa, sorry ok dan sesiapa yang pernah bekerja dengan beliau, pasti akan tahu maksud aku ni, hehehe).
Lokasi penggambaran : Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Filipina.
* Era artis tempatan membuka gerai makan lewat 90'an akibat kegawatan ekonomi dikenali sebagai 'celebrity corner'.
Comments
Post a Comment