Solidariti buat Nabila Razali yang digodam akaun YouTube
Agak sayang juga kerana ada video YouTube Nabila yang pernah viral.
10 sebab kenapa video muzik NABILA RAZALI & MK K-CLIQUE: PELUANG KEDUA boleh viral 2 juta dalam masa 2 hari?
1. Video muzik dia mendalam. Dramatik. Tengok la sendiri.
2. Lagunya menarik generasi baru dan golongan BBNU. Kalau umur lepas 40, memang tak boleh masuk. peduli apa, golongan atas 40 masih beli kaset.
3. Lagu asalnya sudah diterima ramai. Views pun dah 3.3 juta. Bila masuk rapping MK, ia membentuk hype.
4. K-Cluque ni senang mengumpan troll. Apa saja yang berkait dengan MK atau K Clique, confirm panas.
5. K-Clique group yang pentingkan market over arts. Mereka berjaya dengan formula tu sebab kalau mereka buat sebaliknya, mereka akan stay underrated walaupun nama besar.
6. Satu langkah marketing yang bijak oleh Nabila Razali. MK ni paling diminati dalam K Clique. MK lebih jambu. MK boleh crossover promote lagu ni ke peminat MK. Baru berapa jam saja lagu ni, dah berpuluh ribu view.
7. Kedua-dua artis tengah ada follower yang ramai, maka label take advantage. Demand ada, profit pun dapat. Market sekarang memang begini, kutuk tak sedap pun, follower kata best. Radio pun keep rotate lagu ni.
8. Cari makan, career atau hobi, terer tak terer, tu lain cerita. Yakin kena ada kalau nak survive industry muzik tempatan. Baik dalam music video, sedap tak sedap itu biar diri sendiri judge, janji duit poket tebal.
9. Numbers don't lie, ada orang suka cash flow, ada org suka rap flow, bukan aku yang cakap, tapi Aman Ra yang cakap.
10. Ini lah trap rap yang tengah trend di mana catchy itu lebih penting dari rhythm.
Bagaimanapun, muzik ni bisnes juga akhirnya...
Comments
Post a Comment