Elliza Razak Kembali dengan Single Baharu, "URAI"


Petaling Jaya, 29 Disember 2024 – Penyanyi versatil Elliza Razak melancarkan single terbaharunya bertajuk URAI, sebuah balada penuh emosi hasil kerjasama bersama Alternate Records. Lagu ini menampilkan gandingan mantap tiga komposer terkenal, Iqie Hugh, Omar K, dan Shazriq Azeman, dengan melodi yang menyentuh jiwa serta lirik puitis  mengenai cinta yang terlerai.

Elliza, yang memulakan kerjaya seni sejak 2005, terus memukau peminat sebagai artis serba boleh dalam nyanyian, lakonan, dan dunia suara latar. Dalam URAI, beliau meneroka tema kehilangan dan keperitan menerima kenyataan, dengan cabaran menyampaikan emosi mendalam tanpa mengorbankan keaslian vokalnya.

Lagu ini turut dipilih sebagai runut bunyi (OST) drama Akasia Akad Yang Terlindung yang akan bersiaran di TV3 mulai 14 Januari 2025. Elliza berharap URAI dapat menyentuh hati pendengar dengan mesej dan melodinya.

URAI kini boleh dinikmati di platform penstriman seperti Spotify, iTunes, dan YouTube Music. Untuk maklumat lanjut, ikuti Alternate Records di media sosial.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Drama bersiri Cukup Derita itu bakal disambung untuk musim kedua, Jasmin Hamid muat naik hantaran di Instagram.