Filem 3 A.M. lakonan Norman Hakim dan Dato' Jalaludin Hassan
FILEM 3AM arahan Azlan Sharil yang akan ditayangkan di pawagam tanah air pada 6 Disember 2018 bakal menjadi pengalaman dan kepuasan kepada para penonton.
Filem ini berdasarkan suatu kisah benar yang pernah berlaku di Pahang, 15 tahun yg lalu dimana satu keluarga telah dibunuh dengan kejam di dalam sebuah rumah. Kejadian ini tidak mendapat liputan luas di media atas sebab-sebab tertentu dan tiada sesiapa yang tahu mengenai perkembangan kes ini. Selepas insiden itu, tiada sesiapa yang menghuni rumah tersebut dan ianya menjadi kawasan terbiar. Manakala penduduk sekitar kawasan itu selalu terdengar bunyi yang aneh dan seperti laungan dan jeritan yang ngeri hampir setiap malam di perkarangan rumah itu.
Dan kini....Sekumpulan remaja yang membuat keputusan untuk mengkaji sendiri misteri yang tersirat didalam rumah tersebut, serta cuba mendapatkan jawapan sebenar bagi segala insiden yang seram sepertimana diceritakan oleh penduduk sekeliling...
Filem ini akan menceritakan tentang bagaimana mereka berjaya atau sebaliknya membongkar kisah misteri dirumah itu.
Menurut pengarah, salah satu keunikan filem ini adalah unsur seram yang akan menarik perhatian penonton dengan penuh rasa teruja. Setiap adegan dipenuhi dengan tanda tanya dan penonton akan sentiasa berdebar untuk menantikan apa yang akan berlaku seterusnya... Beliau turut mendedahkan bagaimana beliau and krew terpaksa mengharungi detik-detik cemas sepanjang sesi pengambaran di rumah tersebut apabila terdapat ‘gangguan‘ dan juga visual aneh dan lembaga yang sempat dirakam. Masalah-masalah seperti ini telah menyebabkan tempoh pengambaran terlewat dari jangkaan asal iaitu tempoh 6 bulan telah diambil hanya untuk aktiviti produksi. Tumpuan utama filem ini adalah rumah itu sendiri dan pengarah membuat keputusan untuk tidak mendedahkannya dalam sebarang aktivity promo supaya penonton disajikan dengan elemen suspen ketika menonton filem itu sendiri. Tambahan pula, kehadiran pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Norman Hakim meningkatkan lagi jangkaan filem ‘3am’ ini. Pengarah juga turut berkongsi akan komen yang diutarakan oleh Lembaga Penapisan Filem apabila mereka memberikan maklum balas positif untuk filem ini.
Filem ini menjanjikan sebuah pengalaman yang baru pada bakal penonton dan pengarah yakin filem ini mampu meninggalkan pengalaman yang tidak mudah dilupakan sekaligus mampu menjadi pelopor untuk generasi akan datang untuk melahirkan filem seram seperti ‘3am’...
#Siapatu3am😈
Too excited
ReplyDeletewow!!
ReplyDelete