The Original Gangster — Syamsul Yusof bakal gegar pawagam lagi?

Lepas Blood Brothers: Bara Naga meletup gila kat panggung hasil tangan Syafiq Yusof, sekarang tiba giliran abangnya pula. Yes, Syamsul Yusof kembali dengan filem aksi penuh gangsterisme — The Original Gangster. Tapi sabar chuolls… filem ni masih dalam fasa akhir post-production dan setakat ni belum ada tarikh tayangan rasmi, belum ada teaser, poster pun belum muncul. Secretive sungguh.


Tapi jangan pandang ringan, barisan pelakon dia power habis:
Shaarnaz Ahmad, Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian (ya, dari The Raid tu!), Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Syamsul sendiri, Soffi Jikan, Nas-T, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, dan Khir Rahman.

Filem ni macam reunion geng pelakon aksi Malaysia level heavyweight. Confirm tak cukup nafas nanti tengok.


Syamsul pun baru-baru ni akui segala kekecohan isu pelakon (termasuk pengguguran Aaron Aziz) dia tanggung sendiri. So kita expect something explosive sebab Syamsul jenis tak buat kerja main-main bila dia all out. Kalau ikut bisik-bisik industri, The Original Gangster ni akan keluar hujung tahun ni.

So buat masa ni, standby popcorn dulu. Bila poster keluar nanti, kita scream sama-sama. Ai dah ready. Chuolls?

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan filem Monkey Man

Ulasan filem HAPPY DEATH DAY oleh Billy Tio

Revisit: Amir & Loqman Pergi Ke Laut – Satira “Ke Laut” yang Terlampau Pintar untuk Zamannya?

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Ulasan Filem Spider-Man: Brand New Day - Hikayat Layar Gelap dan Gempak