Drama Senyawa (IQIYI) Bila Desak Nak Anak Sampai Langgar Batas, Ai Nangis Okay

Ai baru habis binge tengok Senyawa kat iQIYI. Dan ai kena cakap: this one bukan tipikal drama Melayu nangis pukul 7 malam. Ini drama yang betul-betul menampar kita dengan realiti.


Kisah dia start dengan Zabrina (Trisha Ooi), boss lady empayar klinik aesthetic. Tapi dia simpan luka dalam — pernah gugur empat kali, rahim lemah, tak boleh mengandung. Suami dia, Iskandar (Shahz Jaszle), steady setia. Tapi mak mentua dia, Datin Asmida (Datin Nina Juren), pressure nak cucu macam tengah buat KPI mesyuarat tahunan.

Ai dah jangka konflik akan jadi besar. Tapi bila masuk bab ibu tumpang, ai duduk diam. Sebab ni bukan plot biasa. Ini isu berat, isu nasab. Dalam Islam, benda ni memang haram. Tapi drama ni pandai olah — tak mengajar, tapi menyedarkan.

Masuk watak Lutfiyah (Siti Hariesa), gadis kampung naif tapi misteri. Hidup dia memang sendu — kena tinggal kekasih, hutang rumah, kerja pun tak ada. Dia masuk satu agensi ingatkan nak kerja pembantu rumah. Sekali kena ‘jual’ jadi calon ibu tumpang.

Yang buat ai terkedu — twist dia. Bukan anak tumpang pun. Iskandar sebenarnya kahwin senyap dengan Lutfiyah. Ai pause kejap masa tu. Nafas tersekat. Plot twist dia bukan calang-calang. Sebab rupa-rupanya, Iskandar ada history dengan Lutfiyah. Dosa silam yang dia cuba cover tapi tak pernah padam.

Ai suka cara drama ni tak just main konflik zahir — tapi emosi dalaman semua watak tu betul-betul kuat. Zabrina tu luar nampak boss, tapi dalam dia runtuh. Lutfiyah pulak nampak lembut, tapi menyimpan macam-macam. Iskandar tu… ai tak tahu nak panggil dia hero ke mangsa sistem.

Dan jangan lupa — Datin Nina Juren sentiasa A-game. Dialog dia, gaya dia, semua buat ai teringat watak mak mertua zaman drama Badai Semalam. Pure classic.

Apa yang ai suka:

  • Isu berani, tapi disampaikan dengan sopan dan sedar diri

  • Sinematografi lawa, tak over, cukup untuk buat kita rasa

  • Lakonan mantap. Especially Hariesa. Dia bawa karakter Lutfiyah dengan natural sangat

Apa yang ai rasa sendu sikit:

  • Iskandar tu kadang macam buffer tengah loading.

  • Part awal slow sikit, tapi worth it lepas episod pertengahan

Kesimpulan ai: Drama ni bagi kita refleksi. Bila terdesak, kita sanggup buat apa saja. Tapi agama ada garis panduan. Jangan sampai terlalu nak anak, sampai kita hilang arah.

Matlamat tak halalkan cara. Zuriat tu rezeki, bukan lesen langgar hukum.

So untuk yang tengah cari drama penuh emosi, tapi ada isi — ai suggest tengok Senyawa. Bukan sekadar cerita, tapi pengajaran bertopengkan hiburan.

Rating: 4.5/5 Bintang Sayang Ketat Sendat Padat

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Ejen Ali The Movie 2: SATRIA - Ledakan Aksi, Identiti dan Imaginasi Tempatan

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol

Ulasan filem LILO & STITCH (2025) jika diulas oleh Janna Nick

Aku, Jejaka Melayu Biasa, Bercinta Dengan Seorang Perempuan Nama Billie… (Yang Rupa-Rupanya Billie Eilish)

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Ulasan Filem: Babah