Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen

Penyanyi terkenal, Anuar Zain, menjadi perhatian netizen di media sosial apabila tular video beliau menyertai jemaah tabligh bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor.

Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria.

Bukan sahaja kelibat beliau yang menarik perhatian netizen, malah jag teh tarik berwarna biru yang dituangnya turut menarik perhatian. 


Ini reaksi para netizen selepas melihat video beliau yang dikongsikan oleh Mohd Nazri Ahmad:

"Jag biru lambang pembangunan negara. Anuar zain dulu encem." - Senapang dan Mawar

"Cemburu dengan perubahan mereka. Bilalah diri ini boleh turut serta dalam jemaah?" - Mohd Zukrini

"Bagus Anuar Zain ni, pernah nampak dia kat kedai makan kat Subang ni, masuk waktu Maghrib terus je solat Maghrib." - Saifullah Jalil

"Cemburu Allah pilih dia. Kita ni masih macam ni tak berubah. Terus berdoa dan bersangka baik dengan Allah." - Hamzah Hamdan




Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Penantian Bakal Berakhir: Syamsul Yusof Selesai Suntingan 'OG' & 'Khawarij' Hujung Tahun Ini

Ulasan Drama Bersiri VIU: Bidaah (Episod 1)

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Bagaimana Pat Smear Menyertai Nirvana?

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Hannah Delisha Keguguran, Tabah Mengharungi Ujian Kehilangan dengan Semangat Ramadan