Sinopsis BUDAK TEBING MUSIM 2 di TV3, mulai 18 JUN

Nantikan drama Budak Tebing Musim 2 di slot Lestary TV3 mulai 18 Jun ini. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd.



SINOPSIS

Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.


Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.




DRAMA bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing mendapat perhatian ramai sejak disiarkan.


Dengan rekod 10 juta penonton sepanjang 13 episod bersiaran dalam slot Lestary TV3 tahun lalu, Budak Tebing kini kembali dengan musim terbaharu.


Drama 13 episod ini menyaksikan gandingan semula pelakon utama Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).




Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Pakaian Amelia Henderson Terlalu Seksi, Ini Komen Dari Paksu

Drama Rindu Kasih 2 Menyentuh Isu Keluarga dan Masyarakat

Les Enfants, kumpulan rap/hip hop remaja yang tak didendang hari ini malah tenggelam terus...

Dua Lipa Batal Konsert Jakarta Akibat Isu Keselamatan Pentas, Ingat Konsert Dangdut Koplo Ke?

Ulasan filem Monkey Man

Anuar Zain Sertai Tabligh, Jag Teh Tarik Jadi Tumpuan Netizen