Konsert Hael Husaini & Repertoire: suara, seni & slay dalam satu malam!

Konsert Hael Husaini & Repertoire ni confirm bukan setakat nyanyi-nyanyi pastu balik. Ini malam penuh seni, penuh jiwa, dan full of surprises — yang bakal meletop kat Zepp Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025.

Hael Husaini – ikon suara emas, komposer legend, fashionista global – finally tampil dengan konsert solo PERTAMA yang akan gabungkan muzik, sinematografi, fesyen dan ekspresi emosi secara all-out.


Dari zaman “Jampi” yang menobatkan dia Juara AJL dua kali berturut-turut, sampai jadi komposer untuk “Anta Permana” nyanyian TokTi yang masuk playlist rasmi King Charles di Apple Music – Hael buktikan dia bukan calang-calang. Dia bukan sekadar penyanyi, tapi a true visionary.

Tahun lepas, Hael gegarkan dunia fesyen bila jadi artis Malaysia pertama jejak pentas utama Milan & Paris Fashion Week – bawa jenama macam Dolce & Gabbana, Kenzo, Zegna & Amiri. Siapa sangka? Dari pentas muzik ke catwalk antarabangsa – dia buat semua dengan kelas dan gaya tersendiri.


Konsert ni pulak? Bukan sekadar lagu-lagu biasa. Ada aransemen baharu, segmen peragaan fesyen eksklusif, dan gabungan 4 artis hebat – Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Nadeera & Nabila Razali. Confirm vibe dia macam filem muzikal live.

Tiket? Jangan tunggu sold out
Platinum RM258 (dapat poster bertandatangan)
Gold RM168 | Silver RM148 | Bronze RM120
VIP Box RM588 (untuk 10 orang) – ada Meet & Greet, merchandise, minuman, laluan khas & akses eksklusif
Beli kat: ticket2u.com.my

Simpan tarikh 8 Ogos 2025 tu baik-baik. Jangan jadi penonton dari IG story orang lain.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Ulasan Filem Spider-Man: Brand New Day - Hikayat Layar Gelap dan Gempak

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!