Famili Duo Musim 4 Kekal Rancangan Realiti Nyanyian Dominasi TV dan Digital


Program realiti nyanyian keluarga, Famili Duo Musim 4, mencatat kejayaan besar apabila mencapai tontonan 4.3 juta penonton (sumber: AC Nielsen), menjadikannya rancangan slot Ahad paling popular di TV3. Program ini turut mencatat lonjakan 71.6% dalam rating TV dan platform digital Tonton, membuktikan daya tarikannya dalam kalangan penonton tradisional dan digital.

Mengikut laporan Meltwater 2024, Famili Duo Musim 4 berjaya mencipta jangkauan media sosial sebanyak 3.8 bilion, hasil interaksi aktif dan perbincangan tular, termasuk isu pasangan misteri Naqiu serta kehilangan duo Didi Astillah dan Thamiera.


Pada pentas akhir yang berlangsung pada 15 Disember 2024, Shiha Zikir dan Ieda Zikir dinobatkan juara dengan persembahan memukau, termasuk lagu Dokter Cinta dan Mentera Semerah Padi yang mendapat markah sempurna daripada juri. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi juara. Naib juara disandang Ayie Elham dan Salma Asis, manakala Tomok dan Sharul Kamal di tempat ketiga.

Persembahan istimewa turut diserikan oleh Mas Idayu dengan single baharunya Harum Mekar Di Hati, menjadikan malam penutup Famili Duo Musim 4 penuh gemilang.

Disokong oleh Perfume Paradise dan Marigold HL sebagai penaja, rancangan ini terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di platform media sosial rasmi TV3.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Ulasan filem LILO & STITCH (2025) jika diulas oleh Janna Nick

Aku, Jejaka Melayu Biasa, Bercinta Dengan Seorang Perempuan Nama Billie… (Yang Rupa-Rupanya Billie Eilish)

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah