King Coco Kini Janda

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mengesahkan di Instagram bahawa beliau sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor. King Coco enggan berkongsi lanjut tarikh perceraian mereka. Ini sekaligus menjadikan dirinya seorang janda. Muda-muda lagi dah jadi janda. 

"Saya dah lama dah, no longer married. Saya pun dah lama habis edah, sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami,” katanya dalam pelat Melayu rojak mat saleh. King Coco sebenarnya tak mahu berkongsi tentang hal peribadi kepada umum tetapi terpaksa berbuat demikian untuk menghentikan sebarang spekulasi liar.

King Coco dan Azrin Anas bernikah pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua anak bernama Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Menurut laporan Kosmo Online, selain terkenal dengan gaya percakapan ala mat salih, King Coco mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai perampas suami orang. Rujuk pautan di sini.

Rata-rata netizen merasa menyampah dan meluat dan muak termuntoh apabila berita King Coco muncul semula. Salah satu komen berbunyi "tak payahlah panggil dia king. King Kong tak apa."



Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem SELAMAT HARI X JADI (2021) lakonan Janna Nick jika diulas oleh Janna Nick sendiri

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Ulasan Filem Mat Kilau - MOVIE ADDICT MY Facebook Group

Kedai 2 Ringgit Eco-Shop Perkenal Eco-Bakery, Kedai Menjual Makanan Roti

Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

Langkah Mudah Mendapatkan e-Wallet RM50 dari Aplikasi MySejahtera