Ejen Ali The Movie 2 catat sejarah dengan kutipan RM55.1 juta – animasi No.1 Malaysia!

Status terkini misi: RM55.1 Juta. Yes u heard that right. RM55.1 JUTA kutipan untuk Ejen Ali The Movie 2. Dan lebih 3.5 juta penonton dah serbu pawagam — bukan kaleng-kaleng.


Filem animasi ni officially jadi filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah pawagam Malaysia. Kalau dulu kita proud dengan EATM pertama, yang ni dia pergi jauh lagi.

Tak kisah u minat animasi ke tak, Ejen Ali ni memang game changer untuk industri. Jalan cerita solid, animasi world class, energy dia bukan main. Anak-anak suka, orang dewasa pun terpaku.

So misi belum tamat chuolls. Yang belum tengok — jangan tunggu sampai keluar TV. Yang dah tengok — boleh repeat. Ejen Ali The Movie 2 masih di pawagam sekarang.

Salute animator tempatan. Yang ni memang #sapotlokal tak main-main.

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Ulasan Filem: Dongeng Sang Kancil

Syasya Dolla Kahwin Hari Ini, Tamatkan Spekulasi Pengunduran Dari Dolla

Filem Konspirasi: Ditamatkan Tayangan Selepas Seminggu, Raih Kutipan Lebih RM480 Ribu

Ulasan Filem Spider-Man: Brand New Day - Hikayat Layar Gelap dan Gempak

Tayangan Semula Konspirasi Di Pawagam Bakal Memberikan ‘Nafas Kedua’ Kepada Filem Sensasi Malaysia

Ingat lagi pelakon watak Suziana dalam filem Gila-Gila Remaja? Ini wajah terbaru beliau!