Ulasan filem: Star Wars: The Force Awakens
(Mengandungi SPOILER)
Saya sempat menonton TFA di panggung J.a.D semalam. Bagi yang tidak akrab dengan Star Wars, filem opera angkasa epik ini mengisahkan pengambaraan watak utamanya, Jar Jar Binks, dalam menjadi Jedi terbaik di seluruh angkasa raya dan juga bagaimana setelah itu berlakunya transisi dirinya ke arah The Dark Side.
Dalam TFA, Jar Jar Binks kembali dengan lebih gah di mana (SPOILER) dia adalah identiti sebenar di sebalik topeng Kylo Ren. Pendedahan ini betul-betul mengejutkan saya. Asalnya saya ingatkan Kamarul Baharin. Penonton pasti akan teruja apabila menonton babak-babak yang melibatkan Jar Jar Binks. Salah satu babak yang paling saya suka adalah (SPOILER) sewaktu Jar Jar Binks memperlihatkan suara sebenarnya kepada helmet Darth Vader: "Mesa called Jar Jar Binks. Mesa will finish what you started."
Saya bagi 5/7 bintang.
SINOPSIS: Filem aksi mengembara dan fantasi ini diadaptasi dari buku popular yang ditulis oleh penulis buku siri Star Wars yang tidak asing lagi, George Lucas (Buku? Ini kan memang dari filemnya. Ni saya copy paste dari Cinema Online. Tolong pecat dia sekarang. Pemalas betul nak tulis sinopsis. Gaji nak. Tiket free nak. Pffft!). Kisah pengembaraan saga kembali menemui peminat siri filem ini yang dibintangi oleh Harrison Ford, Mark Hamill, Carrie Fisher dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh J.J Abrams dan ditulis oleh Lawrence Kasdan.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Disember 2015
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 16 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES MALAYSIA
Pelakon: John Boyega, Daisy Ridley, AdamDriver, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson, Max von Sydow, Lupita Nyong'o, Harrison Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill, Gwendoline Christie, Anthony Daniels, Peter Mayhew, Kenny Baker
Pengarah: J. J. Abrams
Comments
Post a Comment