THOR: RAGNAROK (2017) - SAMPAH -

Kalau diingatkan kembali 5 tahun lepas, babak yang sangat memorable dari film The Avengers adalah babak ''Hulk punches Thor''.
Rasanya tipu kalau sesiapa diantara kita tiada yang tergelak besar semasa babak tersebut berlaku? dan dah tentu kita inginkan lagi babak2 seperti itukan? :)

Dalam kebanyakkan film Avengers watak Thor & Hulk banyak diketengahkan sebagai watak lucu.
Tetapi lain pula dengan film stand alone mereka.
Hulk dihasilkan kelihatan dark & dramatic serta diolah lebih mengenai dilema emosi Bruce Banner menghadapi kemunculan Hulk dalam dirinya.
Manakala Thor lebih kepada kisah dramatic hubungan keluarga serta takhtanya.
Rasanya kita dah puas disumbat dengan plot serius dari mereka, yang tak habis2 mengenai Bruce melarikan diri, serta Thor yang tak habis2 mengenai isu takhtanya.
Jadi bagi aku,point utama film ini yang hampir mengunakan 80% komedi berbanding 20% serius  adalah tindakan sangat berani oleh Kevin Feige & Taika Waititi. KENAPA?

COLORFUL
- Jarang director yang berani menghasilkan film full CGI berkonsepkan colorful. Kerana CGI yang kelihatan sangat real selalunya diselindungi oleh teknik pencahayaan malap serta pengunaan background color yang tidak terlalu cerah. Lain pula dengan film ini, hampir 70% ianya berunsurkan color cerah yang melampau. Seperti menonton sesebuah film animasi. Jadi tak heran lah film ini tak mencapai tahap CGI yang hebat. Kerana penghasilan CGI yang lebih detail berkonsepkan colorful mungkin memerlukan masa yang lama serta budget yang besar. :)

PLOT
- Mungkin misi Kevin Feige dalam penghasilan film2 MCU lebih kepada plot yang lebih ringan. ianya juga berlaku pada Spiderman Homecoming. Ramai tidak menyangka gaya film tersebut hampir 80% jauh dari konsep asal film2 spiderman sebelumnya.
Begitu juga pemilihan Kevin untuk Thor & Hulk ini, adakah kita masih mahu disumbatkan dengan plot DRAMATIC dua watak ini sepanjang film?
Apa salahnya kali ini kita disumbatkan dengan plot ringan yang sangat fun antara Thor & Hulk, yang 5tahun lepas ramai terhibur dengan gelagat mereka?
BIG CLAP pada Taika Waititi yang berjaya mengolah hubungan mereka berdua sangat2 menghiburkan untuk para penonton. Sekali lagi.. SANGAT MENGHIBURKAN! :)

KESIMPULAN
- Kalau  film ini ditonton dengan keinginan serta perbandingan yang sama seperti film Thor sebelum ini. ianya akan menyebabkan pelbagai aspek kelemahan akan muncul.
Dari segi CGI,PLOT,PEMBINAAN WATAK & pelbagai lagi, sehingga ianya kelihatan seperti SPOOF FILM..
Tetapi sekiranya ianya ditonton untuk melihat satu film baru yang menghiburkan, gaya baru, mood baru..
Film ini adalah satu film hebat yang berani dihasilkan oleh producer & pengarah film ini.

Personal Rate : 7.5/10
Rotten : 95/100%

p/s : pasal tajuk SAMPAH kat atas tu sebenarnya saja aku letak.. haha sebab plot film inikan terjadi di PLANET SAMPAH aka SAKAAR.. tak salah kan letak benda tu? haha jangan kecam.. :P

Ulasan oleh Khaidir Shahri (pengulas filem tetap group Facebook Movie Addict)

Comments

VIDEO TERHANGAT!

Trending di BACKSTAGE.MY

Popular posts from this blog

Layang-Layang Perkahwinan Episod Akhir: Pengkhianatan dan Perkahwinan Rahsia Terbongkar. Azim Dan Saida Bersatu Semula? (Ulasan Drama)

JDT Belasah Selangor 6 - 1 Final Piala FA 2024

Kim Seri Mohon Maaf Secara Langsung di TikTok, Akui Kesilapan dan Rayu Peluang Kedua

Lelaki Pikat Doktor, Tapi Terlopong Kena Hantaran RM30,000!

Liku-liku Hidup Fazura dan Kisah Perceraiannya Ibarat Lagu Band Korn

Anas Zuhrin: Individu Mulia Bantu Rozita Che Wan Selesaikan Hutang