BERBAHAGI SUAMI - Drama Bersiri Konflik rumahtangga dan rahsia masa silam

Drama bersiri terbaru, Berbagi Suami, kini mencuri perhatian penonton dengan jalan cerita penuh konflik yang menyentuh isu kehidupan berumahtangga. Kisah ini mengisahkan pergolakan rumahtangga Dhani (lakonan Amar Baharin) dan Bella (lakonan Elizad Sharifuddin) apabila Dhani memperkenalkan Aishah (lakonan Sharifah Husna) sebagai isteri keduanya.

Walaupun niat Dhani untuk mengahwini Aishah adalah atas dasar membalas budi, kehadiran Aishah membuka lembaran rahsia masa silam yang mengaitkannya dengan Bella. Konflik demi konflik menyelubungi ketiga-tiga watak utama, menjadikan drama ini penuh dengan emosi, kejutan, dan persoalan tentang nilai kasih sayang dan pengorbanan.


Ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat
Drama arahan Uchee Fukada ini ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang di Astro Prima dan juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan sooka. Barisan pelakon lain yang turut memeriahkan drama ini termasuk Amy Mastura, Amy Leaa Azizan, Ezu Hashim, dan Zarif Gha.

Bagi peminat hiburan tanpa kontrak, sooka menawarkan pakej strim serendah RM13.90 sebulan, membolehkan anda menikmati drama ini di mana-mana dan bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Astro, lawati laman web rasmi di astro.com.my.

Berbagi Suami adalah terbitan Radius One dengan kerjasama produksi Bam Bam Studios. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama yang penuh emosi ini, sesuai untuk tontonan bersama keluarga.



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Bagaimana Pat Smear Menyertai Nirvana?

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Ejen Ali Melangkah Ke Pentas Menerusi ‘Ejen Ali In Concert’

Ulasan Drama Bersiri VIU: Bidaah (Episod 1)

Drama Bersiri: MAIN API lakonan Luna Maya (WeTV Original) dalam Lensa Budaya dan Adab Nusantara