Barisan Artis Running Man Bakal "Berlari" ke Kuala Lumpur Februari 2025


Kuala Lumpur: Barisan artis popular Korea Selatan daripada rancangan hiburan Running Man akan hadir ke Malaysia untuk acara RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR pada 15 Februari 2025. Acara ini dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment dan akan berlangsung di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC). Acara ini menampilkan Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo, dan Yang Se Chan.

Kunjungan ini amat dinantikan oleh peminat Malaysia selepas kali terakhir mereka hadir pada tahun 2017. Lebih istimewa, ini adalah lawatan pertama Yu Jae Seok dan Yang Se Chan ke Malaysia, memberi peluang kepada peminat untuk bertemu mereka secara langsung.

Running Man, yang telah bersiaran sejak 2010, merupakan salah satu rancangan TV Korea Selatan paling popular dengan lebih 14 tahun di udara dan lebih 732 episod. Program ini terkenal dengan permainan kreatif serta gelagat lucu para peserta, menjadikannya ikon hiburan di Asia.

Tiket acara ini dijual pada harga RM288 hingga RM958 dan boleh dibeli mulai 26 Disember 2024 melalui laman web my.bookmyshow.com dan TOYM. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan istimewa artis Running Man di Kuala Lumpur!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Wany Hasrita Akan Kahwin, Tak Ada Hal Tapi Calonnya Kena Baiklah...

Restu: iQIYI & Infinitus Entertainment Anjur Tayangan Perdana Siri Original Tempat Asal Pasca-Raya

Filem Armageddon::Ben Affleck Tanya Soalan Logik, Michael Bay Beri Jawapan Mengejutkan

Para pelakon filem Gila Gila Remaja bertemu semula selepas 35 tahun! Lejen beb!

Di manakan pelakon Sidi Oraza (Sayang Salmah/Layar Lara) sekarang?