Ulasan Filem: Don Dukun (2024)

Don Dukun merupakan filem terbaru yang menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Ropie dengan chemistry yang mantap, terutama menjelang plot twist di akhir filem. Waktu tayangan bersempena perayaan Deepavali juga tepat, menampilkan kisah harmonis yang melibatkan tiga bangsa utama Malaysia, menyerlahkan semangat perpaduan.

Dari sudut sinematik, Don Dukun memukau dengan visual yang ceria dan pelbagai sudut kamera, menghidupkan suasana filem ini dengan sentuhan yang mengingatkan kepada filem 3 Janda Melawan Dunia. Kesan bunyi dan muzik latar (BGM) turut memberi impak, membuatkan penonton merasakan seolah-olah menonton sebuah filem fantasi.

Namun, jalan ceritanya agak mudah dijangka dan klise, lebih sesuai untuk tontonan televisyen. Dari aspek komedi pula, filem ini kurang berjaya membuat penonton ketawa besar. Humor yang cuba disampaikan berasa agak dipaksa, dan terdapat unsur drama di pertengahan filem yang agak janggal dalam filem komedi.


Kehadiran Ropie bagaimanapun berjaya menyelamatkan sedikit suasana dengan lawaknya yang mencuit hati, walaupun kebanyakan penonton kelihatan kurang memahami jenakanya. Douglas Lim, yang turut membintangi filem ini, gagal menghidupkan elemen komedi, menjadikan dewan tayangan sunyi sepanjang filem, satu situasi yang agak pelik untuk genre komedi.

Adakah filem ini bakal ada sekuel? Jika ya, elemen komedi perlu disuntik dengan lebih banyak dan natural. Secara keseluruhan, walaupun ulasan ini mungkin kedengaran kritikal, saya masih menyarankan tontonan sebagai sokongan kepada karya tempatan. Don Dukun menampilkan nilai produksi yang baik, meskipun tidak banyak adegan yang benar-benar mencuit hati.

Penilaian peribadi: 6/10

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Aku Bukan Ustazah 2 Episod Akhir: Bukan Semua Yang Patah Perlu Disambung

Ben Ladin Minta Maaf dan Buka Mulut Berkenaan Isu Kahwin

“Safwan Ehh Afnan” Bakal PM11? Janji Tiada Tarif, Hidup Makmur Menanti?

Ulasan SAAT HILANG CINTAMU (Slot Cerekarama Ramadan TV3)