Feby Putri kembali ke Zepp Kuala Lumpur dengan konsert Vol.3: Hitam Putih

Lepas dua tahun berturut Feby Putri buat jiwa kita semua meleleh kat Zepp KL, tahun ni dia datang lagi — kali ketiga okay, bukan main-main.

Mark your calendar: 19 Julai 2025, Sabtu, 8:30 malam, kat Zepp Kuala Lumpur lagi. Venue yang sama, tapi vibe dia confirm lain. Sebab tahun ni Feby bukan datang dengan tangan kosong, dia bawak album baru dia — "Hitam Putih".


Konsert ni dinamakan FEBY PUTRI Vol 3: HITAM PUTIH LIVE IN KUALA LUMPUR. Yang minat lagu-lagu dia dari album “Riuh”, ha jangan risau, dia tetap akan perform lagu-lagu tu. Tapi kali ni dia juga nak bawak warna baru dari karya terbaru dia — yang mungkin lebih matang, lebih dalam, dan lebih meruntun kalbu, gitchu.

Kalau dua show sebelum ni sold out dan buat kita semua tak move on berbulan-bulan, ai rasa tahun ni akan jadi lebih hitam putih — bukan sebab sedih, tapi sebab dia bagi semua warna emosi dalam satu malam.


So kepada yang kata,
“Eh dia datang lagi ke?”
Yes, dia datang lagi.
“Kena pergi ke?”
Yes, kena pergi.
“Ai dah tengok dua kali.”
Takpa chuolls, kali ni lain. Lain macam dia punya sendu.

Tiket boleh didapati di: ilassotickets.com

Jumpa kat Zepp, okay?


Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Bidaah Episode 16: Akhir Alternatif yang Mengejutkan

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

Sikit Punya Gila

Isteri Kantoi Curang Dengan Skandal, Diumpan Belanja Baju di Aeon Mall KB

Akan datang: Filem IMPAK MAKSIMA 2 (2025) arahan Ahmad Idham

Cikgu, Wiring CCTV & WhatsApp: Drama Murahan di Zaman Skrol