Ada yang pernah layan The Handmaid’s Tale?


Series ni menarik juga bagi saya.

Bermula daripada kadar ibu mengandung yang menjadi semakin rendah di dunia, dan akhirnya US bertukar kepada sebuah negara yang terlalu agresif dengan agama demi mendapatkan zuriat iaitu Gilead. US menjadi negara yang berpatah balik kepada zaman dahulu, habis semua pakaian n cara hidup jadi macam zaman masih belum ada teknologi moden. 

Takde handphone, internet semua. Semua orang dikawal oleh tentera di mana-mana sahaja oleh tentera Gilead (the Eyes) supaya tak melanggar undang2 Gilead yang amatlah kejam.

Main character dalam series ni June, seorang ibu atau wanita yang menentang konsep kezaliman Gilead kepada wanita. June menjadi handmaid kepada sebuah pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam cabaran yang dia lalui untuk jumpa anaknya dan lari daripada Gilead. Tension betul setiap episod yang kita tengok. Recommended untuk yang minat psychological thriller.


Boleh tonton di HBO Go. Ada subtitle BM.

Rating: 9/10

Ulasan oleh Muhammad Nur Amirul @ grup Facebook Movie Addict 

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

"Bismillah... ": Hannah Delisha sudah bersedia untuk bertudung sepenuhnya

Peminat Kim Jae-hwan merusuh selepas konsert dibatalkan

Malaysia dalam Thunderbolts: Sekadar Bayangan di Layar Perak?

Alysha Newman Ceriakan Kemenangan dengan Tarian Twerk yang Viral di Olimpik Paris 2024

Hannah Delisha keracunan makanan di hari jadinya yang ke-25

Cadangan Tukar Nama UPM kepada Universiti Pertanian Malaysia Tidak Diperkenan Sultan Selangor