xikers Bakal Gegar Kuala Lumpur dengan Konsert Pertama di Malaysia


KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 – Kumpulan K-pop popular, xikers, akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 19 Januari 2025 (Ahad), jam 8.00 malam di JioSpace, sempena siri jelajah dunia 2025 xikers WORLD TOUR TRICKY HOUSE: FIRST ENCOUNTER.

Sejak debut pada 30 Mac 2023, xikers telah mencipta nama sebagai “monster rookies” dengan kejayaan EP pertama mereka, HOUSE OF TRICKY: Doorbell Ringing, yang tersenarai dalam carta Billboard. EP kedua mereka, HOUSE OF TRICKY: HOW TO PLAY, terus memecahkan rekod jualan dan mengukuhkan kedudukan mereka di pentas global.



Konsert ini akan menyajikan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit xikers. Tiket mula dijual pada 26 Disember 2024, jam 11.00 pagi di https://my.bookmyshow.com/e/XIKERSMY dengan harga:

  • RM696 (SVIP)
  • RM596 (VIP)
  • RM296 (GA).

Peminat juga berpeluang menikmati Fan Benefits seperti akses raptai, sesi hi-touch, dan hadiah eksklusif. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook dan Instagram @boxliveasia.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi luar biasa xikers di Malaysia!

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Ulasan Filem Spider-Man: Brand New Day - Hikayat Layar Gelap dan Gempak

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!